BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Sunday, October 31, 2010

GURU INSAN MULIA YANG MESTI DIHORMATI




10 November 2010 bakal tiba .Kini genaplah 3 tahun aku terlibat di dalam dunia pendidikan.Di dalam 3 tahun inilah terasa banyak dugaan dan cabaran selaku insan yang bergelar seorang ‘guru’.Tenyata tugas guru bukan sekadar mengajar di dalam kelas sahaja.Bahkan pelbagai tugas pernah aku lakukan.Guru bagaikan kerani, ‘baby sitter’, tukang kebun, jurulatih sukan,’ akaunten’, pencari tajaan,’polis’ ,’jururawat ‘dan banyak lagi yang memang kalu aku ceritakan korang semua takut nak jadi cikgu.Dengan kata lain guru ni kena pandai buat macam-macam.Tidak ada istilah ‘Tak reti’. Tak reti pun kena buat reti juga.Namun kerja yang paling berat dan meletihkan adalah menjadi pendidik.Kerja mendidik ini perlu kesabaran tinggi( kadang-kadang aku penampar budak juga tak tahan sangat).Dan aku rasa sebab itulah tak ramai guru lelaki dekat sekolah.Kalu ada ramai tentu hari-hari ada kes pelajar masuk hospital dek penangan ‘ knock-out’ oleh guru-guru lelaki.



Dalam pemerhatian dan pengalaman aku,ramai pelajar zaman ini tidak tahu menghormati guru.Dengan kata lain ‘kurang ajar’ dan ‘biadap’.Tidak tahu cara hendak bercakap,menegur ,dan menghormati guru-guru mereka.Semua ini mungkin bermula dari ibubapa mereka yang ‘terlupa’ memesan kepada anak-anak mereka supaya menghormati guru ketika berada di sekolah.Mungkin apa yang ibubapa ‘ingat’ adalah supaya anak-anak mereka belajar pandai-pandai.Itulah mentaliti ibubapa yang disemai dalam alaf baru ini.Guru tidak hormat tidak apa, yang penting belajar pandai-pandai hingga berjaya.Maka ibubapa ‘jahil’ ini terlupa konsep ‘keberkatan dalam menuntut ilmu’ dan terus hidup dalam persoalan ‘ mengapa anak aku tidak pandai belajar?’.


Ada juga golongan profesional yang ingin mempertikaikan kewibawaan seorang guru. Ingin memperlekeh guru itu dan ini.Ajar anak mereka semua tidak betul.Yelah , mereka dah berjaya jadi doktor , arkitek , jurutera, akauntan. Kepada golongan ini, jangan lah ego sangat.Dahulu ABC dan 123 pun kami tolong ajarkan.Jadi tak perlu bila kamu dah berjaya nak memandang rendah kepada kami pula.Kalaupun kamu dah menawan dunia sekali pun, janganlah terlupa mulanya adalah dari kami golongan guru.Itulah fakta yang tak dapat kamu nafikan sampai bila-bila.




Kepada golongan guru banyaklah bersabar dan tabah menghadapi karenah masyarakat terhadap kita.Ingatlah perkara paling berharga kepada kita ialah ilmu yang kita sampaikan akan menolong kita sesudah kita meninggal dunia.Allah memuliakan seorang guru di dunia dan akhirat.Jagalah imej dan maruah seorang guru.Memegang gelaran ‘cikgu’ dalam masyarakat bukan untuk main-main.Jangan seseorang ‘guru ‘itu memperlekehkan dirinya semata-mata untuk kekayaan dan kesenangan diri.Jangan yang ada buat ‘part time’ dengan kerja-kerja lain(MLM ,agen insurans,penjaja pasar malam dan ada juga tukang pam kat stesen minyak).Jagalah maruah seorang guru.Cukuplah hidup sekadar keperluan.Semoga Allah cukupkan keperluan kita hendaknya.Janganlah terlibat dalam benda-benda ‘bodoh’seperti maksiat dan jenayah.Ingatlah walaupun masyarakat sudah tidak lagi menghormati kita tetapi kita tetap contoh di mata mereka.Di akhir kata, aku menyeru kepada semua supaya menghormati seorang guru.Seorang guru tidak pernah meminta apa-apa balasan sekiranya kamu telah berjaya.Apa yang cuma diperlukannya adalah penghormatan dan penghargaan daripada masyarakat untuk insan tulus dan kudus yang bergelar ‘Guru’.

0 comments: