BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu:Terbang ke Sarawak

Semua untukmu Ibu.1 hari 1 malam di Kuching ,Sarawak.Percutian Budget tapi bermakna

Tahun ini adalah tahun yang amat bermakna bagi ibuku.Hajatnya telah aku tunaikan.Hajat ingin terbang...Terbang ke Sarawak...Pengalaman pertama ibuku menaiki kapal terbang setelah setengah abad hidupnya.Hari ini terlaksana dengan izin Allah S.W.T.Allhamdulilah semuanya berjalan lancar .Ikutilah detik perjalanan  dan pengalaman kami di Sarawak.

5.25 pm.Terbang dari lapangan antarabangsa Pulau Pinang.Pertama kali dalam hidup ibu dan adik menaiki kapat terbang.Aku lihat gembira bercampur gemuruh wajah mereka...Namun semuanya menjadi kenangan indah apabila sampai ke Sarawak.
 
tiket berharga  RM50 seorang...Nak murah tempah awal ye...

Subhanallah...sungguh cantik pemandangan dari atas awan.semuanya kerdil dan dunia ni nampak luas.Ternyata Allah Maha Besar dan Maha Bijaksana.

7.25 p.m Tiba di Sarawak.Sudah gelap...kami makan malam  di suatu restoran di lapangan Terbang Kuching.Takut nanti tak jumpa tempat makan kata aku..Harga amat mahal jika dibandingkan dengan makanan yang disediakan.Ibu merungut,katanya kuah  nasi cuma  kicap sahaja.tambah ayam..tak berbaloi satu hidangan Nasi  Roasted Chicken dalam pot RM9.90 harganya.Namun,aku kata makan sahaja,tiada pilihan lain.kita di tempat yang asing...
lapar lepas terbang..Mak menikmati Nasi Ayam Madu dalam pot dan Ais kacang di Airport.

8.00 p.m Kami menaiki teksi ke hotel Fata yang terletak di pusat bandaraya Kuching dengan menaiki Teksi.Bayar dahulu di kaunter teksi dalam airport.Kami difahamkan dari lapangan terbang ke pusat bandaraya harga tambangnya adalah RM26.Jika pemandu teksi minta bayaran lebih bermakna anda telah di perdaya.
8.30p.m Check in di Hotel Fata.Menurut isteri aku, Hotel Fata adalah hotel yang paling murah dan berbaloi yang terletak di tengah bandaraya Kuching(dekat dengan Waterfront) berbanding hotel lain.Aku ambil bilik family package (3 katil) harganya RM95 bilik satu malam.Check out boleh sampai 12 tengah hari esok.Jika anda berminat nak tempah ini adalah Nombor telefonnya-082248111.
Hotel Fata..boleh tahan

9.00p.m  Kami jalan ke Waterfront.Jalan cuma lebih kurang 500 meter dari Hotel Fata.Jadikan Bangunan Pelita(bangunan tinggi warna-warni) sebagai panduan.Belakang bangunan Pelita  itu adalah berdekatan dengan Waterfront.(Anda perlu berjaga-jaga bila berjalan ke sana).Perjalanan kami Alhamdulillah selamat.
9.15p.m  Memang meriah dan bercahaya Waterfront malam-malam.Ramai sangat orang jalan-jalan sambil menikmati permandangan di sepanjang sungai Rajang.Macam-macam jenis dan gelagat orang.Yang bestnya waktu malam ada jual macam-macam.Memang tempat shopping bagi mak dan adik aku.Mak aku apalagi diangkutnya beli rantai dan gelang mutiara Sarawak. Adik aku jenuh mengangkut cenderamata.Malam sahaja
ada peniaga berjaja di sepanjang Waterfront.Pada siang hari tiada orang berjaja(panas terik).Jadi ,jangan lepaskan peluang membeli terutamanya rantai dan gelang mutiara kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai yang menjual cenderamata di siang hari.Kena pandai tawar-menawarlah.Memang aku rekemen jalan-jalan di Waterfront malam-malam...Memang Besttt!!!!tapi hati-hati dengan orang mabuk dan peragut ye...
Malam di Waterfront...sungguh meriah...Ramai orang

bergambar di depan " bangunan trademark" waterfront

 11.00p.m  Balik ke hotel..kepenatan bershopping...Mak dan adik mencuba rantai dan gelang mutiara yang dibeli.cantik dan berbaloi..zzzzzzzzzzzz
Keesokkannya
9.00a.m.Cari kedai makan berdekatan.Kami bersarapan di suatu restoran melayu yang aku yakin halal makanannya.Susah sikit nak cari restoran halal yang berdekatan dengan  hotel.Ada satu sahaja. (Restoran Nieyanna).Jalan On the way ke waterfront.Bertentangan dengan Bangunan Pelangi dan satu baris dengan Hotel Pearl view.

Restoran Nieyanna paling dekat dengan hotel Fata..Dijamin Halal dan bersih.
Makan roti canai jer...

9.30 a.m  Terus berjalan ke Waterfront.Waktu siang tiada apa-apa yang menarik di sepanjang Sungai Rajang ini.Cuma dapat menenangkan jiwa apabila melihat pemandangan indah semulajadi bagaikan taman di sini.Ada sikit orang berjaja itupun makanan & minuman.Mak aku kata rugi tak beli banyak-banyak rantai mutiara sebab siang memang tak ada orang berjaja macam waktu malam.



waterfront memang suatu taman yang Indah

Muzium sejarah cina sarawak
10.00a.m Kami naik perahu ke seberang untuk pergi ke kedai Kek Lapis Dayang Salhah yang terkenal.Harga tambang perahu cuma 50 sen sahaja seorang.Tak sampai tiga minit sampailah ke seberang.Memang selain Dayang Salhah,ada ramai lagi pengusaha kek lapis.Memang 'port' kek lapislah di seberang ini.Nak beli terubuk masin pun ada.Jangan risau macam mana nak bawa naik kapal terbang.Mereka akan bungkus dalam kotak elok-elok(buat macam beg tangan lagi) supaya kita boleh bawa naik ke kapal terbang sekali.Gambir Sarawak pun ada jual..beli jangan tak beli.hehe.Kek lapis India yang paling best dan sedap bagi aku.Anda kena cuba!!!
pakcik perahu...Service baik punya...


Sempat berposing depan perahu..kenangan wei...


Pengalaman naik perahu.terumbang ambing...terbalik naya jadi santapan Bujang Senang



kedai kek lapis paling popular di Sarawak...datang jangan tak datang....


Nama kek lapis macam-macam ada


 Singgah beli ikan terubuk masin...sedap beb!!!

10.30a.m. Naik Perahu balik ke waterfront semula.Pergi ke deretan kedai-kedai cenderamata di seberang jalan bertentangan dengan waterfront.Angkut lagi cenderamata.Macam-macam ada...Aku beli kain pelikat Gajah duduk Sarawak khas untuk ayah aku.Adik aku angkut baju,beg cap Sarawak dan macam-macam lagilah..memang pokai duit aku masa ni.hehe

11.30 a.m Balik ke hotel semula.Dalam perjalanan balik terjumpa teksi-teksi 'parking' depan Pearl View Hotel.Booking datang Hotel Fata jam 12.00 tengahhari.Tambang tetap sama RM26 ke airport.Jangan terpedaya.

12.00 Check out dari hotel terus ke Airport.

12.30 Tiba di airpot.Lepak di lapangan terbang tunggu flight pukul 3p.m.Datang awal tak apa.terlewat jenuh kena beli baru.Tambang kami  RM50 je seorang naik kapal terbang dari Penang  ke Kuching dan begitu juga balik dari Kuching ke Penang.Kena tempah awallah.Aku dah pilih tarikh dan booking dari bulan 2 hari itu lagi.




Begitulah pengalaman kami di Sarawak.Yang penting ,ibuku happy dapat makan angin di Sarawak dan pengalaman naik kapal terbang.Selamat hari ibu dan ini adalah hadiah yang mampu anakmu tunaikan.hadiah ini terlalu kecil jika dibandingkan jasa ibu membesarkanku dengan sepenuh kasih sayang hingga berjaya.Terima Kasih Ibu.I love my mum.....

2 comments:

Lyana Mansor said...

waahhhh...bestnye jalan2 bawak mak ngan adik...wei..ko tak pi tgk cik isteri ke?

simataempat said...

wahhhh bestnye fandi oi..bila hang nak datang sabah?? entah fendi ni pi la tengok isteri hang