BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, January 28, 2012

SPBA DIKAJI SEMULA:KENAIKAN GAJI PERLU RELEVAN


Sebut pasal kenaikan gaji semua orang seronok...Tapi ada yang tak puas hati?


Berikut merupakan tuntutan  CUEPACS :
Presiden CUEPACS beri kata dua tarik diri jika syarat tidak dipenuhi



  • Kaji semula pindaan gaji Gred 54 ke bawah







  • Kaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum







  • Kaji kekananan dalam SSM sebelum bertukar kepada SBPA







  • Kaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus







  • Semak penstrukturan semula semua gred penjawat awam

    GEORGETOWN: Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengemukakan lima perkara utama untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dengan tumpuan kepada aspek keadilan dan kesaksamaan, terutama bagi penjawat awam gred 54 dan ke bawah.

    Saya pasti isu utama yang timbul adalah mengenai kenaikan gaji.Ada yang tidak mengetahui berapa peratus kenaikan dalam gaji SPBA yang terbaru.Ada yang tidak puas hati apabila gaji senior lebih kurang gaji junior beberapa tahun dibawahnya.Gred N17 yang tidak puas hati kenaikan gaji diterimanya sedikit jika dibandingkan dengan gred 54.Pertikaian kenaikan gred 54 keatas sangat tinggi melampau.






  • Bagi saya kenaikan gaji perlulah releven mengikut beberapa perkara berikut:
    1)kelulusan:SPM,diploma,ijazah,master dan Phd.
    2)beban kerja dan tanggungan tugas dalam sesuatu penjawatan
    3)Kenaikan gaji memberikan suatu galakan & motivasi untuk memajukan seseorang dalam penjawatan
    4)kos hidup

    1)Kenaikan gaji ikut kelulusan
    Saya berpendapat  kerajaan perlu mengkaji peratus kenaikan gaji mengikut kelulusan.Ini adalah relevan untuk meningkatkan produktiviti kerja dalam penjawatan awam.Adakah adil jika kenaikan gaji seorang yang berkelulusan SPM  sama dengan seseorang yang berkelulusan Ijazah?Dimana wujud produktivitinya?Kita tidak mahu wujud golongan yang selesa dengan kelulusannya.Tidak perlu meningkatkan ilmu tetapi dengan kelulusannya yang rendah mampu mencapai kenaikan gaji sama dengan seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan ilmunya hingga ke peringkat Phd.Kenaikan gaji mengikut kelulusan dapat memberikan motivasi untuk seseorang meningkatkan ilmu dan kualiti dalam pekerjaannya.Ini adalah suatu galakan bagi penjawat awam untuk belajar sehingga ke peringkat Phd seterusnya meningkatkan produktiviti sektornya.Sekarang ini ramai guru sudah memiliki master namun gaji mereka tidak ada beza seperti guru yang memiliki ijazah.Keadaan ini meyebabkan ramai menganggap tidak ada kelebihannya jika ada Phd,Master atau ijazah,gaji tetap sama.Jika wujud tanggapan sebegini mungkinkah produktivi dalam sektor awam akan terus meningkat?Apa kelebihan belajar lagi?

    2)Kenaikan mengikut beban kerja dan tanggungan tugas
    Ramai yang nak gaji banyak,tapi jika kerja banyak mahukah mereka?Ramai yang ingin gaji sama banyak,tapi jika beban tugas sama banyak mahukah mereka?Kita ambil satu contoh.,seorang ketua sektor dengan pekerja dibawahnya.Seorang pengetua atau guru besar harus bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolahnya.Guru hanya perlu melakukan rutin harian kerjanya setiap tahun.Manakala pembantu makmal hanya bertanggungjawab di makmal.Adakah beban tugas setiap bahagian ini sama?Pasti tidak.Pengetua memikul beban menguruskan pentadbiran dan tanggungjawab ke atas setiap pekerja di bawahnya.Beban ini lebih berat berbanding guru dan beban seorang guru lebih berat dari pembantu makmal.Maka di sini jelas menunjukkan keadilan kenaikan gaji mengikut gred.Semakin tinggi gred semakin berat beban tugas yang dipikul dan dipertanggungjawab ke atasnya.Adalah tidak adil jika kesamarataan daripada kenaikan gaji berbanding beban tugas yang dipikul oleh seseorang itu dalam penjawatannya.

    3)Kenaikan gaji memberikan suatu galakan & motivasi untuk memajukan seseorang dalam penjawatan

    Secara logiknya kenaikan gaji diberikan untuk memberikan motivasi kepada seseorang meningkatkan produktivi dan kualiti pekerjaannya.Sebagai contohnya ialah  dalam kenaikan pangkat dan tangga gaji setiap pekerja dalam sektor awam.Semakin senior seseorang itu semakin tinggi gajinya dalam grednya.Adakah kita melihat senioriti seseorang itu cukup membuatkan dia seorang yang produktif?Mengapa ada yang naik pangkat sebelum tiba time-base?Jika tidak ada galakan sebegini semua akan berpeluk tubuh menunggu time-base tanpa meningkatkan produktivi kerjanya.Adalah adil peratus kenaikan gaji dikira dalam grednya.Sebagai contoh bagi gred 41.Peratus kenaikan gaji bagi gred ini ditetapkan sama.Peratus kenaikan gred 44 pula tinggi sedikit.Peratus kenaikan gaji 48 pula lebih tinggi dan seterusnya.Bukankah ini memberikan setiap pekerja inspirasi untuk berusaha naik pangkat?Jika setiap gred mendapat kenaikan yang sama,tidak payahlah bersusah payah wujudkan pangkat.Logikkah begitu?

    Kenaikan mengambil kira kos hidup

    Kajian terhadap gaji minimum sememangnya wajar kerana dapat membantu pekerja gred rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.Gaji pekerja gred rendah sememangnya tidak cukup menampung perbelanjaan harian.Namun, jika gaji gred rendah dinaikkan,maka gaji gred yang lebih atas perlu dinaikkan juga.Ini kerana memang  tidak adil jika gaji gred yang rendah sama dengan gaji gred yang lebih tinggi sedikit daripadanya.Jika yang bawah sahaja naik,mungkin menimbul rasa tidak puas hati golongan yang lebih atas.Jadi gaji gred atas juga perlu dinaikkan.Maka kos pembayaran gaji pekerja awam meningkat.Ini sepatutnya difikirkan oleh kerajaan dan bersedia menghadapi kenaikan kos ini.

    Kerajaan perlu menilai semua aspek ini dan bukan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengenai kenaikan gaji sektor awam.Konsep asas kenaikan gaji adalah sebagai motivasi pekerja untuk meningkatkan produktiviti kerja.Janganlah konsep kenaikan gaji dicampuradukkan dengan motif politik kerana bimbang ia akan mendatangkan masalah kepada kerajaan pula.

    0 comments: