BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, July 21, 2011

Isu Pondan & tomboy:Kerajaan perlu ambil tindakan serius

Kes permohonan  menukar jantina perlu dipandang serius oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan umat Islam.Masalah ini bukan lagi isu remeh kerana ini melibatkan isu agama dan ketentuan Allah.Dari segi psikologi golongan ini cuma digolongkan sebagai individu yang menghadapi krisis identiti.Namun dari segi Islam,golongan ini adalah golongan dilaknati Nabi dan Allah S.W.T kerana melanggar ketentuan Ilahi.
Tanda-tanda akhir zaman


Dalam Islam,umatnya disarankan menerima dengan tabah Qada' dan qadar (ketentuan dari Allah) terhadap apa yang ditempuhinya.Sifat menukar jantina adalah suatu kehendak naluri yang ingin memuaskan hawa nafsu individu terbabit semata-mata.Pada pandangan saya tidak salah seorang lelaki mempunyai perwatakan lemah lembut,akan tetapi jangan sampai ingin menjadi wanita.Ini kerana sifat lemah lembut itu mungkin terjadi disebabkan naluri semulajadi.Namun ketentuan Allah tetap perlu diutamakan. Kita sebagai hamba Allah hidup di atas muka bumi ini semata-mata kerana Allah dan perlu beriman kepada qada' dan qadar.Mengubah ciptaan Allah adalah melambangkan sifat yang tidak bersyukur kepada nikmat yang telah diberikan olehNya.


Soalan saya jika seseorang menukar jantina
1)Apakah solatnya diterima oleh Allah?
2)Adakah sah solatnya jika dia berjemaah di saf wanita sedangkan dia seorang lelaki?
3)Adakah sah perkahwinannya jika dia berkahwin dengan lelaki?
4)Jika dia meninggal dunia,adakah dia akan disembahyangkan sebagai jenazah wanita?


Kebenaran menukar jantina hanya menyebabkan kekeliruan dan memberikan impak buruk dalam masyarakat dan agama.Adakah ini melambangkan negara Islam atau negara  ateis(orang yang tidak percayakan kewujudan tuhan)?


Sebagai negara Islam yang dihormati,sepatutnya pemimpin perlu mengambil serius perkara sebegini.Perkara yang dianggap remeh sebeginilah yang boleh memulakan tranformasi sifat mazmumah kepada yang lebih memudaratkan.Tindakan tegas perlu diambil kepada golongan ini daripada terus berleluasa.Negara ini bukan suatu tempat untuk membiakkan golongan ini .

Saya menyeru supaya tindakan lebih tegas diambil kerana bukan semua manusia boleh didik melalui pendidikan.Bagi yang lemah iman,undang-undang yang tegaslah yang menjadi penghalang mereka daripada terjerumus kearah sifat-sifat mazmumah dan keji.Pada pandangan saya,golongan ini terlalu diberi banyak kebebasan dan mereka menganggap masyarakat boleh menerima golongan mereka.Mereka menganggap perbuatan masyarakat berdiam bermaksud setuju dengan perbuatan mereka.Mereka datang dengan alasan dan kisah yang menyedihkan dan menyeru supaya masyarakat memahami keadaan mereka dan cuba membayangi diri berada ditempat mereka.Ini semua cuma helah bela diri yang bukan berlandaskan agama Islam akan tetapi bertuhankan nafsu.
Tindakan tegas bukan bermaksud kita menindas golongan ini bahkan kita ingin membawa semula mereka semula ke jalan yang benar.Sebagai seorang Islam kita sebenarnya prihatin kepada golongan ini dan ingin  supaya mereka bertaubat.Tindakan yang seharusnya boleh diambil oleh pemerintah
1)Sebarang pemohonan penukaran jantina sepatutnya tidak dilayan dan dihakimi
2) Kawalan  sosial masyarakat.Golongan ini sepatutnya dipandang 'taboo'
3)Operasi secara berterusan pembersihan lorong-lorong panas dan pusat hiburan
4)Denda bagi lelaki yang berpakaian wanita ditempat awam

Disebalik undang-undang yang tegas ini,kita selitkan pendidikan dan pemulihan bagi golongan ini.Rasionalnya,apabila tiada ruang penerimaan golongan ini dalam masyarakat,cuma tinggal satu jalan iaitu jalan bertaubat dan pemulihan supaya golongan ini kembali belajar dan menerima diri mereka sebagai seorang lelaki.


Mungkin masalah yang dihadapi adalah 'mind set' mereka yang melihat agama lain membenarkan penukaran jantina.Kewujudan konsep kebebasan melampau oleh negara-negara barat yang boleh menerima golongan pondan & tomboy mungkin memberi cabaran yang besar membanteras golongan ini.Sebab itu umat Islam perlu bertegas dalam pengistiharan Negara Islam berlandaskan undang-undang dan nilai-nilai Islam.
"Mencegah lebih baik daripada mengubati'.Isu pondan dan tomboy merupakan sebahagian isu moral dan keruntuhan nilai-nilai agama yang perlu diambil langkah pencegahan dari terus berlarutan dan membiak.Jika isu ini diremehkan,sampai suatu masa untuk merawatnya mungkin sudah terlambat.Bagaikan mutasi sel dalam kanser yang terjadi perlahan-lahan,sampai suatu masa ia akan membawa maut akhirnya.

0 comments: