BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, December 5, 2011

IslamGRID:Kemudahan Islam dan Bukan Islam Bersoal jawab

Alhamdulillah....Terdapat kemudahan untuk kita bersoal jawab dalam Islam.IslamGrid memberi peluang kita bertanyakan sesuatu soalan yang samada musykil atau pun berbentuk kritis.Dalam hidup kita,kadang-kadang kita musykil tentang sesuatu perkara,kadang-kadang ada soalan yang kritis bermain di minda kita,gunakanlah portal ini untuk menyelesaikan masalah anda.Bagi bukan Islam,mereka dapat belajar tentang Islam atau mungkin mereka ingin bertanya tentang Islam secara lebih mendalam.Silalah layari laman web ini di www.islamgrid.gov.my/

Sudah jelas tiada penjelasan lagi bahawa manusia tidak tahu tentang Islam.Islam telah tersebar dengan luasnya dan terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang manusia mendalami Islam dengan mudah dan cepat.

 

Portal soal jawab Islam pertama di IslamGRID




UMAT Islam dan bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai agama Islam melalui portal IslamGRID yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Umat Islam mahupun bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai selok belok agama itu melalui portal interaktif IslamGRID yang dilancarkan semalam.
Portal berkenaan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika merasmikan seminar IslamGRID kali kedua 2011 dan pelancaran program rancangan realiti televisyen Adik-adikku Musim Ke-3 di Kompleks Pusat Islam di sini.
Jamil Khir berkata, buat permulaan, portal tersebut akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum diperluaskan dengan penggunaan dua bahasa lain iaitu bahasa Inggeris dan Arab bagi memudahkan pembacaan dan kefahaman mengenai Islam.

2 comments:

wakgelas said...

wak pon teruja nak nengok portal tuu jugakkk.... eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........

Anuar bin Safian said...

berkenaan portal ini, saya bersetuju untuk mewujudkan blog atau portal yang membincangkan soal Islam tetapi dalam sesetengah isu, portal ini tidak meraikan perbezaan pandangan terutama persoalan berkaitan masalah qunut, basmallah yang pernah diutarakan. Nampak lebih keras pandangan portal itu.