BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, March 31, 2011

Lucu:Drama politik konspirasi Datuk T & Anuar

 
Memang lucu..ini barulah drama politik..memang sah terbukti.Kita sebagai pengundi sepatutnya bijak dan bukan menjadi mainan drama politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.Samaada anda perasan atau tidak,dekat-dekat nak pilihanraya,macam-macam drama politik akan dihidangkan kepada kita.Semakin dekat semakin panas drama yang dimainkan semata-mata nak mempengaruhi kita.
 
Sebagai pengundi, jangan layan dengan drama-drama ini,sebaliknya kita sebenarnya mempunyai kuasa
untuk menilai kepimpinan dan sumbangan mereka kepada kita sebenarnya.Mereka berhutang dengan kita dan adakah mereka telah bayar hutang yang telah mereka janjikan kepada kita 5 tahun yang lepas?Soalan ini patut ditanya,bukannya terpengaruh dengan drama-drama meraih undi simpati dan taktik menjatuhkan satu sama lain ini.
 
Jangan sesekali terpengaruh dan terperdaya dengan kata-kata,taktik dan strategi mereka,sebaliknya biar mereka terpengaruh dengan kuasa yang kita ada sebagai pengundi.Kita pemerhati,penilai dan pengkaji tentang kerja dan sumbangan mereka.CAKAP PANDAI KALU TAK ADA APA-APA HASIL KEPADA KITA TAK ADA GUNANYA...
 
Sebelum mengundi cuba tanya pada diri anda Apakah jenis sumbangan dan perubahan yang telah dilakukan di kawasan tempat anda?
    Lihat sekeliling tempat anda,dalam 5 tahun apa sumbangan & perubahan yang telah mereka lakukan.
    contoh:
   a) Pembinaan bangunan baru untuk kegunaan awam:Masjid lama yang diperbesarkan@ masjid baru
      dibina, bangunan perniagaan awam &dll
   b) Rukun tetangga:Adakah ada hari keluarga,sambutan maulidur rasul,& dll
   c)Kebajikan masyarakat:Dewan orang ramai percuma untuk kegunaan pelbagai majlis,Sumbangan tuisyen
       untuk anak-anak,Sumbangan untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan,saguhati untuk
       melanjutkan pelajaran& dll
  d) Keselamatan : Pengawal rukun tetangga untuk mengelakkan kecurian,maksiat dan dll
   e)macam-macam boleh buat lagi kalu pemimpin itu berkualiti dan ambil berat
 
    Jika tidak ada apa-apa sumbangan& perubahan yang baik dan positif baik anda tukar parti atau jika
    parti-parti  yang bertanding tak boleh buat kerja, baik tak payah mengundi.Kita mesti tetapkan kualiti
    kerja pemimpin  tempat kita.Kalau kita tidak keluar mengundi,kita lihat apa reaksi mereka bila
    peratusan keluar mengundi rendah.
 
 
 
 
 

1 comments:

Sophie said...

i suka entri ni. election @swk will coming soon. pnamaan calon this 6th April. Parti plg kuat adalah BN, dan pnentang paling kuat spt biasa adalah PKR. Klu kat tempat asal i, pemimpin BN yg mnguasai, n peribadi pmimpin kt tmpat i tu, pada pndapat i, xla steruk yg diuar-uarkan media pembangkang di smenanjung. cuma i krg tau apa yg tjadi kat luar tmpat i... :)