Sedih dan amat pilu apabila membaca keratan akbar hari ini.18orang rakyat Palestin dibunuh kejam oleh Rejim Israel sejak bulan Mac yang lalu.Kelmarin 9 terbunuh termasuk seorang lelaki tua dan dua wanita.
myMetroIsrael terus mengganas
Adakah Umat Islam mengetahui dan ambil berat tentang berapa angka kematian terbaru rakyat Palestin?Saya pasti tidak..Tapi saya pasti, jika ditanya tentang siapa yang terkeluar dari AF9 dan Maharaja Lawak mesti semua...semua ikut perkembangan.
Pembunuhan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin sudah menjadi perkara biasa dan lapuk dari pemikiran umat Islam sekarang.Tiada perjuangan dan penentangan dari umat Islam lagi.Cuma suara-suara lemah yang membuat bantahan.Semuanya sudah lupakan palestin.Lupa dengan saudara seIslam sendiri yang sedang merana dibedil oleh senjata Laknatullah Israel.Mengapa?Adakah sebab umat Islam terlalu cintakan dunia...Mengapa? Adakah umat Islam cuma ramai tapi bagai buih-buih di tepi pantai,tiada berguna?
Perjuangan umat Islam sudah terhenti di pertengahan jalan...Baik menteri mahupun rakyat sudah tidak menghiraukan tekanan yang sepatutnya diberikan kepada Yahudi. Kita sudah lupa memboikot produk dari Amerika dan Israel..Semua hanya hangat-hanyat tahi ayam sahaja.Sumbangan kepada tabung Palestin sudah tidak kedengaran lagi...Semuanya sudah senyap bagai suara dibawa angin berlalu pergi...
Pembunuh rakyat Palestin adalah umat Islam sendiri...itulah hakikatnya.Yahudi sudah pasti laknatullah..peranan mereka memang menghancurkan umat Islam..Tapi bagaimana dengan tindakan umat Islam sendiri?Mendiamkan diri dan membenarkan perkara ini berlaku...Meng'ia'kan pembunuhan dan kekejaman yang dilakukan rejim Yahudi.Bukankah itu tanda sokongan?diam tanda setuju...Sebenarnya umat Islam adalah 'the biggest fan' kepada rejim Yahudi.Mereka yang menjadi penyokong dan peminat kepada pembunuhan rakyat Palestin.Itulah sebenar-benarnya yang terjadi...
Saya harap bila anda bertemu dengan malaikat 'mungkar dan nakir anda akan terlepas menjawab "soalan Siapakah saudaraku?".Jika anda tidak terlepas,maka anda tahu sebabnya..
Bagi umat Islam yang masih ada 'hati' dan perasaan,sumbangkanlah sekurang-kurangnya wang ringgit kepada
tabung Palestine di
1)Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528
Keterangan lanjut hubungi Sdr. Sabri Ibrahim (019-2395799.)
2) Tabung aman Palestin
Dana Sumbangan & Derma Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Untuk kepastian sila rujuk http://www.amanpalestin.net
Telefon: +603 8926 7019
Sumbanglah dengan apa yang kita ada dan mampu samaada dalam bentuk harta atau
tenaga.Ingatlah tiada siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk membebaskan Palestin
melainkan umat Islam itu sendiri.InsyaAllah Palestin pasti bebas dari cengkaman Yahudi.
0 comments:
Post a Comment