BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Sunday, January 30, 2011

Isteriku: Sampai jumpa esok...


Kuching aku datang lagi...

Pekan Betong aku singgah menemui isteriku yang tercinta...Benarlah kata-kata puitis,kerana cinta manusia sanggup  meredah lautan,mengharungi gelora kehidupan, dan merentasi api kerinduaan...
Aku akan menemui ' mereka''.Sekian lama tidak bertemu,apa perubahan kepada isteriku.Isteriku telah mengandung 5 bulan.Adakah dia telah chubby skang..hehe.Yang pasti aku sangat rindu padanya.Aku ingin menemui anakku juga..At least,dapat aku lihat mereka di depan mata aku sendiri.
Honeymoon lagi di Sarawak..masih di sarawak dan akan menjadi ingatan kami selama-lamanya..Perkahwinan membuatkan aku mengenali erti terbang kerana aku tak pernah terbang sebelum ini..Anak akulah yang beruntung tak lahir lagi dah naik kapal terbang..sedangkan aku umur 25 baru merasa naik..hehe
Semoga Allah melindungi dan menjagaku sepanjang perjalanan nanti..Moga pertemuan di atas perasaan kasih sayang dan kerinduan ini berakhir dengan baik dan dipermudahkan..Aminn...

0 comments: