BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, May 14, 2011

Hari Guru:Media Massa tolong henti 'Dajjal' Guru


Kejadian sebegini yang melibatkan guru dan dunia pendidikan perlukah dipaparkan di dada akhbar?

Media Massa tolong henti  'dajjal'kan guru-guru.Itulah permintaan saya kepada media massa.Mungkin ramai yang sering terbaca berita-berita di media massa tentang sesuatu yang tidak enak tentang guru...guru mer*g*l ,guru menc*b*l,guru menumbuk & memukul pelajar,guru ditangkap khalwat...Patutkah semua ini disebarkan ke seluruh masyarakat?Ya memang benar kejadian ini berlaku..memang tugas media massa untuk menyampaikan sesuatu berita yang berlaku..Akan tetapi pernahkah pihak media massa memikirkan impaknya kepada pandangan masyarakat kepada guru pada amnya?Tidakkah kes-kes terpencil seperti ini yang bukan melibatkan kesemua guru diperdagangkan keburukannya dari mulut ke mulut masyarakat terutamanya ibubapa.Tidakkah jatuh maruah barisan pendidik tanah air?

Pernahkah pihak media massa memikirkan kesan dari penyampaian berita negatif yang melibatkan guru boleh mengundang rasa tidak hormat dan percaya terhadap industri pendidikan?Tolonglah letak ke tepi cerita-cerita sensasi dan hangat sebagai modal cari makan.Fikirkanlah masa depan pendidikan negara.Jika ada guru tersebut ditangkap atau disabitkan kesalahan,biarlah mahkamah yang menjatuhkan hukuman dan biarlah berita tersebut sampai di situ sahaja.Jangan pihak media massa yang menjadi hakim menentukan salah atau benar tentang sesuatu berita itu dan menjadi 'batu api' pembangkit rasa tidak percaya terhadap dunia pendidikan.

Memang menjadi adat di dunia,bukan segalanya sempurna.Jangan jadikan kesalahan seorang dua daripada guru sebagai bahan memperlekehkan guru.Mengapa jika seseorang disyaki atau ditangkap atas sesuatu kesalahan perlu disebutkan pekerjaannya sekali.Mengapa tidak diistiharkan kesalahan itu atas namanya sendiri dan tanpa melibatkan sesuatu pekerjaan yang dilakukannya.Secara logika,Jika diistiharkan namanya,mungkin hanya keluarganya mendapat malu.Namun jika diistiharkan pekerjaannya, semua anggota pekerjaaan itu mendapat malu.Contohnya apa yang berlaku kepada guru-guru.

Ditambah lagi,jika berlaku kes-kes kemalangan dan sebarang kejadian tidak diingini di sekolah.Media massalah yang memperhanyatkan dan mengembar-gemburkan  kejadian itu dan mencetuskan kebimbangan masyarakat.Ya,masyarakat perlu tahu tetapi jangan menyampai yang buruk sahaja..yang baik-baik di mana?

NUTP dan persatuan guru perlu peka dengan perkara ini.Suara NUTP dan persatuan guru-guru perlu lantang untuk menyekat penyalahgunaan penyampaian berita tanpa had dan sensitiviti.Saya cadangkan  semua guru sehausnya  menulis blog-blog pendidikan yang membela nasib guru-guru dan lantang menyuarakan pendapatan dan kritikan terhadap sebarang ancaman yang boleh menjatuhkan maruah dan ketidakpercayaan terhadap dunia pendidikan.Saya merasakan bilangan guru-guru memang cukup ramai dan dapat mengimbangi  dominasi penyampaian berita oleh media massa sahaja.Guru sebagai golongan ilmuan selayaknya menonjolkan bakat mereka dalam bidang penulisan dan ICT.Jawatankuasa blog-blog guru perlu
ditubuhkan untuk mengumpulkan blogger-blogger guru yang aktif dan disatukan dalam unit blog guru & pendidikan.Saya percaya terdapat ramai guru-guru yang berbakat dalam penghasilan blog dan penyampaian maklumat.

Saya menyeru pihak media massa supaya memikirkan sensitiviti dan kesan buruk sesuatu berita negatif yang melibatkan dunia pendidikan.Saya percaya anda juga mempunyai anak,adik & keluarga belajar di sekolah.Fikirkan masa depan mereka jika dunia pendidikan diancam oleh berita-berita yang tidak enak didengari.Dapat berjalan lancarkah proses pendidikan mereka?Renung-renungkanlah.

0 comments: