BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Politik Malaysia. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

Duit kerajaan RM108b lesap

Duit kerajaan RM108b lesap?Berita ini semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setelah sekian lama...Bukan duit kerajaan sebenarnya duit Rakyat...Duit yang boleh memberikan bonus kepada kakitangan awam,duit yang boleh memberikan subsidi gula dan petrol dan lain-lain lagi.Kemana hilangnya kalau tak disonglap oleh kakitangan kerajaan sendiri.Itu cuma 'anak-anak ikan' yang ditahan.Belum lagi kira 'bapa -bapa jerung' dan 'ibu-ibu jerung' yang imuniti kepada undang-undang...Sekali 'songlap' entah berapa kali ganda dari RM108b ini.Benarlah dakwaan pembangkang,kerajaan sekarang banyak rasuah dan 'songlap' duit.RM108b ini cuma bahagian kastam sahaja belum lagi bahagian-bahagian lain.


Bila tiba masalah ini,kerajaan pulak nak "cover" pendapatan, cukaikan kepada 'keperluan tambahan' rakyat.Makan makanan segera mcm Mcd &kfc kena cukai,Perkhidmatan telefon(bil) kena cukai,tengok asto kena cukai,naik kapal terbang kena cukai,tol pun macam cukai juga,pendapatan rakyat yang sederhana  pun kena cukai gak...Baik jadi orang asli tinggal dalam hutan,apa pun tak kena...



Persoalan yang nak saya ajukan?Berapa sebenarnya jumlah duit kerajaan yang disonglap sorang sedikit oleh 'orang-orang kerajaan'?Mampukah mencapai berTrillion ringgit?Nasib baik ada SPRM yang kebal dari campurtangan politik...Tahniah SPRM...Teruskan usaha anda semua...Kalau boleh tangkap dan cekup menteri-menteri sekali yang ada songlap duit kerajaan..Jangan takut rakyat tetap bersama anda.



PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.

Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.
“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.

Thursday, March 31, 2011

Lucu:Drama politik konspirasi Datuk T & Anuar

 
Memang lucu..ini barulah drama politik..memang sah terbukti.Kita sebagai pengundi sepatutnya bijak dan bukan menjadi mainan drama politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.Samaada anda perasan atau tidak,dekat-dekat nak pilihanraya,macam-macam drama politik akan dihidangkan kepada kita.Semakin dekat semakin panas drama yang dimainkan semata-mata nak mempengaruhi kita.
 
Sebagai pengundi, jangan layan dengan drama-drama ini,sebaliknya kita sebenarnya mempunyai kuasa
untuk menilai kepimpinan dan sumbangan mereka kepada kita sebenarnya.Mereka berhutang dengan kita dan adakah mereka telah bayar hutang yang telah mereka janjikan kepada kita 5 tahun yang lepas?Soalan ini patut ditanya,bukannya terpengaruh dengan drama-drama meraih undi simpati dan taktik menjatuhkan satu sama lain ini.
 
Jangan sesekali terpengaruh dan terperdaya dengan kata-kata,taktik dan strategi mereka,sebaliknya biar mereka terpengaruh dengan kuasa yang kita ada sebagai pengundi.Kita pemerhati,penilai dan pengkaji tentang kerja dan sumbangan mereka.CAKAP PANDAI KALU TAK ADA APA-APA HASIL KEPADA KITA TAK ADA GUNANYA...
 
Sebelum mengundi cuba tanya pada diri anda Apakah jenis sumbangan dan perubahan yang telah dilakukan di kawasan tempat anda?
    Lihat sekeliling tempat anda,dalam 5 tahun apa sumbangan & perubahan yang telah mereka lakukan.
    contoh:
   a) Pembinaan bangunan baru untuk kegunaan awam:Masjid lama yang diperbesarkan@ masjid baru
      dibina, bangunan perniagaan awam &dll
   b) Rukun tetangga:Adakah ada hari keluarga,sambutan maulidur rasul,& dll
   c)Kebajikan masyarakat:Dewan orang ramai percuma untuk kegunaan pelbagai majlis,Sumbangan tuisyen
       untuk anak-anak,Sumbangan untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan,saguhati untuk
       melanjutkan pelajaran& dll
  d) Keselamatan : Pengawal rukun tetangga untuk mengelakkan kecurian,maksiat dan dll
   e)macam-macam boleh buat lagi kalu pemimpin itu berkualiti dan ambil berat
 
    Jika tidak ada apa-apa sumbangan& perubahan yang baik dan positif baik anda tukar parti atau jika
    parti-parti  yang bertanding tak boleh buat kerja, baik tak payah mengundi.Kita mesti tetapkan kualiti
    kerja pemimpin  tempat kita.Kalau kita tidak keluar mengundi,kita lihat apa reaksi mereka bila
    peratusan keluar mengundi rendah.
 
 
 
 
 

Sunday, January 30, 2011

Surat terbuka untuk PM Najib

Mari kita dengari suara hati seorang remaja. mungkin usia baru setahun jagung, tetapi kematangannya sehebat Saidina Ali, keberaniannya bagai Saidina Khalid bin Al Walid sewaktu memegang panji Islam.. Renung-renungkan...

                                 
 
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata). Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. ‘Singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting.  Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR


Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari, saya dan rakan-rakan, menerima berita dari segenap pelusuk negara, samada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI


Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri, turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga, kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka, menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana, seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda, dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan waktu Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar, bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar, yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda, hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para bijak pandai masa depan. Dengan Dato’ Seri melambakkan pada mereka, hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan, bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT


Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar beritah demikian, kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya, waktu melihat Dato’ Seri dan isteri, melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati, untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam), yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya, apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI


Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak, apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?


Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka, daripada wang yang mereka perolehi hasil judi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini, ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri, orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali, jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun, Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga, kaya raya.

Maka, tidak kiralah, jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau Rm 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya, adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun, sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu). Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah, meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah yuran persekolah masih dihutang. Bukan sedikit keringat yang dicurah, demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat, yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini, sekadar untuk meraih undi. Waktu berkuasa, kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami, bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi, untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati, dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami, ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri, tanpa rasa bersalah, menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu, memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana, kami rakyat, cuba untuk berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi, betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat.Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media dibawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara, adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri, pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi sebab untuk anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara, sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI


Saya dan juga rakan-rakan, adalah remaja muda yang punya sikap. Punya pendirian. Kami berazam, untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad, seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya, untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.


Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti. Agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan mendapat tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf, kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada gerak langkahnya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.


Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini, ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian, hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!


Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
(sumber:harakahdaily.net)

Monday, October 18, 2010

bajet 2011:bajet untuk seluruh rakyat?

bajet 2011 telah diumumkan 15 oktober yang lalu...tapi aku rasa terkilan bajet ini tidak memihak kepada seluruh rakyat...bukan membangkang atau menghasut..tambahan pula aku orang kerajaan.aku makan gaji dengan kerajaan ..aku berdiri di belakang kerajaan...tapi bajet ini meminggirkan aku sebagai seorang rakyat..

Pada pandangan aku yang bukan profesional, apa yang aku dapat fikirkan bajet ini cuma menguntungkan pelabur dan peniaga...bukan kami selaku rakyat biasa....terutamanya yang hanya makan gaji....Tiada satu yang diumumkan berpihak kepada aku melainkan bantuan kewangan Rm5oo yang diumumkan disember ini.

Terlintas di fikiranku apakah maksud bantuan kewangan? sedangkan aku tidak perlukan bantuan kewangan...apa yang aku perlukan adalah bonus..sebagai tanda perhargaan atas perkhidmatan yang telah aku berikan selama setahun...setengah bulan gaji pun cukuplah.Hilang penat lelah bekerja bertungkus lumus selama setahun...ada yang sengaja buat tak tahu atau hilang sifat kemanusiaan semata-mata bersandarkan hujah-hujah yang logik dan relevan mengikut pandangannya...

Ish sukarnya hidup sebagai rakyat biasa...makan gaji,kerja sampai pukul 5, balik penat dan dah tak boleh buat apa...terpaksa la buat MLM katanya nak cari duit sampingan...Ada masa buat part time...kalu macam ini lah keadaannya...Bolehkah kualiti perkhidmatan awam kakitangan kerajaan dipertingkatkan?...bukan salah mereka semata-mata,keadaan tekanan ekonomi yang memaksa...nak pergi kerja nak kena isi minyak,bayar tol, nak makan lagi,belanja anak-anak lagi, dan macam-macam lah..kadang-kadang takut nak kuar..RM100 jadi macam RM10..Keadaan ini disebabkan kadar inflasi yang tinggi...maksudnya jika kita bandingkan harga barang kini dan dahulu,harga barang sekarang adalah lebih tinggi bagi barangan yang sama jika dibeli pada ketika dahulu....terkenang Milo ais dahulu pada era 1990,cuma 80 sen sahaja..sekarang harganya sudah mencecah RM1.50..Kadar inflasi sudah mencecah kira 10% di bandar mengikut pengetahuan aku..Sukarnya nak 'saving'..Adakah para pemimpin ambil tahu?

' Service charge 'naik 1% kepada 6%...dan terbaru cadangan caj perkhidmatan kepada saluran televisyen bebayar...pening-pening...Nampaknya tahun depan terpaksalah kurangkan makan MD, KFC ,BK, AMW,Radix dan yang kurangkan naik penerbangan...Nampak perkataan naik 1% macam senang tapi kesannya peningkatan perbelanjaan...'yang pasti rakyat Malaysia memang tak pernah kisah...janji dapat makan..

Pandangan aku secara iklas, Bajet ini bukan yang terbaik...dan tak ada kaitan langsung
dengan slogan yang dilaung-laungkan...rakyat didahulukan?Berpendapatan tinggi untuk siapa?Majoriti rakyat masih di tahap sama..Harap kerajaan lebih serius dalam membawa impian MAJORITI rakyat..bukan tertumpu pada sebilangan kecil golongan sahaja yang meraih keuntungan....Minta maaf itulah pandangan dari aku yang bukan pakar tetapi cuma rakyat biasa...Moga pandangan hina aku ini bukan dianggap suatu hasutan atau penentangan tetapi pembaikian untuk kesejahteraan rakyat kita bersama.