BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, October 3, 2012

Cikgu jangan jadi 'Hero'

 

 
Tak rotan masalah,rotan lagi masalah...Mungkin semua cikgu kena lantik peguam masing-masing untuk kes-kes yang tidak diingini.Cikgu kena ada perlindungan.

 Apabila baca artikel di bawah,ini amaran bagi cikgu yang bersemangat mendidik,jangan cuba jadi 'hero'...Kuasa cikgu hanya pada leteran sahaja,jangan sentuh budak.Jika nasib tidak baik,akan ditimpa malang sebegini.Niat baik bukan selalunya akan berakhir dengan indah.Kuasa menghukum sekarang bukan ditangan KPM tetapi di tangan ibubapa.Jika datang complain daripada ibubapa pengetualah orang pertama yang akan panas punggung.Complain ibubapa boleh terus ke Putrajaya jika tidak bernasib baik.

Ini alaf baru..'parent always right'.Ini dasar baru pendidikan negara.Guru patut lupakan tanggungjawab mendidik.Masuk kelas ajar sahaja,pelajar nakal tegur sahaja...just 'baby sitter' semasa ibubapa keluar bekerja...Ini trend terbaru.

 Ramai juga cikgu-cikgu dah tak ambil kisah tentang apa yang berlaku di sekolah.'Safety first'.Apa nak jadi,jadilah.Tegur kalu tak nak ikut juga buat tak tahu sahaja.Tak ambil tindakan lebih baik daripada ambil tindakan ke atas pelajar.Nanti tak pasal2 guru yang kena...Itulah hakikat.

 

Tak sabar  menanti wawasan 2020.Nak tengok modal insan yang bakal dilahirkan.Dan tak sabar tunggu di akhirat nanti,apa balasan kepada orang yang mempertahankan dan bersekongkol dengan keburukan dan menghalang kebaikan...Apa yang mereka kena agaknya?

 

JPN P. Pinang siasat dakwaan ibu bapa anak dirotan

03/10/2012 2:58pm

GEORGETOWN - Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Seberang Perai Utara untuk menyiasat dakwaan sekumpulan ibu bapa yang anak mereka dirotan guru atas kesalahan kecil.
Pengarahnya, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, sebuah panel khas akan menyiasat perkara itu dengan memanggil murid dan guru yang terlibat serta guru besar sekolah.
Siasatan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu, katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
"Tindakan susulan adalah berdasarkan siasatan yang pihak PPD jalankan dan jika dakwaan ibu bapa berkenaan betul, pihak kita tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tata tertib ke atas guru terbabit,” katanya. - BERNAMA

Tuesday, July 17, 2012

Monday, April 30, 2012

TAHNIAH TERENGGANU:USAHA BASMI PONTENG SEKOLAH



Kes ponteng sekolah sudah menjadi isu serius dalam pendidikan.Tranformasi pendidikan akan menjadi 'Transformer' jika tindakan tegas dan prihatin tidak diambil dengan segera.

Syabas diucapkan kepada kerajaan Terengganu atas usaha memerangi gejala ponteng sekolah.Kerjasama yang erat yang ditunjukkan oleh PPD,RELA,AADK,POLIS DAN JHEAT perlulah dicontohi oleh negeri-negeri lain.Usaha ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali terutamanya di cybercafe,pasaraya dan tempat-tempat awam bagi membasmi pelajar ponteng berpakaian sekolah yang berpelesaran di tempat-tempat awam.Gejala ponteng melibatkan pelajat-pelajar Sekolah Menengah Harian amatlah serius sehingga ia akan menjadi suatu isu yang besar apabila dilaporkan.

BEKERJA BAWAH UMUR DAN SISTEM KETIDAKHADIRAN DIDOMINASI PELAJAR

Adakah para pelajar bawah umur yang bekerja juga harus ditangkap?Di Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang,ramai para pelajar khususnya Tingkatan 3, 4 dan 5 sanggup ponteng sekolah untuk bekerja mencari wang saku.Para pelajar ini akan ponteng sekolah apabila peperiksaan PMR dan peperiksaan akhir telah tamat.Jumlah hari ponteng boleh mencapai hingga lebih daripada sebulan.Akan tetapi
tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah dengan sistem ponteng sekolah yang ada yang memperuntukkan dua bulan ketidakhadiran baru boleh dibuang sekolah.Namun,apabila cukup dua bulan pun,menjadi masalah kepada sekolah untuk membuang pelajar daripada sekolah kerana jumlah pelajar yang ramai .Ini kerana ada dikalangan para  pelajar 'berpakat ramai-ramai untuk tidak hadir ke sekolah untuk bekerja.Mereka mendominasi  sistem amaran ketidakhadiran ke sekolah.Ada perlunya sistem sedia ada dikaji semula bagi membendung gejala ponteng sekolah.Pihak JPN dan KPM jangan Cakap sahaja,tetapi perlu cari jalan mengkaji sistem amaran ketidakhadiran sedia ada dan perlu relevan daripada didominasi oleh pelajar masa sekarang yang semakin cerdik memanipulasi keadaan.


"'kerja ada luit,sekolah xda luit'.Itulah ayat yang diberitahu kepada aku selaku guru kelas.Nak beli motor dan handphone bila naik form 4 nanti.Sekolah ni belakang kiralah.Mak bapa pun sokong dan tak ambik kisah.Kita cikgu ni sapalah pada mereka.".Nak tranformasi pendidikan kepala hotak apa macam ni kalu budaya dan mentaliti masyarakat teruk macam ni . Takada peruntukan yang tegas seperti Akta sekolah yang melarang pelajar bekerja pada waktu sekolah dan boleh dikenakan khidmat masyarakat dan kompoun kepada ibubapa.Jangan buang sekolah kerana cara itu sudah lama tidak berkesan dan tindakan akhir yang perlu diambil jika pelajar tidak berubah.

Jika usaha berterusan  dan agresif diambil oleh agensi luar sekolah tentunya pelajar akan takut ponteng sekolah.Maklumat dari register sekolah perlulah dihantar ke PPD setiap bulan bagi mengesyaki pelajar-pelajar yang ponteng.Seterusnya mengambil tindakan ke pintu rumah.'Masyarakat Ambil Berat' perlu dilaksanakan dalam sesuatu komuniti bukan mengharapkan guru-guru sahaja.

BAWA KE PARLIMEN: DENDA KHIDMAT MASYARAKAT  DAN KOMPOUN KEPADA IBUBAPA.
Apa tindakan wajar yang harus dikenakan kepada pelajar ponteng sekolah?Saya sarankan kerja-kerja khidmat masyarakat perlu dikenakan bagi memberi keinsafan kepada remaja-remaja ini.Ini dapat memberikan teguran kepada mereka tentang keburukan ponteng sekolah.Cadangan kedua,kompoun kepada ibubapa jika anak-anak mereka ditangkap.Ini dapat melatih ibubapa yang kurang prihatin terhadap anak-anak.Ibu bapa perlu 'menjemput' anak-anak yang ditangkap di balai polis dan dikenakan kompoun sebanyak RM100 kali pertama,RM200 kali kedua, dan nilai dendaan semakin meningkat setiap kali anak-anak ditangkap.Dengan ini ibubapa akan lebih 'alert' dengan tindaktanduk anak-anak mereka.Cadangan ini seharusnya dibentangkan di PARLIMEN bagi menangani masalah ponteng sekolah.

 Syabas TERENGGANU.Patutlah tiap-tiap tahun pulun UPSR,PMR dan SPM terbaik dalam negara.Masyarakat TERENGGANU amat prihatin terhadap generasi muda-mudinya.Semoga usaha ini dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain.


P/s:Teringat sewaktu B1murid dahulu,yang tidak pernah datang sekolah langsung pun datang ambil duit dengan ibubapa sekali pada hari itu.Nyata dengan duit sahaja boleh mendidik masyarakat.Denda duit dan khidmat masyarakat pasti mampu mendidik  mengubah budaya dan mentaliti mereka.

TAHNIAH TERENGGANU!!!

KUALA TERENGGANU - Seramai 63 pelajar diberkas dalam operasi gerak gempur basmi pelajar ponteng sekolah peringkat negeri Terengganu yang dilancarkan semalam. Operasi yang bermula pukul 8 pagi dan berakhir pukul 12 tengah hari itu mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, polis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Zakaria Hussin berkata, kesemua pelajar yang ditahan diberikan sesi kaunseling sebagai peringatan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing. "Kita telah memberi mandat kepada pihak sekolah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar terlibat sama ada dikenakan tindakan tatatertib ataupun digantung persekolahan bagi menyedarkan pelajar terlibat," katanya selepas tamat operasi tersebut di sini semalam.

Wednesday, April 11, 2012

Amaran Tsunami:Gempa di Acheh 2012 cecah 8.9 Richter

Memang terkejut kami sekeluarga yang sedang menonton televisyen apabila merasai gegaran kecil ,cukup membuat kami terumbang- ambing.Barulah nak ingat Allah, lalu mengerjakan sembahyang Asar setelah azan Asar telah berkemundang seketika lalu.Bila tunggu berita barulah disahkan ada berlaku gempa bumi di  berdekatan Acheh berskala 8.9 skala richter.Semoga Allah lindungi umat-umat Islam dari bala bencana terutamanya tsunami yang pernah berlaku dahulu.

Kita rakyat Malaysia hanya merasai gegaran sahaja.Namun beginilah gambar-gambar situasi di Pulau Pinang selepas berlaku kejadian tersebut yang boleh saya kongsikan.Ada yang di ambil dari Facebook kawan-kawan yang berada di tempat kejadian.



Gambar diambil di pantai Batu Feringgi selepas kejadian gegaran berlaku.Air laut surut-sesurut...




Keadaan  sekitar Queenbay Mall..Panik!!!!



Keadaan sekitar KOMTAR



pusat gempa bumi yang menyebabkan gegaran 8.9 out of 10 richter





Tsunami diramalkan boleh melanda 28 negara..

Amaran Tsunami dan langkah berjaga-jaga telah dikeluarkan.Banyakkan berdoa supaya kita dan umat Islam di Acheh di Lindungi Allah daripada bala bencana yang bakal menimpa.Ambil kesempatan ini juga untuk insaf dan bertaubat.Allah boleh turunkan bencana tanpa kita ketahui dan sedar kedatangannya.Jangan sampai kita sudah terlewat untuk bertaubat.

Saturday, March 17, 2012

IKTIBAR:Berdosa besar kahwin wanita hamil anak tak sah


Haram menjadi 'Pak Sanggup' kepada wanita hamil ank luar nikah.Kesannya kepada anak,keluarga dan'pak sanggup' itu sendiri.Jangan undang kesusahan di kemudian hari.


KUALA LUMPUR: Haram dan berdosa besar bagi lelaki yang mengetahui seorang wanita mengandungkan anak luar nikah jikalau menikahi wanita hamil itu.
Pernikahan cuma boleh dilangsungkan selepas wanita terbabit melahirkan anak, malah anak yang lahir tidak boleh dibin atau dibintikan lelaki yang menjadi pak sanggup kerana zuriat berkenaan bukan daripada benihnya.

Dalam Islam, anak yang lahir perlu dibinkan wanita itu sendiri manakala dalam hukum lebih longgar, ia dibolehkan berbin atau binti Abdullah (hamba Allah).

Pendakwah bebas yang juga Pengarah Urusan Telaga Biru, Dr Zahazan Mohamed, berkata anak berkenaan juga tidak boleh berkahwin dengan lelaki terbabit (pak sanggup) kerana lelaki itu menikahi ibunya.

“Gadis anak zina adalah mahram dengan bapa tiri tetapi bukan mahram dengan lelaki yang berzina dengan ibunya,” katanya.

Menurutnya, dalam budaya masyarakat Malaysia, jika seorang wanita hamil anak luar nikah, dia dan teman lelaki yang membuntingkannya dinasihatkan lekas kahwin bagi menutup aib serta menjaga maruah keluarga.


“Mengikut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anak berusia enam bulan ke bawah ketika dalam kandungan, boleh dibinkan lelaki berkenaan. Ini hukum di sisi manusia bagi menyelamatkan maruah,” katanya.

Zahazan berkata, hukum di sisi Allah, seorang wanita penzina tidak layak berkahwin melainkan lelaki penzina (ayat 3 surah an-Nur) dan jika wanita itu ingin bertaubat, anak berkenaan dibolehkan berbin atau berbintikan nama wanita terbabit.

p/s:Berfikir sebelum bertindak.Jangan tanggung dosa orang lain.Hidup ikut peraturan agama..Baru hidup senang dan selamat di dunia dan di akhirat

Saturday, February 11, 2012

KFC i-CITY: KERANA AYAM MANUSIA BERGADUH?

JANGAN KERANA AYAM KITA HILANG SIFAT KEMANUSIAAN

kredit-MALAYSIAKINI.-janganlah kita berperang disebabkan ayam KFC.Buat malu dengan budak-budak sekolah sahaja.

Begitulah penangan ayam KFC...Bukan sahaja menjilat jari ,akan tetapi manusia pun boleh bergaduh kerananya.Pegaduhan ini adalah suatu insiden biasa antara pelanggan dan pekerja.Difahamkan menurut Malaysiakini,si pelanggan tidak puas hati apabila tidak diberitahu ayam telah kehabisan walhal dia telah lama berbaris panjang.Si pelanggan pun meninggikan suara kepada pekerja.Pekerja yang dah 'panas' pun memaki si pelanggan dan menyerangnya.Kejadian itu mungkin berhenti di situ,jika tidak ada perakam yang 'gatal tangan' menyebarkannya di YOUTUBE(tempat menyebarkan segala provokasi & kontroversi).

Kejadian ini telah memberi peluang kepada "BATU API-BATU API  POLITIK" yang sememangnya menunggu insiden-insiden sebegini untuk memecahkan rakyat.Apatidaknya si pelanggan dan pekerja KFC berlainan kaum,ini memberikan suatu isu yang 'panas' untuk diperhangatkan di kalangan rakyat.Memang si syaitan-syaitan bertopengkan manusia  ini seronok nak melagakan rakyat sebati dengan fitrah kejadian mereka yang tidak berasa senang melihat orang lain hidup aman.

Bagi aku semua salah:
1)Si perakam adalah' syaitan' utama dalam cerita ini.Rakam kejadian dan upload kat YOUTUBE.Bagi semua orang  tengok dan menimbulkan isu yang sepatutnya tidak dibangkitkan.Bagi aku, si perakam inilah yang patut ditangkap kerana dialah yang memulakan 'First Blood'.
Silalah upload gambar pergaduhan,lucah,hasutan,tidak puas hati, dan politik.Ada pasti tidak akan diambil tindakan,untung-untung anda akan dapat keluar di media massa selaku 'hero'.


2)Si pelanggan adalah mangsa keadaan.Namun si pelanggan sepatutnya tidak meninggikan suara kepada pekerja KFC.Ingat kerana mulut badan binasa.Kerana ayam takkan nak dapat lebam-lebam di muka.Tegur dengan cara baik sebab pekerja itu juga seorang manusia atau 'angkat kaki' tinggalkan KFC yang pengurusannya lemah ini menuju ke restoran makanan segera yang lain atau kedai-kedai makan yang lain.Kedai makanan berlambak-lambak kat i-city.Tak makan ayam KFC pun boleh hiduplah.


3)Si pekerja adalah insan yang bersalah dalam kejadian ini.Sebagai pekerja 'Customer always right'.Memang salah memarahi pelanggan apatah lagi menyerangnya.Sepatutnya ia ditangani dengan bijak dan rasional bukan dengan emosi.Sepatutnya pihak KFC i-CITY memohon maaf dan berjanji keadaan ini tidak akan berulang lain.Bekerja biar profesional lah,ayam habis bagitau pelanggan lebih awal supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu.


4)'Batu api-batu api politik dan perkauman ' menjadi pemanas keadaan.Menukar Insiden salah faham ini kepada insiden yang berbaur pekauman supaya hati mereka gembira apabila rakyat majmuk di negara ini saling berlaga.Mereka juga ada peluang menampilkan diri dan menjadi 'hero' dan portal-portal berita juga mendapat 'tajuk panas' supaya portal berita terus 'survive' di kalangan pembaca.
Apa-apapun,insiden ini seharusnya memberi pengajaran hidup kepada si pelanggan dan si pekerja agar lebih berhati-hati menggunakan mulut dan tindak-tanduk mereka.Malulah dah dewasa,kerana ayam nak bergaduh.Malu kepada budak-budak sekolah sebab mereka pun tidak pernah bergaduh disebabkan ayam si kantin sekolah.

Ayam di mana ayam?Sejarah baru negara tercipta 'Manusia bergaduh kerana Ayam KFC'.Sebarkanlah kelazatan ayam KFC yang menjadi rebutan ramai ini.Tak hairan lah kalu rakyat 'Somalia' pun bergaduh merebutnya.Kejadian ini juga sesuatu yang baru kepada negara  kerana budak-budak sekolah pun tidak pernah bergaduh merebut ayam di kantin sekolah.


kredit blog http://syok-blogger.blogspot.com/. "Benda baru terjadi "Ramai ahli politik tampil menyelesaikan 'insiden baru ini' kerana perkara sebelum ini tidak pernah terjadi.Agak sukar menyelesaikan masalah ini kerana memerlukan ahli politik pelbagai persatuan kerana kes ini melibatkan 'AYAM'.


Sejarah telah pun tercipta,'Manusia bergaduh kerana Ayam KFC'.Terima kasih kepada perakam kejadian,sejarah ini telah diketahui umum.Dan apa yang lebih penting YOUTUBE boleh digunakan untuk menyebarkan 'insiden-insiden panas' supaya  boleh dipolitikkan dan boleh digunakan sebagai salah satu senjata memecahbelahkan masyarakat.

Thursday, February 9, 2012

Masih adakah yang menghargai sekolah?

 
Si ibu dan bapa menghantar anak ke sekolah.Habis menghantar terus pergi ke tempat kerja.Inilah rutin harian setiap hari yang dilakukan.Tetapi adakah mereka menghargai  sekolah yang menjadi tempat anak-anak belajar?Adakah mereka ambil tahu keadaan anak mereka ke sekolah?Adakah mereka menaruh harapan terhadap anak-anak mereka?Atau ia sekadar rutin harian ketika mereka keluar bekerja?
 
Si anak masuk ke sekolah.Adakah dia menghargai bahawa  dia dapat ke sekolah?Adakah dia mengerti mengapa dia bersekolah?Apa tujuan dia ke sekolah?Adakah dia tahu ada orang yang tidak berpeluang untuk ke sekolah sama sekali?
 
Ya di Malaysia pendidikan adalah percuma.Bila percuma ,masyarakat langsung tidak menghargainya.Mana ada budak yang tidak ada peluang ke sekolah?Sekolah pula dekat dengan rumah.Segala-galanya mudah sehingga mereka langsung tidak memahami tujuan mereka bersekolah.
 
Adakah segala bantuan yang diberikan dalam pendidikan membuatkan masyarakat tidak menghargai sekolah?
 
 
Secara kita tidak sedar,Kesenangan yang dikita kecapi menjadi pembunuh rasa syukur terhadap segala nikmat.Anak-anak yang lahir tidak mengenal erti kesusahan dan kepayahan.Mereka dibuai dengan hiburan yang menyebabkan mereka gagal mengejar matlamat hidup.
 
Murid sekarang apabila tidak mahu ke sekolah,ibubapa meng'ia'kan.Murid nak bekerja waktu sekolah,ibubapa meng'ia'kan juga.Anak-anak buat salah ibubapa memenangkan anak-anak walaupun dia tahu anaknya salah.
 
Masyarakat dan pelapis-pelapisnya pegantinya makin rosak.Makin materialistik,makin hilang kemanusiaan,dan hilang rasa kesyukuran.Sesunguhnya masyarakat begini tidak akan tahan lama pasti runtuh jua perlahan-lahan.Hanya masa akan membuktikan.
 
'seorang ibu yang setia menyiapkan anaknya ke sekolah'.Harapan ibu mengunung agar si anak dapat mengubah nasib keluarga.
 
Sesungguhnya kesusahan adalah guru yang mengajar erti bersyukur dan menanamkan  suatu harapan.Adakah ada lagi  si ibu menanamkan harapan dalam diri anak-anak ketika hendak pergi ke sekolah?Adakah si bapa menasihati anaknya supaya belajar  bersungguh-sungguh ketika menghantar anak-anak ke sekolah?
 
Kesusahan menanam rasa kesyukuran dan usaha untuk menuntut ilmu
 
 
Tanyalah kepada diri masing-masing samaada anda  masih lagikah menghargai sekolah?