BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, March 17, 2011

Falsafah Pendidikan Negara:Jangan terlalu obses dengan JERI




gambar hiasan

FALSAFAH PENDIDIKAN MALAYSIA
" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".

Adakah anda fahami apa yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan kebangsaan?Adakah dasar pendidikan kini menepati dengan apa yang dihasratkan dalam falsafah ini?

Dahulu sewaktu belajar di Universiti,penulis dan rakan-rakan guru mula-mula sekali diperkenalkan dan didengar falsafah pendidikan kebangsaan(FPK) kepada kami.Pensyarah menyatakan FPK  adalah seperti seorang gadis yang cantik, terlalu sempurna rupa dan tubuhnya.Bibir bak delima,pipi bak pauh dilayang,hidung mancung bak seludang.Terlalu sempurna hasrat yang diinginkan dalam FPK.

Namun adakah ia suatu realiti?FPK yang diumpamakan sebagai gadis yang terlalu sempurna dapat dimiliki oleh semua dalam dunia REALITI?Tentu Tidak!!!Ada yang dapat memilikinya dan ada yang tidak mampu memilikinya.

Penulis bukan bermaksud mempersoalkan kerelevan FPK,namun penulis lebih suka berpijak di bumi yang nyata.Setelah 3 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan, Ternyata JERI sukar dicapai.Ada yang cuma pandai dalam akademik,ada yang kuat bersukan,ada yang dua-dua pun tiada.Itu belum lagi mengambil kira emosi dan rohani.Ternyata pendidik kini berdepan dengan kerealitian terhadap modal insan yang ada kini.Kuantitinya ramai tetapi kualitinya kurang. 

Dasar Pendidikan pula sering berubah-ubah mengikut pemimpin.Datang pemimpin baru tukar dasar baru.Dunia pendidikan menjadi kelam kabut dek dasar-dasar baru yang dibawa.Belum lagi dasar lama menunjukkan hasil dah datang dasar baru.Umpama Tsunami yang datang menghempas segala yang ada.Pengetua dan guru-guru kalut dan serabut dibuatnya.Murid- murid hilang arah tuju dan terbantut matlamatnya.Apa semua ini?Adakah Pendidikan suatu eksperimen?Eksperimen pula bukan dikaji dahulu.Eksperimen cuba jaya,cuba dahulu kemudian kalu tidak berjaya tukar yang baru pula.Yang jadi mangsa para pelajar dan guru-guru.

Segala-galanya kerana terlalu obses dengan JERI.Bagai seorang lelaki  angau yang mencuba apa sahaja asalkan dapat gadis yang cantik dan menawan.Berpijaklah pada bumi yang nyata dan senaraikan perkara-perkara yang utama yang selari dengan fitrah dan kejadian manusia yang semestinya tidak sempurna.

Antara yang perlu ditekankan adalah:

1.Penekanan agama dalam pendidikan
Penekanan agama sangat kurang dalam pendidikan.Ajaran agama dapat menstabilkan rohani dan emosi para pelajar.Penekanan ilmu-ilmu agama dapat mengelak para pelajar  terjerumus kepada perkara-perkara yang negatif dan mengalakkan berbuat kebaikan.Dengan penekanan ajaran agama yang serius, pelajar dapat membezakan antara perkara yang buruk dan baik.

2.Penekanan adab dalam menuntut ilmu
Adab dalam menuntut ilmu tidak ditekan  di sekolah-sekolah.Para pelajar kini lansung tidak tahu adab menuntut ilmu.Kebanyakan pelajar yang kurang baik dalam pencapaian akademik rata-rata langsung tidak mempunyai adab berguru.Dengan itu keberkatan ilmu hilang dan menyebabkan mereka terus mundur.

3.Penekanan back to basis
Sebenarnya sekolah adalah suatu tempat yang memberi peluang untuk pelajar mencuba apa yang dia mampu lakukan .Penekanan akademik yang melampau  boleh menekan para pelajar yang tidak berkemampuan dari segi akademik.Untuk para pelajar sedemikian pendekatan back to basis sesuai untuk tahap mereka.Penguasaan  kemahiran sangat sesuai untuk golongan ini.Perbanyakan sekolah aliran vakasional dengan  penumpuan sepenuhnya dalam bidang-bidang kemahiran.

4.Penekanan pengurusan sukan yang sistematik
Kebanyakkan pengurusan sukan di sekolah diuruskan oleh guru yang tiada kelayakan.Adakah logik jika Guru sains,guru inggeris dan guru-guru wanita yang melatih para pelajar dalam bidang sukan?Seharusnya lebih ramai jurulatih-jurulatih sukan diberi kontrak untuk mengendalikan latihan sukan di sekolah.Namun,perkara ini dipandang sepi kerana kelemahan pentadbiran dalam pendidikan dan kekurangan bajet.Dasar cuma tinggal dasar.Cuma keajaiban sahaja yang menyokong dasar ini.



Yang pasti PFK  mampu dicapai jika ia  boleh berdepan dengan realiti kehidupan .Dasar pendidikan  mesti dilaksanakan dengan sistematik  dan mempunyai pengurusan yang baik dan berkemampuan.Pemimpin yang berpengetahuan luas dan mempunyai pengalaman yang lama dalam pendidikan selayaknya diberi tanggungjawab memacu hala tuju pendidikan bukan orang luar.

Penulisan ini cumalah pendapat penulis dan bukan menghentam mana -mana pihak.Penulis cuma mencurahkan pendapat untuk memajukan bidang pendidikan.Rasional atau tidak terpulanglah kepada pembaca.


0 comments: