BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, December 22, 2010

telefon bimbit sebabkan barah otak?benarkah?





Ramai yang memperkatakan tentang kesan frekuensi elektromagnet ke atas otak manusia hingga boleh menyebabkan terjadinya barah otak.Benarkah penyataan ini?ikutilah artikel yang telah aku petik dari salah satu laman akhbar hari ini


Telefon selular tak cetus barah otak
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar

2010/12/23
Frekuensi elektromagnet terbukti selamat
.




KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit. Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita. Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di
telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi elektromagnet telefon selular dan juga penyebaran maklumat yang tidak tepat mengenainya, katanya.

0 comments: