BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, March 30, 2011

Tarian POCO-POCO adalah HARAM...

Tarian Poco-poco sangat popular dahulu di Universiti sekitar tahun 2007-2008 sampailah sekarang.Dimana-mana pun ia kerap didendangkan sebagai suatu senaman pemanas sesuatu acara sukan atau senaman erobik.Namun,Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.Mengapa?ikutilah artikel di bawah ini.

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB

gambar sekadar hiasan


IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi-BERNAMA

1 comments:

kelibat said...

itu haram, ni haram, mungkin tu yg bukan islam kata. aku tk pandai agama. tapi rasanya untuk haram kan sesuatu tu mesti diterang sebab apa ianya haram. kenapa ianya jadi haram. kalau tak nnti semua bende akan di fatwakan haram.