BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, October 1, 2011

Filem Melayu tiada kualiti,rosakkan minda melayu

Banyak sangat akhir-akhir ini,filem-filem melayu yang memaparkan kisah hantu,cinta,gengster dan rempit yang dikhuatiri akan merosakkan minda golongan melayu kini.Apa yang lebih membimbangkan ia akan merosakkan minda kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan filem-filem sebegini.Filem-filem melayu kini dilihat tiada manfaat kepada pembangunan minda dan masyarakat,cumalah hiburan semata-mata.Inilah trend filem melayu kini,hanya cukup memberi hiburan dalam panggung sahaja,dan dilupai sesusah keluar daripada panggung tanpa unsur-unsur murni dan pembangunan minda yang perlu ditanam dalam jiwa anak muda khususnya.
filem hantu bonceng
lambakan filem hantu,cinta dan masalah sosial dikhuatiri merosakkan minda melayu,tiada unsur pembangunan minda hanyalah hiburan semata-mata.
Filem-filem melayu terlalu berada di 'comfort zon' dan mementingkan keuntungan semata-mata.Hanya pilih skrip cerita yang mudah seperti cinta boleh kaut untung sampai juta-juta.Modal dari segi teknologi langsung tidak ada.Cukuplah beberapa rumah,kenderaan,makanan dan pelakon-pelakon popular untuk melengkapkan pembuatan filem tersebut.Jika dilihat filem berkaitan dengan mat rempit,cukuplah beberapa biji motor dibuat sebagai modal,dah jadi sebuah filem.Buat lawak sikit-sikit dan guna perkataan yang boleh mencetuskan kontroversi sebagai pelaris supaya filem itu nampak menarik dan panas.
Malaysia kekurangan penerbit filem dan  pengarah filem yang boleh menghasilkan filem 'outside the box'.Jika seorang buat filem hantu dan kaut untung juta-juta,akan keluarlah filem-filem hantu seterusnya sehingga jadi lambakan filem hantu yang macam-macam rupa tetapi jalan ceritanya hampir sama.Jika seorang buat cerita pasal rempit,keluarlah pelbagai filem rempit pelbagai versi yang ada yang sampai terlalu ekstrim dan keterlaluan sehingga boleh merosakkan minda golongan muda.Apabila seorang pelakon meletup dan boleh buat filem itu 'box office',maka filem-filem lain pasti akan mengambil pelakon tersebut lagi.Filem melayu hanya berkisar keuntungan semata-mata, dan tiada sumbangan untuk pembangunan minda masyarakat kini.
Filem  seperti 'Merong Mahawangsa' sepatutnya dijadikan 'bench mark' kepada filem-filem melayu yang lain.Aspek penggunaan teknologi dan grafik yang canggih boleh memberi  sesuatu 'outside the box' yang perlu dicuba oleh penerbit filem tempatan dan sepatutnya dijadikan persaingan supaya wujud peningkatan dalam mutu dan kualiti sesebuah filem.Filem melayu perlukan jalan cerita yang boleh membawa penonton berfikir lebih dari kebiasaan dan memerlukan teknologi yang melangkaui zaman.
Sudah tiba masanya penerbit dan pengarah filem tempatan keluar dari kepompong.Sudah-sudahlah dengan filem-filem lawak dan seram sebagai modal.Gantikan hero lawak macam  'cicakman' dengan hero yang lebih serius dan hebat seperti 'hero Merong mahawangsa'.Itulah perumpamaan tranformasi filem melayu yang perlu dilakukan supaya dapat membangunkan minda masyarakat Malaysia dan seterusnya gah di mata dunia.

0 comments: