BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, December 30, 2010

cerita-cerita hantu dari mulut ke mulut (bahagian 1)

Cerita-cerita hantu memang asyik didengar.Adakalanya takut tapi bila orang nak ceritakan best juga melayannya.Tambahan pula di malam hari yang sunyi dan terasa bosan.Banyak juga aku mendengar cerita-cerita hantu terutamanya dari mulut ke mulut.Yang banyaknya dari kawan-kawan ketika belajar di kolej matrikulasi dan universiti.Percaya atau tak,aku layan sahaja.Bagi aku makhlus halus ada di mana-mana.Cuma kita bacalah ayat-ayat suci Al-Quran agar dilindungi Allah daripada usikan dan gangguannya.Aku cuma sekadar ingin berkongsi cerita.Menarik atau tidak,terpulanglah.Bagi yang lemah semangat janganlah baca dan yang lain janganlah mudah terpengaruh kerana Jin dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya dapat menyesatkan manusia dari Allah S.W.T

Pontianak beri salam
Pada masa itu,aku masih menuntut di tahun 2 di salah sebuah IPTA yang terkemuka di Kuala Lumpur.Aku, Pak wan, Jamil dan Amatjoe sahaja yang tinggal di kolej kerana pada masa itu ramai yang pulang ke kampung kerana cuti umum.Jam sudah pukul 3 pagi,kami asyik terleka bermain game Bola FIFA di bilik Jamil di tingkat 2.Sedang asyik bersembang sambil melayan game , aku terasa lapar dan dahaga pula.Aku bergegas ke bilikku .Amatjoe sedang asyik melayan entah apa-apa di Internet.Dalam masa 15 minit aku turun semula ke bilik Jamil.Aku berasa hairan apabila suasana tidak sekecoh tadi.Terdengar bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dipasang dari komputer.Kawan-kawanku menunjukkan sifat yang kontra daripada tadi.Jamil duduk di atas katil sambil membaca ayat-ayat Al-Quran manakala Wan masih terus bermain game tapi hanya diam membisu.Aku ada terasa ganjil dengan perubahan mereka tetapi tidak terlintas pula untuk bertanya.Dalam 30 minit kami berbual tapi tidak serancak sebelumnya dan kemudian aku naik semula ke bilikku dan tidur.
Keesokan paginya,aku pergi ke bilik mereka semula.Barulah Jamil dan Wan membuka mulut menceritakan kejadian awal pagi tadi.Menurut mereka, tidak lama selepas aku meninggalkan bilik mereka, terdengar bunyi bising seperti pokok-pokok sedang dihayun dan digoncang dengan kuat oleh sesuatu benda yang besar dari arah belakang blok. Blok yang kami duduki pula sememangnya bahagian belakangnya menghadap bukit yang penuh hutan belukar.Tidak semena-mena mereka terdengar suara wanita memberi salam dengan kuat.Assalamualaikum…..tiga kali dari bahagian balkoni di belakang bilik mereka.Jamil ingin membuka tingkap tapi Wan menyergahnya.Persoalannya siapakah yang member i salam pada pagi-pagi buta ini tambahan pula dari arah belakang balkoni tingkah 2.Jiran-jiran sebelah bilik sememangnya semua sudah pulang ke kampung masing-masing.Ditambah lagi dengan bunyi bising yang kuat dari hutan belukar yang ganjil.Semuanya meninggalkan persoalan yang sukar dijelaskan.
Memang ada hikmahnya kejadian ini,sebab kami memang buat bising dengan bunyi hilai ketawa dan bunyi game yang dipasang kuat.Mungkin ada ‘sesuatu’ yang menegur perbuatan kami.Walaupun cuma sedikit diusik,namun peristiwa itu masih kekal sebagai sesuatu yang misteri dalam ingatan kami.Kami lebih berjaga-jaga dengan perangai kami selepas perisiwa itu.

Cerita orang sebelah
Cerita ini memang popular sewaktu aku masih menuntut di kolej matrikulasi 2003.Memang selalu terdengar kawan-kawan menceritakan mengenai orang sebelah.

Pada suatu malam yang memang sudah lewat,ada seorang hamba Allah ini sedang asyik menelaah pelajaran seorang diri.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk berkali-kali.Dia bertanya siapa?Orang itu menjawab orang sebelah.Ditanya lagi Siapa? jawabnya orang sebelah.Kali ini HambaAllah ini bertanya dengan begitu serius dan lantang ,Siapa yang mengetuk pintu?Jawapannya tetap sama,orang sebelah.
Terus HambaAllah ini menerpa pintu dengan bengang..Tiba-tiba terkejut amat HambaAllah ini apabila yang dilihatnya memang orang sebelah.Hanya sebelah bahagian tubuh.Pengsan terus…keesoknya dapat tahu dia demam teruk sampailah seminggu.

Hantu karipap
Memang lawak bunyinya.Cerita ini aku dengar dari Helmi sewaktu Program induksi Universiti.Sambil bual-bual kosong.Helmi membuka cerita mengenai hantu karipap yang berlaku di matrikulasinya Negeri Sembilan.
Seorang hamba Allah ini sedang asyik mengulangkaji pelajaran pada lewat awal pagi .Biasalah study mengadap tingkap,angin awal pagi dingin masuk membuai –buai membuatkan terasa segar untuk study.Tiba-tiba ,datang seorang makcik tua menjual karipap ditepi tingkap.Bila study memang terasa lapar pun selalu.Bagaikan terpukau,hambaAllah ini pun belilah karipap makcik tu.Bila makcik tu berlalu pergi barulah dia teringat bilik dia di tingkat 3.Karipap pula bertukar jadi batu nisan.Terus pengsan HambaAllah ini sampai pagi.Demam panas.Terus fobia nak belajar awal pagi lagi…..

0 comments: