BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan:Puasa belum mula lagi dah fikir nak raya?

Kadang-kadang aku tak faham dengan sikap golongan manusia ini,puasa belum mula lagi dah fikir nak raya.Nak berfikiran jauh pun biarlah bertempat.Nak buat baju baru lah,nak tempah kuihlah dan ada yang siap bertengkar nak balik raya rumah ibubapa atau mentua  raya nanti....
 
 
Baju raya dah hantar tailor?kuih raya dah tempah?set perabot nak tukar?
 
Adakah bila berakhirnya puasa ramadhan ini, perlu kita raikan besar-besaran?Kita raikan kejayaan kita melawan hawa nafsu atau kejayaan kita membebaskan diri mengikut hawa nafsu semula?Raya ini semacam disalahertikan oleh masyarakat seperti suatu pesta yang diraikan,tersasar daripada erti sebenar iaitu meraikan kejayaan melawan hawa nafsu dan kejayaan mengumpul pahala yang ibadah kepada Allah.
 
Itulah jika "hasil didikan syaitan " dah tertanam dalam jiwa,semua pengertian dan tujuan sebenar sesuatu yang kebaikan boleh  menyimpang jauh menjadi keburukan pula.Hawa nafsu itu sudah menguasai diri berbanding akal yang menafsir makna tersirat di sebenar sambutan Aidil Fitri bagi orang-orang yang beriman.
 
Fokus yang perlu diutamakan adalah soal ibadah kita buka soal nak raya semata-mata...bulan puasa ini adakah kita dapat kumpul pahala sebanyak mana bukan fikir persediaan  nak raya nanti sehebat mana..Tetapi itulah yang selalu difikirkan oleh kebanyakan orang yang akalnya pendek..
 
Aku sebagai sahabat nak nasihatkan diri aku dan sahabat-sahabat sekalian..Soal raya tolak kemudian..Di bulan puasa ini marilah kita beramal mengumpul pahala ibadah sebanyak mana yang mampu.Moga-moga ia menjadi bekalan yang cukup di hari perhitungan kelas..

Bulan Ramadhan:bulan kumpul pahala ,bukan bulan gila 'business'

Umat Islam diingatkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadat mengumpul pahala sebanyak mana yang mampu,bukan bulan untuk mengumpul duit melalui  aktiviti perniagaan semata-mata.Allah menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan melipatgandakan pahala di bulan ini  kepada hamba-hambaNya bagi memberi peluang kepada mereka menimba pahala ibadat sebanyak mana yang mampu memandangkan usia manusia yang terlalu singkat dan demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Sepanjang bulan Ramadhan kita dapat menyaksikan dua golongan yang meraih keuntungan.Satu golongan yang gigih mengumpul pahala ibadah dan satu lagi golongan yang gigih mengumpul wang sebanyak mana yang mampu melalui  aktiviti perniagaan di bulan puasa.Sebaik-baik keuntungan adalah golongan yang mencari pahala ibadah kerana dapat menggunakannya apabila bertemu Allah di akhirat kelak.Dan seburuk-buruk keuntungan adalah 'keuntungan sementara' yang diraih  oleh golongan yang asyik dengan business mereka sehingga terlupa erti sebenar Allah menjadikan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Aktiviti perniagaan bukan tidak boleh dijalankan,bahkan digalakkan dalam Islam.Namun mencari pahala ibadah di bulan puasa perlu diutamakan dan aktiviti perniagaan adalah yang dikeduakan kerana bulan Ramadhan inilah umat Islam diberi suatu peluang mengumpul pahala yang besar.



Bukan tidak boleh berniaga...Pastikan ibadah diutamakan berbanding perniagaan di bulan Ramadhan


Melihat dengan masa yang terus berlalu,bilakah agaknya kesempatan untuk seseorang peniaga untuk melakukan ibadah jika terlalu asyik  menjalankan dan menguruskan business sepanjang bulan puasa?Wujudkah  seseorang peniaga yang tidak puasa lantaran keletihan menyediakan juadah untuk perniagaan di sebelah petangnya dan malamnya tidur akibat kepenatan?Wujudkah  peniaga yang  siang dan malamnya bertungkus lumus mengadun dan membakar kuih- muih semata-mata memenuhi 'order' dari para pelanggannya?

Bulan puasa sepatutnya dalam jiwa dan raga mereka adalah untuk Allah semata-mata.Rugilah golongan yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan business mencari wang semata-mata dan mendahulukan peniagaan daripada beribadah kepada Allah.Suatu yang perlu direnungkan oleh semua,"Bila seseorang ditimpa penyakit yang mengundang ajalnya  ,segala wang  yang dimilikinya sudah tidak berguna lagi,akan tetapi jika di masa hidupnya dia sibuk mengumpul pahala,pahala yang dikumpulnya menjadi penyelamat ketika hari akhirat kelak.Ajal pasti datang dan sempatkah dalam hidup kita ini ,kita mengumpul bekalan sebanyak mana  di sana nanti ?kerana bukan pasti Ramadhan akan tiba lagi untuk kita yang terlalu leka dengan kesenangan dan kemewahan dunia ini yang hanyalah ujian dan bersifat  sementara sahaja.

Monday, July 25, 2011

Bulan Ramadhan:Tindakan Tegas Ponteng Puasa

Denda RM3,000 ponteng puasa




Sikap segelintir umat Islam enggan berpuasa pada bulan Ramadan boleh dituduh hina Islam. - Gambar hiasan.


KUANTAN - Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh hina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Ketua Bahagian Penguat Kuasa JAIP, Raffli Abdul Malek berkata, mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.
Katanya, hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," katanya di sini semalam. Tambah beliau, sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama.

Saturday, July 23, 2011

Malaysia tumbang di tangan Singapura 3-5


Dimanakah hilangnya rentak sang Juara?Mudah tumbang kepada lawan yang tidak ternama.

Skuad Harimau Malaya tumbang di tangan Singa...Itulah yang boleh diperkatakan tentang nasib anak buah K.Rajagopal.Pemain Malaysia hanya boleh dikatakan 45 minit di masa separuh masa kedua sahaja.Pertahanan Malaysia macam paip bocor...air mudah melimpah keluar...Terlalu mudah pemain singapura melulu mara ke kawasan pertahanan kita dan menjaringkan gol.Seolah-olah langkah mereka tiada halangan.

Kali ini kualiti permainan Malaysia amat merosot mendadak...Ball positon kita kurang,kurang rangkaian ball passing yang lancar dan tersusun serta kawalan tengah yang longlai.Punca utama midfielder malaysia yang gagal menguasai bahagian tengah padang.Peluang ini diambil oleh barisan pemain Singapura mudah mara ke gawang pasukan malaysia.

K Ragagopal nyata tersalah percaturan dengan menyediakan barisan pertahanan yang amat lemah dan mudah bocor.Ditambah penyakit kelam kabut dan mudah panik apabila lawan menjaringkan gol.Penjaga gol pula nampak tidak fokus dan tangkas menepis gol lawan.Pemain no 6 dan 8  malaysia semalam terlalu panik dan kelam kabut dan mengundang kenyakinan pasukan lawan menyerang dan menjaringkan gol.Pemain No 2 pula amat keras permainannya dan banyak memberi ruang kepada penyerang lawan.Ternyata semuanya angkara pertahanan Malaysia menyebabkan kekalahan pasukan kita semalam.

K.Gopal juga banyak memasukkan muka baru dalam perlawanan genting seperti ini.Nyata kombinasi gagal dan penyudah pula lemah.Midfielder kita memudahkan pemain lawan tiba ke kawasan kotak penalti malaysia.

Semuanya perlu diperbaiki sebelum menjelang perlawanan khamis ini.Ternyata ada hikmah disebalik kekalahan ini.Tanya pemain-pemain kita adakah mereka ingin ke piala dunia.Jika ya, tingkatkan mutu dan kualiti permainan.Jika ingin ke piala dunia,anda perlu tebus semula jaringan dan menang besar pada perlawanan khamis ini.Tunjukkan taring kita dan mengaumlah sepuas-puasnya menerkam lawan.Itulah tanda sang juara....

Thursday, July 21, 2011

Boleh minum malta barbican

Minuman malta Barbican bukan arak

AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.


KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.
Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.
Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.
Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.
Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

Isu Pondan & tomboy:Kerajaan perlu ambil tindakan serius

Kes permohonan  menukar jantina perlu dipandang serius oleh kerajaan terutamanya yang melibatkan umat Islam.Masalah ini bukan lagi isu remeh kerana ini melibatkan isu agama dan ketentuan Allah.Dari segi psikologi golongan ini cuma digolongkan sebagai individu yang menghadapi krisis identiti.Namun dari segi Islam,golongan ini adalah golongan dilaknati Nabi dan Allah S.W.T kerana melanggar ketentuan Ilahi.
Tanda-tanda akhir zaman


Dalam Islam,umatnya disarankan menerima dengan tabah Qada' dan qadar (ketentuan dari Allah) terhadap apa yang ditempuhinya.Sifat menukar jantina adalah suatu kehendak naluri yang ingin memuaskan hawa nafsu individu terbabit semata-mata.Pada pandangan saya tidak salah seorang lelaki mempunyai perwatakan lemah lembut,akan tetapi jangan sampai ingin menjadi wanita.Ini kerana sifat lemah lembut itu mungkin terjadi disebabkan naluri semulajadi.Namun ketentuan Allah tetap perlu diutamakan. Kita sebagai hamba Allah hidup di atas muka bumi ini semata-mata kerana Allah dan perlu beriman kepada qada' dan qadar.Mengubah ciptaan Allah adalah melambangkan sifat yang tidak bersyukur kepada nikmat yang telah diberikan olehNya.


Soalan saya jika seseorang menukar jantina
1)Apakah solatnya diterima oleh Allah?
2)Adakah sah solatnya jika dia berjemaah di saf wanita sedangkan dia seorang lelaki?
3)Adakah sah perkahwinannya jika dia berkahwin dengan lelaki?
4)Jika dia meninggal dunia,adakah dia akan disembahyangkan sebagai jenazah wanita?


Kebenaran menukar jantina hanya menyebabkan kekeliruan dan memberikan impak buruk dalam masyarakat dan agama.Adakah ini melambangkan negara Islam atau negara  ateis(orang yang tidak percayakan kewujudan tuhan)?


Sebagai negara Islam yang dihormati,sepatutnya pemimpin perlu mengambil serius perkara sebegini.Perkara yang dianggap remeh sebeginilah yang boleh memulakan tranformasi sifat mazmumah kepada yang lebih memudaratkan.Tindakan tegas perlu diambil kepada golongan ini daripada terus berleluasa.Negara ini bukan suatu tempat untuk membiakkan golongan ini .

Saya menyeru supaya tindakan lebih tegas diambil kerana bukan semua manusia boleh didik melalui pendidikan.Bagi yang lemah iman,undang-undang yang tegaslah yang menjadi penghalang mereka daripada terjerumus kearah sifat-sifat mazmumah dan keji.Pada pandangan saya,golongan ini terlalu diberi banyak kebebasan dan mereka menganggap masyarakat boleh menerima golongan mereka.Mereka menganggap perbuatan masyarakat berdiam bermaksud setuju dengan perbuatan mereka.Mereka datang dengan alasan dan kisah yang menyedihkan dan menyeru supaya masyarakat memahami keadaan mereka dan cuba membayangi diri berada ditempat mereka.Ini semua cuma helah bela diri yang bukan berlandaskan agama Islam akan tetapi bertuhankan nafsu.
Tindakan tegas bukan bermaksud kita menindas golongan ini bahkan kita ingin membawa semula mereka semula ke jalan yang benar.Sebagai seorang Islam kita sebenarnya prihatin kepada golongan ini dan ingin  supaya mereka bertaubat.Tindakan yang seharusnya boleh diambil oleh pemerintah
1)Sebarang pemohonan penukaran jantina sepatutnya tidak dilayan dan dihakimi
2) Kawalan  sosial masyarakat.Golongan ini sepatutnya dipandang 'taboo'
3)Operasi secara berterusan pembersihan lorong-lorong panas dan pusat hiburan
4)Denda bagi lelaki yang berpakaian wanita ditempat awam

Disebalik undang-undang yang tegas ini,kita selitkan pendidikan dan pemulihan bagi golongan ini.Rasionalnya,apabila tiada ruang penerimaan golongan ini dalam masyarakat,cuma tinggal satu jalan iaitu jalan bertaubat dan pemulihan supaya golongan ini kembali belajar dan menerima diri mereka sebagai seorang lelaki.


Mungkin masalah yang dihadapi adalah 'mind set' mereka yang melihat agama lain membenarkan penukaran jantina.Kewujudan konsep kebebasan melampau oleh negara-negara barat yang boleh menerima golongan pondan & tomboy mungkin memberi cabaran yang besar membanteras golongan ini.Sebab itu umat Islam perlu bertegas dalam pengistiharan Negara Islam berlandaskan undang-undang dan nilai-nilai Islam.
"Mencegah lebih baik daripada mengubati'.Isu pondan dan tomboy merupakan sebahagian isu moral dan keruntuhan nilai-nilai agama yang perlu diambil langkah pencegahan dari terus berlarutan dan membiak.Jika isu ini diremehkan,sampai suatu masa untuk merawatnya mungkin sudah terlambat.Bagaikan mutasi sel dalam kanser yang terjadi perlahan-lahan,sampai suatu masa ia akan membawa maut akhirnya.

Wednesday, July 20, 2011

7 punca wanita tertekan 'stress'

Wanita di Malaysia adalah SuperMom.Kerja di pejabat pun dia buat,balik jaga anak-anak dan suami  pula...Tabik wanita Malaysia...Mereka ada superpower..memang betullah tangan yang menghayun buaian juga mampu mengoncang dunia.Kekadang aku pun tercari-cari kat mana datang superpower mereka...Yang aku dapati perempuan ini memang cukup kuat tabah dan sabar mereka..salute sekali lagi.Yang buruknya perempuan kuat cemburu dan prasangka...takut lelaki curang dan main kayu kita.Namun untungnya isteri aku sebab aku bukan lelaki yang curang...Terlepas isteri aku dari tekanan perasaan yang melampau:p

 

Syak suami curang punca stres
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2011/07/20

pix_gal0
Kajian menunjukkan wanita Malaysia di tangga ke-16 paling tertekan

KUALA LUMPUR: Curiga suami mempunyai wanita lain, anak tidak pandai dalam pelajaran dan tidak bekerja antara faktor ramai wanita di negara ini mengalami tekanan perasaan.
Bagi yang bekerja pula, ada yang menghadapi tekanan kerana terpaksa bekerja dua kali ganda untuk mendapat pengiktirafan majikan berbanding lelaki kerana persepsi lelaki lebih berupaya memegang sesuatu jawatan.

Monday, July 18, 2011

Benarkan golongan Pondan jadi wanita jika...

Pondan kempunan jadi wanita.Kesian..Tapi sepatutnya mereka dapat hak untuk menjadi wanita jika mereka dapat memenuhi syarat-syarat berikut...
1)Jangan makan rezeki daripada Allah
2)Jangan hidup di bumi Allah
3)Jika malaikat datang mencabut nyawa,tahan dan minta bertaubat dahulu kemudian barulah mati.

Kalu dapat buat macam ni..anda layak dapat hak sebagai wanita...itulah balasan untuk golongan yang tidak bersyukur

Ashraf kempunan jadi Aleesha







KUALA TERENGGANU – Impian seorang lelaki untuk menukar namanya kepada nama seorang wanita tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonannya.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu setelah mendapati pemohon, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 26, tiada hak untuk menukar status jantina lelaki kepada perempuan pada sijil kelahiran mahupun MyKad miliknya.
Mohd Ashraf yang berasal dari sini bagaimanapun tidak hadir di mahkamah dan hanya diwakili peguamnya, Horly Isaach.
Menurut Mohd. Yazid, permohonan pemohon yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin serta kewujudan organ dalaman.
“Mahkamah perlu membuat pertimbangan berhati-hati kerana kes ini merupakan satu kes yang sensitif dan jika dibenarkan ia akan memberi impak besar kepada masyarakat,” kata beliau.
Bagaimanapun, Mohd. Yazid berkata, setelah meneliti permohonan pemohon, mahkamah mendapati tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan deklari bersabit penukaran gender dan tiada sebarang peruntukan undang-undang dalam negara ini yang membenarkan permohonan pemohon untuk menukar status jantina dalam Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Apabila seseorang itu dilahirkan sebagai lelaki, maka tiada asas untuk menukar status jantinanya kepada perempuan,” kata beliau ketika membacakan keputusan itu.
Jelas Mohd. Yazid lagi, pemohon mungkin telah memiliki fizikal atau psikologi seorang wanita namun ia bukanlah asas dalam menukar atau mengubah status jantina pada Sijil Kelahiran ataupun MyKad.
“Laporan perubatan dan pembedahan penukaran jantina juga tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan permohonan ini kerana tiga faktor yang perlu diambil kira adalah faktor kromosom, kewujudan alat kelamin semasa dilahirkan serta kewujudan organ dalaman,” ujarnya

Friday, July 15, 2011

Haram Jual-beli Cicak Tokek

Apakah hukum jual-beli cicak tokek?Ramai antaranya orang islam yang cuba menangkap dan memelihara cicak tokek semata-mata ingin menjadi kaya dan bergelar jutawan.Cicak tokek mempunyai nilai pasaran yang tinggi berikutan kepercayaan dapat menyembuhkan penyakit Aids.Namun begitu,bolehkah orang Islam menceburi bisnes jual beli cicak tokek?halal atau haram?Ikutilah hujah-hujah dibawah yang saya rasa boleh menjelaskan halal atau haram bisnes cicak tokek.



 

Cicak tokek menjadi buruan berikutan nilai pasaran yang tinggi

Haram kata mufti Perak

"Menjual benda haram adalah haram" Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani zakaria ketika dihubungi harian Metro ,semalam.

Beliau mengulas berhubung muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-95 Jun lalu,yang memutuskan hukum memakan dan berubat menggunakan cicak tokek atau gecko adalah haram.

"Bukan saja jual,malah bela pun tak boleh.Justeru saya nasihatkan mereka supaya menjauhinya," katanya .

Belum ada pengesahan sehingga kini  dari Kementerian Kesihatan bahawa cicak tokek dapat menyembuhkan penyakit Aids.

Ia haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan menjijikkan(khabis) dan beracun- laman web JAKIM

Sumber:Jauhi cicak tokek.Harian metro.Jumaat,15 Julai 2011.m/s 64

 

HUKUM JUAL BELI BINATANG ( TOKEK )




Khutbah jumaat tawau
sumber:http://pemuda-tawau.blogspot.com/2010/04/hukum-jual-beli-binatang-tokek.html

الحمد لله العلي القدير السميع البصير الذي أحاط بكل شيء علما وهو اللطيف الخبير علم ما كان وما يكون وخلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة نرجو بها النجاة في يوم النشور، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البشير النذير والسراج المنير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن على طريقتهم يسير وسلم تسليما.عباد الله أوصيكم ونفسي بتقوى الله
SIDANG JEMAAH YANG BERBAHAGIA,

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan. Keindahan yang mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .
معشر المسلمين رحمكم الله

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.
HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf berikut:وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkanBanyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله
HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.معشر المسلمين رحمكم اللهHUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله
HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلمDiriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak.
Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله
Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله
Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar- gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk disediakan.
3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini. Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.
Wallahu a’alam bisshowab,


 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Tuesday, July 12, 2011

Kekeliruan Logo Halal di Malaysia

Isu Halal amat dititikberatkan oleh Masyarakat Islam di Malaysia.Alhamdullilah industri makanan halal telah berkembang pesat dan semakin maju di Malaysia.Namun timbul kekeliruan menentukan kesahihan halal sesuatu makanan atau minuman berikutan muncul logo halal yang berbeza-beza selain yang dikeluarkan oleh Jakim.



Logo Halal JAKIM

Logo Halal Yang Terdapat Di Pasaran Malaysia
Persoalannya: Adakah Logo halal selain daripada logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah benar-benar halal?
Ini kerana terdapat lambakan logo halal yang berbeza-beza pada produk makanan dan minuman.Yang menjadi tanda tanya juga ,kedai kopitiam yang mempamerkan sijil dan logo halal tetapi tidak diiktiraf sebagai halal oleh JAKIM.
Gambar berikut menunjukkan halal yang tidak diiktiraf

Makanan Ada Khinzir Dan Ada Logo Halal

Logo Halal Bukan JAKIM

Kopitiam di Selangor tidak diiktiraf halal oleh Jakim walaupun ada logo halal
Isu logo halal yang berbeza-beza perlu dipandang serius dan dilakukan siasatan mengenai kesahihannya.Sepatutnya Malaysia hanya mengamalkan satu logo halal sahaja iaitu yang hanya dikeluarkan oleh JAKIM bagi mengelak kekeliruan halal ini.
Sebagai seorang mukmin kita wajib mencari yang halal.Sebaik-baiknya kita menggunakan barangan dan makanan produk yang kita tahu latar belakang pengeluarnya  iaitu Syarikat Islam.Itu lebih selamat dan terjamin.

Awas:Pelanggan Kopitiam Selangor

Tiada kopitiam halal di Selangor




SALAH sebuah premis kopitiam yang menggunakan logo halal daripada pihak swasta.


SERDANG – Tidak ada satu pun daripada kira-kira 180 buah premis kopitiam di Selangor mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Malah, daripada jumlah itu, kira-kira 10 peratus atau 18 premis kopitiam sahaja dari negeri itu yang memohon pensijilan halal daripada JAIS dan Jakim.
Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, setakat ini, pihaknya masih belum mengeluarkan sijil halal kepada mana-mana premis kopitiam di Selangor.
“Selangor belum ada kopitiam yang dapat sijil halal daripada JAIS walaupun kita ada buat pengumuman supaya mereka (pengusaha kopitiam) memohon untuk mendapatkannya.
“Sehingga kini, permohonannya ada tapi kurang iaitu kurang daripada 10 peratus sahaja yang memohon sijil halal daripada JAIS atau Jakim,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kesedaran dan kepenggunaan halal Negeri Selangor di sini semalam

-kosmo