BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, February 6, 2012

Naik turun Bola Sepak:Harimau Malaya Perlu Kejar Gelaran Asia Pula

Amat mengecewakan apabila Malaysia tewas lagi kepada Bahrain 2-1.Namun kekalahan ini sebenarnya memberi satu titik' penghentian sebentar' dan mengimbau semula kejayaan dan kegagalan bola sepak sepanjang 2 tahun ini.
 
Harimau Malaya perlu kejar 'Jaguh Asia' pula.Boleh terima cabaran ini?
 
Meninjau kejayaan  tahun lepas ,Malaysia telah berjaya melepasi pusingan awal kelayakan ke Olimpik.Di situ bermula suatu harapan baru dalam sukan bola sepak negara.Harapan demi harapan mula membara untuk melihat pasukan Malaysia bermain di peringkat Olimpik.Tidak kurang Kejayaan di Sukan Sea, apabila pasukan negara merangkul pingat Emas menewaskan musuh tradisi Indonesia.Ternyata Malaysia boleh dikatakan salah satu jaguh bola sepak di persada Asia Tenggara apabila pasukan senior Harimau Malaya juga menjuarai Piala AFF suzuki.Penghijrahan Hero Harimau Malaya ke Pelita Jaya telah membanggakan rakyat Malaysia.Beliau menjadi Idola baru dalam Bola sepak negara,memberi suatu 'bench mark' bahawa sukan bola sepak boleh dijadikan kerjaya lumayan dan boleh melahirkan pemain Malaysia bertaraf antarabangsa.
 
Penghijrahan Safee Sali membuka lembaran baru karier bola sepak Negara.Pemain bola sepak boleh bergelar Jutawan.Pemain Malaysia lain perlu tukar minda 'Cari makan' dalam Liga-M sahaja.
 
Namun perlukah kita berpuas hati dengan pencapaian peringkat Asia Tenggara sahaja?Malaysia bagaikan 'pasukan belasahan' apabila bertemu dengan juara Asia , Jepun dan Korea Selatan.Ternyata Kualiti Malaysia di peringkat Asia terlalu jauh jika dikaji semula.Nampak dalam permainan terdahulu bertemu dengan Jepun,Malaysia diasak bertalu-talu sehingga jalan terbaik permainan Malaysia adalah bertahan sehingga tamat 90 minit walaupun masih bocor juga.
 
Peminat Malaysia berharap Harimau Malaya terus memberikan cabaran yang sengit di peringkat Asia pula.Dua tahun ini 2012-2013, wujudkan peluang untuk 'catch up' kualiti di peringkat Asia dengan mengadakan banyak  perlawanan  dengan pasukan-pasukan Asia terutamanya dari Asia Tengah seperti Bahrain,Qatar,Arab Saudi  sebelum kualiti Harimau Malaya betul-betul setanding untuk bertemu Jepun dan Korea Selatan.Cuba bina Keyakinan dan pertingkatkan kualiti bertemu dengan  jaguh-jaguh besar ini.Saya pasti bila pasukan Malaysia 'Terbiasa' mencapai kemenangan dengan negara-negara Asia Tengah ini,kualiti pasukan Malaysia juga turut meningkat.Apa yang diperlukan oleh Pasukan Harimau Malaya adalah suatu peluang untuk bermain dengan pasukan-pasukan yang mempunyai kualiti lebih tinggi dan FAM perlu lebih gigih mencipta peluang itu.
 
wujudkan peluang menentang pasukan-pasukan Asia barat supaya kualiti Harimau Malaya dapat di pertingkatkan.
 
Sebagai peminat pasukan Harimau Malaya,kita mahu melihat Pasukan kita terus meningkat dan terus meningkat.Jangan berpuas hati dengan apa yang ada sekarang.Seharusnya harapan rakyat Malaysia ini dijunjung di persada yang lebih tinggi.Kita tidak mahu kejadian lalu berulang kembali,stadium kosong,pasukan kita pasukan belasahan dan harapan rakyat hancur sama sekali.Elakkan kontroversi dan tingkatkan mutu kita.Kejar kembali apa yang hilang,sepatutnya kita sudah sama hebat dengan Korea Selatan dan Jepun kini.

0 comments: