BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, December 31, 2011

AWAS:LOGO HALAL YANG DIHARAMKAN

Hindari Makan Produk Atau Berkunjung Ke Premis  Pamer Logo Haram

Semua masyarakat Islam diminta jangan membeli  produk atau berkunjung ke premis  yang mempamerkan tanda logo halal yang diharamkan selepas parlimen telah memutuskan hanya tanda halal Malaysia (JAKIM) sahaja yang digunakan untuk mengesahkan kehalalan sesuatu produk atau makanan di sesuatu premis.

Kita sebagai umat Islam mesti bersatu bagi menjaga kesucian darah daging kita dan mengelak memakan makanan yang haram atau was-was statusnya.Jakim telah dipertanggungjawabkan menjaga dan memantau kehalalan sesuatu produk dan kita sebagai umat Islam harus menyokong tindakan ini dengan tidak membeli atau berkunjung ke premis yang mempamerkan logo haram.Dengan ini diharap masalah kekeliruan logo haram yang diberikan oleh syarikat swasta yang diragui dapat diatasi.




Semua logo diatas kecuali logo halal MALAYSIA tidak diiktiraf lagi dan dikatagorikan sebagai LOGO HARAM.Sila lapor kepada pihak JAKIM sekiranya ada menemui produk dan premis yang masih mempamerkan logo HARAM diatas.




Premis yang menandakan logo HARAM ini boleh dilaporkan kepada pihak bekuasa dan didakwa.

Suatu cadangan kepada pihak JAKIM agar memberi saguhati kepada pelapor yang memberi kerjasama dan melaporkan barangan atau premis yang mempamerkan logo yang diharamkan.Langkah ini lebih efisien dan memudahkan tugas pihak bekuasa.

 

Buru premis logo haram




KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.


Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.
Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.


“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.


Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan

P/s: Mari kita sama-sama  menjaga kesucian masyarakat Islam dengan memakan  makanan yang pasti halal statusnya.Kerjasama dengan membuat laporan pasti memudahkan tugas pihak berkuasa.

0 comments: