BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, January 24, 2011

Ini Kisah Misbun Dan Chong Wei

Gembira bercampur pilu apabila melihat kemenangan Datuk Lee Chong Wei ke atas Jaguh seberang Taufik Hidayat pada kejohanan badminton terbuka Kuala Lumpur semalam.Tetapi yang mencuri tumpuan ramai  adalah kehadiran Misbun Sidek walaupun tidak lagi sebagai 'coach' Lee Chong Wei.Tiap-tiap kali datang singgah melihat sekejap LCW bermain dan sesudah tamat perlawanan berlalu pergi bagaikan 'sifu' yang merajuk hatinya tetapi masih mengambil berat tentang anak didiknya.
Benarkah Misbun merajuk?Apakah puncanya? Apakah tindakan BAM sehingga terguris hati Si Bun?Banyak persoalan yang menjadi tanda tanya...Ada yang mengatakan Misbun ingin membawa masuk anaknya ke BAM tetapi ditolak oleh presiden BAM sendiri...Sampai bilakah sandiwara ini akan berakhir?
Nasib Sukan Badminton sebenarnya tidak secemerlang dahulu..Mati-mati meletak harapan pada LCW sahaja..Apakah yang terjadi pada barisan pelapis negara?.Dengar kata semuanya lembik-lembik belaka..'Smach' bunyi percih,percih tak power....alahai kalu tak ada LCW agaknya sukan badminton negara akan kelam.
Benarlah kata Misbun 'hargailah permata ini'...LCW memang hebat.Teringat dahulu di masa awal penampilannya berjalan tunduk masuk ke gelanggang menentang Cheng Hong,jaguh China di terbuka Malaysia  di Sarawak kalu tidak silap saya..Namun sekarang beliau sudah bergelar No.1 dunia.Sampai bila kita mesti bergantung kepada LCW?.Bila kita akan mencium semula Piala Thomas kebanggaan kita?
Sudah-sudahlah drama di arena Badminton..tamatkanlah...jangan disirikan lagi sandiwara ini..Kami dah muak..cepatlah selesaikan dan bertolak ansurlah demi masa depan Badminton negara..Veitnam dan Jepun makin meningkat dengan pemain muda mereka.China pula seperti  tembok mereka yang sukar diruntuhkan..Jangan kita alpa dan melayan kontroversi dan drama badminton negara sedangkan negara lain sedang berjuang memajukan dan mempertahankan sukan badminton masing-masing..Benarlah kata melodi apa yang patut 'tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi' kalu sayangkan sukan badminton Malaysia.

                                              
              Tolong jangan pisahkan 'sifu' dan anak didiknya...Kembalikanlah perjuangan mereka...


Adakah ini watak Antagonis dalam kisah mereka berdua???


   Inilah Superhero Malaysia...Dapatkah dia survive tanpa kehadiran sifunya???
Di manakah kelibat Peminat badminton No.1 negara?Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali...
Kami rindu padanya..

Bagaimanakah kisah Misbun dan Chong Wei berakhir???
To Be Continue.....................

0 comments: