BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Friday, December 3, 2010

Naik,naik dan gaji tak naik

Soalan teka-teki..
1.Benda apa yang naik tapi tak akan turun-turun?
2.Benda apa yang naik benda lain akan ikut sama naik?
3.Benda apa yang naik,tapi gaji tak naik-naik?

Soalan Sains
1.Nyatakan satu perkara yang dapat melawan hukum Graviti?

Soalan bahasa inggeris
1.What come up must come down or what come up and never go down?


Soalan bahasa melayu
Nyatakan sama ada naik minyak ada kena mengena dengan minyak naik.

soalan sejarah
bagaimana mulanya perkataan naik minyak dan dimana asalnya perkataan ini?

Tahniah kalu anda dapat menjawabnya bererti anda layak memenangi hadiah Nobel..dan hadiah sampingan seliter minyak Ron(97 @95) dan sekilo gula..berbaloi ooo skang..




4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagiDis 3, 10 5:07pmKongsi 0Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

Petrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.

Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.

Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.




Semua harga baru berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi esok. Ia didedahkan pada taklimat kepada editor di Putrajaya oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) .

Malaysiakini turut dijemput ke taklimat itu melalui panggilan telefon tetapi wartawan kami dihalang memasuki ibupejabat Unit Kordinasi dan Pelaksanaan di Pejabat Perdana Menteri, kemudiannya tanpa sebarang alasan.

Pengumuman rasmi mengenai kenaikan harga barangan tersebut dibuat malam ini.


Kali terakhir harga barangan meningkat adalah pada 15 Julai lalu. Ia membabitkan kenaikan 5-dalam-1. Barangan yang terjejas itu adalah dua gred petrol, diesel, gula dan gas
(sumber Malaysiakini)

4 comments:

Lyana Mansor said...

hairan dengan lelaki...kalo rokok naik sume senyap...kalo minyak naik, gula naik bising lak..haishhhh.... (khas untuk lelaki2 yg menghisap rokok..kekekkekekek)

fandi said...

yolah mely..kalu rokok naik barang lain tak naik...kalu minyak naik harga barang-barang naik,kalu gula naik harga makanan naik...sebabtu la org nak mengamuk...kerana nila setitik rosak susu sebelanga

Lyana Mansor said...

hahaha..kene r kurangkan gula...share lah kereta...or nek moto..hikhikhik

fandi said...

hehe..kalula peniaga kt luar tu nk kurangkan gula dalam makanan dan minuman hehe..kereta kalu mcm ko keluarga ramai mesti nkkuar slalu punya..haha..