BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, January 10, 2012

"Rotan Dan Maruah Seorang Guru"




"Rotan dan Maruah Seorang Guru".Pada masa dahulu,kita semua mengetahui rotan digunakan oleh seseorang guru untuk mendidik murid-murid.Suatu upacara dilakukan oleh ibubapa dengan  menyerahkan rotan kepada guru.Ini adalah simbolik bahawa seseorang ibu atau bapa menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka menjadi orang yang berguna.Oleh itu,rotan digunakan sebaik-baiknya untuk mendidik dan digunakan sebagai denda akibat kenakalan yang dilakukan oleh murid-murid.



Hari ini 'maruah' seorang guru telah hilang akibat pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia yang melarang semua guru-guru mengunakan rotan di dalam kelas kecuali guru-guru yang diberi kuasa untuk merotan oleh pengetua atau guru besar.Alasannya ditakuti guru-guru menyalahgunakan rotan dan mendatangkan kecederaan kepada murid-murid.Akibatnya guru bukan sahaja hilang 'maruah'nya malah disiplin para pelajar jatuh merosot kini.'Biadap terhadap guru adalah amalan biasa di sekolah'.Datanglah sendiri dan tinjaulah kelakuan para pelajar sekarang di sekolah.Ditambah pula di luar sekolah lebih teruk lagi,apabila kita mendengar berita-berita yang melibatkan pelajar bawah umur yang ponteng sekolah,melakukan maksiat,merompak,merempit dan penyalahgunaan dadah.

Adakah ini yang dikejarkan oleh KPM?Apakah NKRA yang dilaung-laungkan,statistiknya benar dan tepat atau ia sekarang temberang yang ingin digunakan oleh KPM untuk menutup mata rakyat.Adakah kita mahu melihat kehancuran modal insan yang merupakan pewaris masa depan negara.Jika tidak melihat statistik sekalipun,tidakkah kita boleh melihat masalah sosial yang sering berlaku di kawasan kejiranan kita?




Dengan 'mengharamkan' rotan keatas pelajar juga bukan dapat menyelesaikan masalah disiplin yang semakin kritikal dikalangan murid-murid.Jika dikatakan murid-murid takut untuk datang ke sekolah,cuba KPM bentangkan statistik pelajar ponteng sekolah  pelajar SMK yang terkini?Sebenar ianya ditahap yang kritikal sehingga terpaksa disembunyikan demi menjaga imej pendidikan di Malaysia

Bukannya penulis ingin menghentam KPM,akan tetapi ingin membuka mata pentadbiran KPM membenarkan semula penggunaan rotan oleh guru-guru sekolah untuk mendidik.Tidak salah sekirannya guru merotan untuk mendidik.Pendekatan 'psikologi' sebenarnya tidak berkesan dan tidak ada kajian yang membuktikannya keberkesannya.Jika ada guru yang dapat membuktinya dengan melaksanakannya di sekolah smk harian biasa,penulis rela menarik segala kenyataan yang telah dibuat.Namun sehingga hari ini,penulis belum menemui seorang guru pun yang dapat menggunakan cara tersebut dengan berkesan.




Disebabkan itu,ramai guru-guru lebih suka memendam rasa dan menyembunyikan hal disiplin murid kelas mereka.Para pentadbir pula lebih suka 'lepas tangan' dengan menyalahkan guru-guru di bawah mereka.Mereka lebih takut kepada ibubapa daripada mempertahankan maruah seorang guru.Di mana perjuangan guru-guru?Di mana maruah guru yang dicampakkan?Di mana ibubapa yang mempercayai kredibiliti guru sebagai seorang pendidik seperti suatu ketika dahulu?Ia terus hilang ditelan zaman.




Rotan perlu dilihat dari perpektif yang baru.Guru-guru perlu diberi peluang menggunakan rotan semula untuk mendidik.Latihan menggunakan rotan dan pskilogi perlu diberikan kepada guru-guru supaya tidak mendatangkan kecederaan yang serius kepada pelajar.Apakah tindakan bagi guru-guru yang menyalahgunakan rotan dan mendatangkan kecederaan kepada murid-murid mereka?Guru-guru tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib dan akan hilang 'kuasa merotan' murid-murid .Maka hilanglah 'maruah' mereka sebagai seorang guru.

KPM disarankan melihat penggunaan rotan dari perpektif yang baru.Bukan memasang dendam hasil pengalaman dirotan oleh guru-guru mereka.Penggunaan 'psikologi' nyata gagal memberikan keputusan positif yang diharapkan.Tiada masa untuk menunggu lagi,menunggu menyaksikan kehancuran akhlak pemuda-pemudi pewaris bangsa..Kembalilah semula "kuasa merotan" maka akan kembalilah semula 'maruah' guru untuk mendidik anak bangsa.

1 comments:

PDM said...

Saya tak rasa guru sekolah ikut panduan KPM pon.Anak saya bersekolah di SJK (C) selalu kena rotan di tapak tangan sampai anak saya nak pegang pensel pon tak boleh.Kesalahan yang sangat remeh-temeh.Terlupa bawa buku, tak dapat markah penuh dan sebagainya.Agak melampau! Tak semua guru menggunakan rotan tanpa emosi.Saya sendiri sebagai ebkas guru MRSM tidak pernah menggunakan rotan dalam kelas.Rotan hanya akan menjauhkan murid dari guru.Itu hakikat pendidikan masa kini.