BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, October 15, 2011

Hudud:Brunei mahu mulakan,Malaysia Tunggu Lagi?

Tunggu...tunggu dan terus tunggu...Memang setunggu-tunggunya..Bila Undang-undang Jenayah Islam nak ditubuhkan...Agaknya sampai kiamat kot kita akan pakai undang-undang 'orang putih'....Undang-undang ciptaan Allah tidak sesuai lagi dilaksanakan mengikut keadaan semasa kena tunggu sampai keadaan menjadi sesuai,kata orang-orang berkenaan.Tunggu sampai orang semua berzina,minum arak,lambakan anak tidak sah taraf  atau murtad berleluasa,baru nak laksanakan hukum jenayah Islam?

Soalan saya apakah hukuman sivil bagi kesalahan minum arak,berzina,khalwat,murtad sekarang?Rata-ratanya ramai yang terlepas begitu sahaja atas kesalahan ini sedangkan ia merupakan suatu dosa besar dan oleh mengundang perbuatan jenayah.Sebab itu Islam letakkan ia sebagai suatu jenayah.

Kita boleh lihat kesan peminum arak.Seorang peminum arak akan hilang kewarasan sementara,dalam keadaan tersebut dia boleh mencederakan sesiapa sahaja,membunuh,berzina dan lain-lain lagi .Pemabuk wanita yang berzina akan mengandungkan anak tidak sah taraf tanpa dirancang,kemudian kemungkinan dia akan membuang atau membunuh bayi tersebut untuk menjaga namanya.Nampak disini Arak adalah ibu segala kejahatan dan Islam bertegas agar umatnya menjauhi minuman tersebut.

Kita lihat pula kesan pergaulan bebas.Pada mulanya berkawan-kawan,kemudian 'couple',seterusnya  berzina dan akhirnya membawa kepada kesalahan membunuh iaitu pembuangan bayi.Zina adalah suatu perosak keturunan dengan kelahiran anak sah taraf yang tidak berdosa.Selain itu ia boleh mengundang pergaduhan akibat perebutan pasangan sehingga membunuh,keretakan institusi kekeluargaan akibat curang, dan pemerdagangan manusia sebagai pelacur.Jika jenayah zina ini tidak dibendung punahlah akhlak,keturunan dan akidah umat Islam seperti yang berlaku di zaman jahilliah.Khalwat dan Zina adalah seperti suatu penyakit pandemik yang boleh merebak dan membusukkan keseluruhan masyarakat jika tiada pencegahannya iaitu undang-undang jenayah Islam.

Jika dilihat golongan murtad begitu kebal daripada undang-undang.Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu murtad?Jika hal ini berterusnya ramai umat Islam yang terpesong akidah dan lemah imannya akan dimurtadkan oleh golongan tertentu.Orang Islam yang nak murtad makin ramai sekarang sama ada secara sah atau sembunyi-sembunyi.Bila nak ditubuhkan Akta Murtad?Lina Joy dah  menang kes.Apakah tindakan kerajaan sekarang?Nak tunggu sampai ramai orang murtad baru nak tubuhkan undang-undang jenayah Islam.

Ramai yang berkata,mungkin pembesar-pembesar sendiri yang minum arak,rasuah,berzina sebab itu yang mereka tidak mahu terima Undang-undang Jenayah Islam.Allahualam itu hanya Allah yang mengetahui.
Bertuahnya negara Brunei,ada pemerintah  agung yang tunduk kepada tuntutan Allah.Sultan yang kaya -raya dan berpengaruh juga di dunia,namun tetap merendahkan diri dan tunduk kepada perintah Allah..Alhamdullilah.Semoga Allah merahmati Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di dunia dan di akhirat dan ditempatkan bersama golongan beriman di syurga nanti.





P/s:Ya Allah,kurniakanllah lebih ramai pemimpin sebegini kepada Malaysia juga Ya Allah,pemimpin yang berani bersuara untuk membesarkan dan membenarkan perintahmu Ya Allah..Pemimpin yang kaya- raya dan berkuasa,namun tetap tunduk dan patuh suruhanMu demi kebaikan rakyat di bawahnya.Amin...

0 comments: