BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, April 18, 2011

Cegah murid gemuk:Kantin mula jual makanan berkhasiat

 

Ramai murid di Malaysia mengalami berat badan berlebihan disebabkan amalan pemakanan yang tidak sihat
dan seimbang.



Makanan yang berlemak di kantin sekolah membuatkan pelajar mengantuk selepas waktu rehat dan hilang daya tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

 

Semakin ramai murid berlebihan berat badan yang kurang cergas dan kurang aktif dalam sukan.

Saya sebagai guru menyokong 100% cadangan supaya kantin hanya menjual makanan berkhasiat kepada murid-murid.Ini kerana menu yang sihat dan seimbang dapat membantu para pelajar fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam kelas terutamanya selepas waktu rehat.Makanan yang berlemak seperti nasi lemak,roti canai,burger dan lauk pauk banyak minyak dapat membuatkan murid lesu dan mengantuk dalam kelas.

Selain itu,Makanan di kantin yang mengandungi terlalu banyak lemak,membuatkan ramai pelajar mengalami obesiti.Ramai murid gemuk dan kurang aktif dalam bersukan.Sebagai guru PJK,saya mendapati ramai pelajar yang mempunyai kadar BMI yang tinggi dan kurang tahap kecergasan.Ramai yang dapat 1 atau 2 bintang sahaja dalam ujian fizikal.Murid semakin lemah dalam sukan dan kualitinya cukup sekadar 'main-main sahaja'

Para  pengusaha kantin juga diperlukan menghantar senarai menu makanan kepada jawatankuasa kantin sekolah untuk dinilai keberkhasiatannya.Seterusnya wujudkan pegawai pemantau untuk memantau kebersihan dan keberkhasiatan menu makanan yang disediakan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya idea ini sangat bernas dan saya sebagai guru menyokong sekiranya menu di kantin sekolah mengandungi zat-zat seimbang untuk membantu proses pembelajaran dan kecergasan murid di sekolah.

 

Cegah murid gemuk
Oleh Osman Lisut
manlee@nstp.com.my
2011/04/18

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
 
Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta.
Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

“Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.
Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

“Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar,” katanya.

0 comments: