Belacan dan paku ini memang bagus dalam mempromosikan rakyat Malaysia dan bahasa melayu..Cuma kekurangan sikit disebabkan dicampuri budaya barat sikit dalam pergaulan...Belacan dan Paku kena belajar lagi budaya Malaysia
dengan mendalam.Kesopanan dan kesusilaan.banyak lagi kena belajar...lagi cantikk!!!!
Monday, January 31, 2011
Belacan dan Paku tengok orang Malaysia
Posted by fandi at 7:27 PM 0 comments
Labels: Belacan dan paku
Belacan dan Paku:promosi bahasa melayu di peringkat Dunia
nak tengok aksi mereka lagi silalah ke youtube ye...
Posted by fandi at 7:23 PM 0 comments
Labels: Belacan dan paku
Sunday, January 30, 2011
Isteriku: Sampai jumpa esok...
Posted by fandi at 8:06 PM 0 comments
Labels: cerita tentang aku
Surat terbuka untuk PM Najib
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri. Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini. Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini. Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi! Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW. DASAR Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri? Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya? Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri. Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri. Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG! Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!? PELAN TRANSFORMASI EKONOMI Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam. Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri. Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan? Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya. Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini? IFF dan AURAT Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini. Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam? Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini? JUDI Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini? Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian? Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya? Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti? KEMISKINAN dan HARGA NAIK Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya. Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah. Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur! Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga. Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya. Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri. SUARA RAKYAT Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya. Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini. Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui. Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri? Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama. Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat? Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!? REFORMASI Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini. Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan. Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti. Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini. Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara? Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya. Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI! Sekian, terima kasih. Yang benar, Muhammad Muizzuddin Bin Zaini |
Posted by fandi at 10:45 AM 0 comments
Labels: Politik Malaysia
Friday, January 28, 2011
Terbuka korea:Lee Chong Wei menentang 'Budak Jahat'
Posted by fandi at 6:16 PM 0 comments
Labels: Galeri Sukan
Thursday, January 27, 2011
Misteri:Angkara UFO atau buatan manusia?
UFO dirakam dekat lingkaran misteri
YOGYAKARTA – Seorang pegawai pentadbiran negeri di Gunung Kidul, di sini merakamkan gambar ojek terbang tidak dikenali (UFO) di Bukit Patuk tujuh kilometer dari penemuan lingkaran misteri di sebuah kawasan sawah padi di Sleman, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Pegawai itu, Kidul Didit Widiatmoko mengaku merakamkan gambar itu pada 16 Januari lalu pada pukul 1.20 petang beberapa hari sebelum lingkaran misteri ditemui di Sleman pada Ahad lalu.
Satu lagi lingkaran misteri turut ditemui di Bantul dekat Sleman pada Selasa lalu.
Dia menyedari terdapat objek aneh pada gambarnya semasa proses memindahkan gambar tersebut dari kameranya ke komputer.
“Saya baru menunjukkan foto itu kepada teman-teman setelah ada berita tentang jejak lingkaran misteri itu,” ujar Kidul.
Gambar itu dirakamkan semasa dia dan isterinya berehat di Bukit Patuk.
Objek yang dirakamkan itu seperti titik berwarna hitam.
Sementara itu, seorang ahli nujum, Yohana Lestari berusia 40 tahun menyatakan lingkaran misteri itu memang perbuatan dari UFO.
Bagaimanapun, katanya, bentuk lingkaran itu terjadi kerana terdapat sejenis alat UFO yang mencari kawasan memiliki sumber tenaga baru.
Yohana berkata, UFO tidak datang ke kawasan itu tetapi terdapat sejenis alat yang tidak dapat dilihat pergi ke kawasan tersebut tetapi cara ia bekerja adalah seperti kuasa magnet.
Dalam perkembangan yang sama, polis masih melakukan soal siasat ke atas tujuh pemilik petak sawah yang mengandungi lingkaran itu bagi mencari penunjuk siapa yang mendalanginya.
Salah seorang daripada pemilik sawah itu, Jumadi menyatakan, dia tidak melihat cahaya yang mencurigakan pada malam Sabtu lalu dan mustahil bagi manusia untuk membuat lingkaran misteri itu.
Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa pelajar Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam Universiti Gajah Mada yang membuat lingkaran itu namun, sehingga semalam tiada pengakuan daripada pelajar itu dibuat mengenai kejadian aneh tersebut. – Agensi
P/s: Banyak lagi sebenarnya misteri di dunia ini.Namun yang Maha Mengetahui adalah Allah S.W.T.
Posted by fandi at 10:12 AM 0 comments
Labels: pelik tetapi benar
Awas! Penipuan SMS yang lucu
Posted by fandi at 9:58 AM 0 comments
Labels: lucu
Monday, January 24, 2011
Ini Kisah Misbun Dan Chong Wei
Tolong jangan pisahkan 'sifu' dan anak didiknya...Kembalikanlah perjuangan mereka...
Inilah Superhero Malaysia...Dapatkah dia survive tanpa kehadiran sifunya???
Posted by fandi at 8:11 AM 0 comments
Labels: Galeri Sukan
Saturday, January 22, 2011
Blogger boleh raih untung sampai RM1 juta.Benarkah?

Blogger boleh jadi kaya?Hari ini aku terbaca berita yang membuktikan blog boleh bikin wang..Ramai yang terbukti meraih berpuluh ribuan ringgit sebulan..ada yang dah bergelar jutawan..Kini blog juga boleh dijadikan perniagaan.
Penulis blog kreatif raih pulangan lumayan
KUALA LUMPUR: Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun.
Beginilah fenomena penggunaan blog yang dulunya berfungsi sebagai pengantara politik, peribadi dan komuniti, kini beralih kepada perniagaan sehingga ada pengendali atau penulis mampu meraih keuntungan beratus-ratus ribu hingga berjuta ringgit setahun.
Posted by fandi at 7:21 PM 0 comments
Labels: blogger
List 2011: Aku nak tingkatkan pengurusan diri
Posted by fandi at 5:03 AM 1 comments
Labels: cerita tentang aku
Tarik diri:Lin Dan ' Sakit perut' makan sambal belacan?

Kejohanan | Pencapaian | tempat berlangsung |
Beijing Olimpik 2008 | Juara | China |
Piala Thomas 2008 | China (Juara) | China |
China Open 2008 | Juara | China |
Sukan Asia 2010 | Juara | China |
Posted by fandi at 2:21 AM 1 comments
Labels: Galeri Sukan
Wednesday, January 19, 2011
Duit syiling tabung RM75000 tercicir di tengah jalan
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian
Posted by fandi at 7:04 AM 2 comments
Labels: lucu
ramai akan sakit mental di Malaysia?
Sebab itu banyak kejadian yang kita tidak sangka tup tup peguam bunuh orang,cikgu belasah budak,datuk rogol cucu,anak bunuh bapa macam-macam lagilagila.kejadian pelik-pelik berlaku kebelakangan ini..Apapun jika kenaikan ini berterusan ia akan dibawah beban penyakit no 2 selepas penyakit jantung menjelang 2020...cuba korang check diri korang adakah anda ada sintom-sintom penyakit gangguan mental..kalu ada silalah berjumpa doktor yang berdekatan dengan segera...jangan doktor pun gila sudahlah...
p/s:aku kadang-kadang nak sakit jiwa juga kat sekolah sebab budak-budak nakal dan semakin mengila...sekolah macam zon tekanan...nak meletus gaklah kewarasan otak ni...Kalu cikgu-cikgu gila barulah tiada siapa nak ajar anak-anak korang...padan muka
Bilangan pesakit mental meningkat
BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.
"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.
Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.
Posted by fandi at 4:01 AM 0 comments
Labels: fakta menarik
Tuesday, January 18, 2011
Fandikaka kembali beraksi
sayangnya aku takla setangkas dahulu.kaki nak bergerak pun lambat..hehe..aduh rindu pada zaman dahulu...nampaknya zaman aku dah berakhir.
aku main bola pakai kasut futsal sahaja.terlintas nak beli boot pulak.Setelah membuat 'survey' di rangkaian al-ikhsan..aku tertarik dengan satu model kasut ni.tengok 'garang' suatu macam ja kasut ni.Tengok di blog-blog football kit ia dikeluarkan tahun 2009.Tapi aku tak faham kenapa dekat laman wab al-ikhsan ditulis 'new arrival'...mungkinkah kasut ini baru tiba di Malaysia
Nike boot CTR360 Maestri FG
The CTR360 Maestri football boots are the new release from Nike. The new Nike CTR360 Maestri has pinnacle performance features designed to deliver 360° control of the ball, and to give the wearer 100% pass completion. To achieve this the creators of the Nike CTR360 Maestri went through the stages of a player – receiving the ball, keeping control and distributing the ball.
Receiving the ball
Groundbreaking lateral forefoot dampening pods give outstanding first touch ball control.
Controlling the ball
Unique dual-density stud structure gives unrivalled stability, exceptional ball grip and trap control. Revolutionary Kanga-Lite synthetic leather provides remarkable comfort, fit and performance, whatever the conditions. Neat asymmetric, anatomically engineered lacing system creates an expanded ball control surface.
Distributing the ball
Technically advanced shape-correcting memory foam and injected instep pass pad for fearsome distribution.
harganya $180 bermakna kat Malaysia RM540...betulkah?kena pergi al-ikhsan ni...teringin sangat nak memiliki kasut boot ini...apa lagi angkat sajalah
Posted by fandi at 7:33 AM 1 comments
Labels: cerita tentang aku
Saturday, January 15, 2011
Mengenali Riba Paling Popular Akhir Zaman
Firman Allah
“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. ” Al-Baqarah :275
:
Riba Al-Qardh popular
RIBA Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
Riba jenis ini boleh dikira paling popular digunakan di kalangan masyarakat kita hari ini dan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk.
Antaranya, duit berbalas duit yang lebih banyak nilainya atau lebih tepat lagi, pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar melebihi nilai yang dipinjam seseorang.
Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan.
Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai ketika pembayaran semula dalam tempoh waktu itu adalah riba al-Qardh.
Ini adalah daripada jenis riba dalam kategori nilai kewangan berdasarkan faktor masa atau ‘time value of money’ yang diharamkan di dalam Islam.
Konsep ‘time value of money’ adalah satu nilai kewangan hari ini bernilai lebih pada masa depan.
Ini kerana, jika setiap RM1 digunakan sebagai perumpamaan, ia mungkin boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate Finance: Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New York, USA, 2001) Bagaimanapun, jika Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah (nilai lebih daripada pinjaman) tanpa sebarang paksaan atau syarat oleh Ali pada awal perjanjian, pinjaman dibuat sepanjang tempoh pinjaman adalah halal lagi terpuji di sisi Islam.
Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda membelikan unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam oleh baginda dengan meminta sahabat itu tadi membeli seekor unta yang lebih baik lalu berkata: “Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari) Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walaupun dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah.
Ini kerana Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.
Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah SWT. Justeru, walaupun ditawar oleh peminjam dengan keredaan dirinya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.
Contoh riba Al-Qardh kedua pula adalah pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar bersama-sama sesuatu manfaat lainnya.
Sebagai contoh, pemberi pinjaman, Kamil memberi pinjaman RM1,000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan. Namun, sebagai balasan, Kamil mensyaratkan Hasan membantunya menyiapkan tugasannya.
Dalam contoh di atas, bantuan menyiapkan tugasan itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman.
Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman diberi walaupun tiada jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.
Riba Al-Qardh ketiga pula adalah manfaat berbalas manfaat yang lebih. (bukan dalam bentuk nilai kewangan) Contoh riba jenis ini adalah apabila pemberi pinjaman, Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat dia perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal ketika pinjaman dilakukan, tangki minyak kereta tidak penuh.
Dalam contoh ini, riba berlaku kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman yang termasuk pulangan lebih yang disyaratkan.
Ia juga tergolong di dalam ‘ijma’ yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman itu tadi.
Dalam kes ini, jika pemberi pinjam ingin memperoleh sesuatu keuntungan seperti disebut di atas, dia tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam’ ketika memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa’ dengan nilai sewa, setangki penuh minyak.
Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperoleh adalah halal.
Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian, ia berbeza di sisi Allah SWT.
Ini kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya.
Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa’, ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik menerima habuan di dunia berbanding habuan akhirat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, “Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,” lalu aku bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedekah?” “Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan.” (Riwayat oleh Ibn Majah) Al-Jassas menerusi kitab yang ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut: “Allah menamakannya sebagai qardh (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qardh, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya.” Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula adalah, hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.
Riba ini terjadi apabila seseorang individu atau dinamakan sebagai Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan dengan syarat dia perlu menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan depan.
Pemberian ini termasuk di dalam kategori riba Al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walaupun menggunakan lafaz hadiah.
Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah ‘substance’ atau rangka asas kontrak yang sememangnya adalah pinjaman berserta faedah.
Contoh lain riba Al-Qardh pula adalah apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.
Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan balasan sembilan dulang bernilai RM13,000.
Dalam konteks ini, masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.
Namun, jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.
Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak
Posted by fandi at 5:52 PM 0 comments
Labels: Islam
Friday, January 14, 2011
Miracle of Allah
Cuba renung pada 3 titik itu dalam masa 10 saat,kemudian halakan pandangan anda pada dinding yang kosong.anda akan nampak imej itu....cubalah
Posted by fandi at 10:19 PM 1 comments
Labels: Islam
Kesetiaanku kepadamu walau dalam mimpi
Posted by fandi at 8:05 PM 1 comments
Labels: cerita tentang aku
Thursday, January 13, 2011
luahan hati seorang sahabat
Posted by fandi at 3:00 AM 4 comments
Labels: cerita tentang aku
Wednesday, January 12, 2011
Dunia dah nak kiamat:Kucing boleh bercakap di Indonesia

JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.
"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.
"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.
Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.
Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Posted by fandi at 8:32 AM 0 comments
Labels: pelik tetapi benar
'kerepek terbang' khas buat isteriku
Hari ini kandungan isteriku dah sampai 18 minggu....memang dia kata dia mudah lapar sebab dia makan ubat vitamin yang doktor bagi.Macam-macam dia nak makan.Last2 dia nak makan makanan ringan sebagai makanan sampingan dia.So dia cari kerepek dan sesuatu nak dibuat kunyah...Tapi kat area Sarawak payah nak jumpa kerepek-kerepek ni.Dia dah cari kat Sarikei tak jumpa.Pekan Betong lagila tak ada.Lagipun was-was status halalnya kalu adapun.
Posted by fandi at 8:24 AM 0 comments
Labels: cerita tentang aku
Tuesday, January 11, 2011
Kapal terbang Air Asia terbabas
Posted by fandi at 12:53 AM 2 comments
Labels: cerita tentang aku
Saturday, January 8, 2011
Rahsia pengikat hati kekasih @suami
Kekal menawan pikat suami
Oleh ISMA ISMAIL dan MOHD RAZLAN SALLEH
metahad@hmetro.com.my
INTIM... Mansura bahagia di sisi suami, Yusuf. SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.
“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.
“Bayangkan perasaan suami apabila melihat tubuh kita kendur di sana sini, sudah pasti hilang selera untuk bersama dan menjadi alasan mencari pucuk muda yang lebih gebu,” katanya tanpa berselindung.
Mansura berkata, jika aset wanita itu sentiasa padat, kerukunan rumah tangga dan hubungan suami isteri sentiasa hangat.
Kesempatan menemui Mansura secara bersemuka membuktikan kebenaran kata-katanya.
Meskipun boleh dianggap nenek, tubuh Mansura seakan-akan tidak ditelan waktu dan kelihatan sihat seperti wanita berusia 30-an.
Penulis juga hanya menggeleng kepala sebaik diberitahu wanita berkenaan berusia 65 tahun dan memiliki 23 anak selain bercucu dan cicit.
“Payudara perlu dijaga sebaik-baiknya dan antara caranya ialah memakan jamu dan bersenam.
“Jamu boleh dibuat sendiri menggunakan barang yang mudah didapati di pasar seperti ibu kunyit, asam jawa, lada putih, sirih, manjakani, gula, garam dan telur ayam kampung,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini, baru-baru ini.
Mansura berkata, pemakanan jamu membolehkan badan lebih sihat dan bertenaga serta menegangkan otot kendur, terutama sistem peranakan.
“Saya tidak pernah mengamalkan ilmu songsang atau susuk kerana ia perbuatan syirik,” katanya.
Selain 23 anak, termasuk enam yang meninggal dunia sebaik dilahirkan, Mansura turut dikurniakan 60 cucu dan empat cicit.
“Bayangkan selepas melahirkan anak, saya boleh berjalan seperti biasa keesokannya dan ke pasar seminggu selepas itu. Ramai tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya,” katanya.
Mansura berkata, dia berkahwin dengan Yusof ketika berusia 13 tahun dan terus bunting pelamin, namun kurang bernasib baik apabila beberapa anaknya meninggal selepas dilahirkan.
“Anak pertama mak cik sepatutnya berusia 52 tahun tetapi meninggal dunia sebaik dilahirkan, manakala paling bongsu berusia 15 tahun dan menuntut di Sekolah Menengah Batu Sapi,” katanya.
Mengikut perkiraan kasar, pasangan itu memperoleh anak sulung iaitu Junaidah, 46, ketika Mansura berusia 19 tahun dan melahirkan anak ke-23, Jefry Aman, 15, pada usia emas 50 tahun. Malah ketika berusia 30 tahun, dia mempunyai lapan anak.
Menurut Mansura, ramai wanita kini mengabaikan penjagaan diri dan enggan mengikuti nasihat orang tua yang dianggap kolot serta ketinggalan ramai.
“Selain petua ketika bersama, suami isteri perlu bertolak ansur kerana alam berumah tangga mempunyai 1,001 cabaran dan dugaan.
“Ketika suami marah, kita sebagai isteri perlu berdiam diri dan jangan sesekali melawan kerana ‘harimau’ yang mengamuk pantang dicabar,” katanya.
Mansura berkata, perkara sama perlu dilakukan suami apabila melihat isteri dalam keadaan marah.
“Sebagai orang tua, saya hanya mampu memberi nasihat kerana sedih mendengar pasangan yang baru mendirikan rumah tangga sudah naik turun mahkamah untuk bercerai.
“Sedih melihat isteri yang masih muda dan cantik terpaksa menjadi janda pada usia muda,” katanya.
Mansura juga berkata, kewangan bukan masalah utama jika tahu menguruskannya.
“Saya tidak kaya dan hanya menetap di rumah kayu, tetapi suami tetap sayang dan sentiasa membahagiakan saya. Sebagai balasan, saya kini mengambil alih tugasnya mencari rezeki berikutan kesihatannya kurang baik kebelakangan ini,” katanya.
Posted by fandi at 8:21 PM 0 comments
Labels: fakta menarik
Lagu-lagu AJL25 di playlist blog saya
Bagi pengunjung blog saya yang ingin mendengar semua lagu-lagu finalis AJL25 bolehlah memilih lagu-lagu pilihan anda di playlist yang terdapat di bahagian bawah blog ini.Semoga terhibur sambil membaca post-post yang telah sy tulis buat anda.Terima Kasih
Dalam kesempatan ini sy dedikasikan lagu SOFEA JANE_BLACK buat isteri sy ZAIDAH BT SALLEH yang tercinta yang berada di Betong sarawak..Sy amat mencintai dan merinduinya..
Posted by fandi at 5:58 PM 0 comments
Labels: hiburan
AJL25:Lagu Faizal Tahir Jadi Juara ?
Senarai Lagu lagu AJL 25, Giliran Persembahan AJL 25
tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat …dalam Anugerah Juara
Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? Segala-galanya bakal terjawab pada 9 Januari 2011 nanti!
1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10. Mencari Konklusi -Noh/Noh/Hujan
11.Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
1) Yuna – Cinta Sempurna
2) Tomok – Berlari
3) A.P.I – Pelita
4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King
6) Hafiz – Noktah Cinta
7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
8. Faizal Tahir – Selamat Malam
9) Adira – Ku Ada Kamu
10) Bunkface – Extravaganza
11) Black -Sofea Jane
12) Faizal Tahir – Hanyut
13) Stacy – Jahat
14) Hujan – Mencari Konklusi
yang pernah menjadi juara dalam AJL seperti M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain dan Datuk
Siti Nurhaliza. Turut membuat kemunculan khas ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.
AJL25 bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar
selaku pengacara malam kemuncak tersebut
P/s:Ramalan aku salah satu lagu Faizal Tahir akan memenangi AJL25 antara hanyut dan Selamat malam
Posted by fandi at 4:05 PM 0 comments
Labels: hiburan