BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, April 5, 2011

Pendidikan:Bahaya jika guru gagal kawal emosi


Ramai yang menyangka kawasan sekolah adalah zon paling selamat.Namun, apa yang masyarakat tidak tahu adalah kawasan sekolah sebenarnya adalah  suatu kawasan 'peperangan' yang boleh mencetuskan 'bom meletup' pada bila-bila masa.Ketidakstabilan dan ketidakmatangan sikap dan emosi para pelajar boleh menyebabkan guru hilang pertimbangan.Maka apabila teguran mulut tidak berkesan,mulalah tangan dan kaki 'bersuara'.
Suasana di luar sekolah  lain daripada suasana di dalam sekolah.Melihat kepada sudut pelajar,terkongkong  dalam suatu bilik yang kecil boleh mengundang tekanan kepada  para pelajar lalu menyebabkan mereka bertindak luar kawalan seperti menjerit,bermain kejar-kejar,melompat-lompat dan ada yang bertindak lebih daripada itu.Ditambah kepada hilangnya minat kepada pengajaran & pembelajaran di dalam kelas.Bosan dan kerja-kerja yang banyak diberikan oleh tiap-tiap guru yang masuk ke kelas menyebabkan mereka kepenatan dan hilang kawalan emosi.

Bagi pihak guru pula,mereka hanya menjalankan tugas yang diarahkan.Tekanan yang dihadapi oleh guru adalah 'Class control' kerana perkara ini yang akan menentukan proses 'P&P'  dapat dijalankan.Selepas itu barulah ditumpukan kepada proses 'P&P' di dalam bilik darjah.Jika keadaan kelas tidak terkawal disebabkan pelajar bersembang,berlari-lari dan duduk di tempat masing-masing maka guru tidak dapat menjalankan tugasnya.Ini boleh menyebabkan guru menanggung tekanan berhari-hari dan bila sampai ke suatu tahap yang tidak tertanggung lagi,guru boleh hilang kawalan diri dan emosi.Maka tindakan luar kawalan boleh tercetus dan mendatangkan sesuatu  yang tidak diundang kepada pelajar.

Perbezaan kehendak   guru dan para pelajar seperti dinyatakan boleh mengundang 'konflik' yang boleh mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak.Lebih buruk lagi, jika guru ada  'body contact' atau 'physical touch' terhadap pelajar tersebut bagi menghentikan konflik yang berlaku.Maka isu akan timbul dan ibubapa akan campurtangan dan membuat aduan.Lebih memburukkan keadaan,apabila isu ini di bawa kepada media massa yang sering menyalahkan guru dalam hal-hal sebegini.

Kementerian pelajaran Malaysia sepatutnya mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi konflik antara guru dan pelajar.Kajian mendalam patut dijalankan bagi mengkaji 'pertembungan konflik ini'.Suatu badan khas penyelidikan 'psikologi pendidikan' patut ditubuhkan bagi mencari  3P (Punca, Penyelesaian dan Penilaian tindakan  ).

P/s:Bukan mudah menjadi guru jika tidak ada sifat sabar yang mendalam.Para pelajar sekarang memang teruk hanya Allah yang tahu.Guru-guru bersabarlah dalam mendidik kerana amalan yang kita lakukan akan dihitung di akhirat.Balasan syurga pasti akan tiba...InsyaAllah

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi



KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.
Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.
Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.
“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.
“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.

0 comments: