Duit kerajaan RM108b lesap?Berita ini semestinya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setelah sekian lama...Bukan duit kerajaan sebenarnya duit Rakyat...Duit yang boleh memberikan bonus kepada kakitangan awam,duit yang boleh memberikan subsidi gula dan petrol dan lain-lain lagi.Kemana hilangnya kalau tak disonglap oleh kakitangan kerajaan sendiri.Itu cuma 'anak-anak ikan' yang ditahan.Belum lagi kira 'bapa -bapa jerung' dan 'ibu-ibu jerung' yang imuniti kepada undang-undang...Sekali 'songlap' entah berapa kali ganda dari RM108b ini.Benarlah dakwaan pembangkang,kerajaan sekarang banyak rasuah dan 'songlap' duit.RM108b ini cuma bahagian kastam sahaja belum lagi bahagian-bahagian lain.
Bila tiba masalah ini,kerajaan pulak nak "cover" pendapatan, cukaikan kepada 'keperluan tambahan' rakyat.Makan makanan segera mcm Mcd &kfc kena cukai,Perkhidmatan telefon(bil) kena cukai,tengok asto kena cukai,naik kapal terbang kena cukai,tol pun macam cukai juga,pendapatan rakyat yang sederhana pun kena cukai gak...Baik jadi orang asli tinggal dalam hutan,apa pun tak kena...
Persoalan yang nak saya ajukan?Berapa sebenarnya jumlah duit kerajaan yang disonglap sorang sedikit oleh 'orang-orang kerajaan'?Mampukah mencapai berTrillion ringgit?Nasib baik ada SPRM yang kebal dari campurtangan politik...Tahniah SPRM...Teruskan usaha anda semua...Kalau boleh tangkap dan cekup menteri-menteri sekali yang ada songlap duit kerajaan..Jangan takut rakyat tetap bersama anda.
PUTRAJAYA – Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor’ yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
“Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.
“Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,’’ katanya.

0 comments:
Post a Comment