BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, February 15, 2011

Salon Muslimah:Pilihan untuk wanita yang menjaga aurat

Kita mungkin pernah mendengar "LRT yang dikhaskan untuk wanita sahaja".Tertanya juga aku bagaimana kalau seorang perempuan muslimah  ingin mengunting rambutnya?.Adakah perlu dia pergi salon Unisex untuk mengunting rambutnya sedangkan rambut itu adalah aurat wanita?Bagaimana seorang perempuan ingin mempertahankan auratnya daripada pandangan lelaki yang bukan hak?
Hari ini aku terbaca artikel di harian metro mengenai Salon muslimah.Konsep salon muslimah ini menawarkan perkhidmatan gunting dan rawatan rambut hanya kepada golongan hawa sahaja.Walaupun tidak banyak,namun dengan konsep ini ia dapat memberi opsyen kepada wanita khasnya muslimah mendapatkan perkhidmatan tanpa rasa was-was lagi tentang masalah penjagaan aurat mereka.Inisiatif ini perlu diperkembangkan dan diperluaskan di seluruh pelosok negara agar dapat membantu wanita muslimah mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya.
Ramai  wanita muslimah juga disaran menceburi bidang perniagaan  ini selain menjalankan fardu kifayah kepada ummah.Saya yakin dengan konsep ini lebih ramai kaum hawa terutamanya muslimah lebih yakin untuk ke salon dan akan mewujudkan trend baru dalam perkhidmatan gunting,rawatan dan penjagaan rambut.Dengan kata lain ia merupakan suatu bidang perniagaan yang baru untuk diterokai.Insyaallah dalam mencari rezeki yang halal dapat juga membantu kaum muslimah dalam menegakkan tuntutan dalam Islam yang telah diwajibkan kepada wanita Islam.
LELAKI DILARANG MASUK!!!
ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
   ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
SUSAHNYA mencari salun memotong rambut wanita sahaja. Semuanya uniseks!
Memang ada tetapi jumlahnya sangat kecil. Hendak mencari, sukar sekali. Baik salun bukan Islam ataupun Islam, uniseks pendekatan utama tuan punya salun. Kononnya untuk mendapat lebih pelanggan.
Di alaf baru ini, semakin ramai pengguna Islam yang menyedari tuntutan agama. Sebenarnya salun khas wanita terutama untuk memotong rambut sangat didambakan kerana ada yang terpaksa memotong sendiri rambut mereka di rumah.

Ada juga yang meminta ahli keluarga membantu walaupun ahli keluarga itu langsung tiada ilmu di bidang itu.

"Apabila rambut panjang, suami terpaksa memotong rambut saya kerana itu jalan yang terbaik. Saya tidak mahu bercampur baur di salun dengan lelaki. Kita pula perlu membuka tudung ketika itu," kata seorang teman sambil mengeluh.
Sebenarnya dia hendak sangat memotong rambutnya di salun kerana mahu gaya yang lebih cantik dan juga diurut-urut kepalanya. Namun apakan daya, sekiranya ada cuma di kampungnya.

Penulis sendiri terpaksa mengambil kesempatan ketika pulang bercuti ke Kuala Kangsar, Perak untuk memotong rambut kerana salun Rambulan Emas ada di situ.

"Bukan hanya anda tetapi ramai lagi anak Kuala Kangsar yang berbuat demikian. Balik kampung bercuti kemudian datang ke sini untuk memotong rambut dan rawatan kecantikan yang lain kerana sukar mencari salun Muslimah sahaja," kata Normala Lot, 42, tuan punya salun Rambulan Emas yang sudah beroperasi sejak 2002 lagi.
Di pintu masuk salun ada tertera, 'Kedai Gunting Rambut Wanita,' dan 'Lelaki dilarang masuk'

2 comments:

anna said...

dimanakah alamat salon muslimah ini??

Salun Rambut said...

Salam, saya ada menyediakan perkhidmatan dandanan rambut, make up dan manicure & pedicure di rumah di kota damansara. Harganya, Children cut RM5. Wash, cut & blow RM 15. Henna/ Colouring RM30-RM88. Perming/ Rebonding RM88-RM128. Treatment RM38. Sesiapa yg berminat bolehlah call Zura 012-208 4048. Atau layari laman myhomesalon.blogspot.com. Terima kasih.