BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, December 13, 2010

Usaha ringankan bebanan tugasan guru disambut baik oleh golongan pendidik

Terima kasih dan sokong di atas segala usaha untuk meringankan beban guru.Diharap segala cadangan dan usaha ini dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukan sekadar omong kosong dan hanyat-hanyat tahi ayam sahaja.Golongan guru menghadapi krisis bebanan tugas sampingan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan profesion-profesion yang lain.Ingin menganggu kualiti 'core business' iaitu pengajaran dan pembelajaran...dengan kata lain kita ambil contoh, seorang polis ialah tugas utamanya menjaga keamanan dan menangkap penjenayah..patutkah seorang anggota polis menjadi tukang kebun pada masa yang sama...perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam profesion yang dilabel golongan professional..Banyak lagi bebanan yang 'tidak masuk akal' ditanggung oleh golongan pendidik ini.Jutaaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang berusaha untuk meringankan bebanan guru-guru.Jasamu dikenang...







Dua guru 1 kelas
Oleh S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
2010/12/13
Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.

“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.


INFO: Antara beban tugas guru

Kekerapan guru keluar berkursus

Kokurikulum/sukan

Tugas hujung minggu

Tugas rencam

Tugas tidak jelas

Penempatan guru

Rantaian arahan (chain of command)

Ujian/peperiksaan

Silap padanan (mismatch)

Saiz kelas

Sebaran kurikulum.

INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru

Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian

Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah

Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17

Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa

Pelan Operasi Latihan Tahunan

Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan

Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak

Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum

Pengenalan kurikulum secara atas talian

Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas

Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah

Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif

Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi

Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.

Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya

Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun

Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran

Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif

Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah

Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi

0 comments: