BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, December 31, 2011

AWAS:LOGO HALAL YANG DIHARAMKAN

Hindari Makan Produk Atau Berkunjung Ke Premis  Pamer Logo Haram

Semua masyarakat Islam diminta jangan membeli  produk atau berkunjung ke premis  yang mempamerkan tanda logo halal yang diharamkan selepas parlimen telah memutuskan hanya tanda halal Malaysia (JAKIM) sahaja yang digunakan untuk mengesahkan kehalalan sesuatu produk atau makanan di sesuatu premis.

Kita sebagai umat Islam mesti bersatu bagi menjaga kesucian darah daging kita dan mengelak memakan makanan yang haram atau was-was statusnya.Jakim telah dipertanggungjawabkan menjaga dan memantau kehalalan sesuatu produk dan kita sebagai umat Islam harus menyokong tindakan ini dengan tidak membeli atau berkunjung ke premis yang mempamerkan logo haram.Dengan ini diharap masalah kekeliruan logo haram yang diberikan oleh syarikat swasta yang diragui dapat diatasi.




Semua logo diatas kecuali logo halal MALAYSIA tidak diiktiraf lagi dan dikatagorikan sebagai LOGO HARAM.Sila lapor kepada pihak JAKIM sekiranya ada menemui produk dan premis yang masih mempamerkan logo HARAM diatas.




Premis yang menandakan logo HARAM ini boleh dilaporkan kepada pihak bekuasa dan didakwa.

Suatu cadangan kepada pihak JAKIM agar memberi saguhati kepada pelapor yang memberi kerjasama dan melaporkan barangan atau premis yang mempamerkan logo yang diharamkan.Langkah ini lebih efisien dan memudahkan tugas pihak bekuasa.

 

Buru premis logo haram




KUALA LUMPUR – Walaupun tarikh wajib penggunaan logo Halal Malaysia keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bermula hari ini, masih banyak premis terutamanya yang menjual makanan terang-terang mencabar pihak berkuasa dengan mempamerkan logo keluaran syarikat swasta yang sudah diharamkan penggunaannya.


Tinjauan Jakim mendapati hampir 1,900 premis masih menggunakan sijil halal yang diharamkan seperti Halal Food Council S.E.A, Islamic Food dan Research Council dan IFANCA International.
Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohamad Yusuf berkata, tindakan tegas akan diambil memandangkan tempoh mendapatkan logo Halal Malaysia sudah mencukupi.


“Mereka yang ingkar berdepan dengan tindakan denda sehingga RM250,000 bagi organisasi dan RM100,000 bagi individu atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali ,” katanya kepada Kosmo! Ahad baru-baru ini.


Tindakan tegas itu sudah berkuat kuasa mulai hari ini melalui Akta Perihal Dagangan 2011 selepas sidang Parlimen pada Julai lalu memutuskan hanya logo Halal Malaysia sahaja yang dibenarkan

P/s: Mari kita sama-sama  menjaga kesucian masyarakat Islam dengan memakan  makanan yang pasti halal statusnya.Kerjasama dengan membuat laporan pasti memudahkan tugas pihak berkuasa.

Saturday, December 24, 2011

Tertidur sampai terlepas waktu sembahyang?Tak berdosa wajib qada'

Persoalan Agama: Tinggal solat kerana tertidur tak dikira cuai
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed
bminggu@bharian.com.my
2011/05/08

 
 
APA yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlambat bangun untuk sembahyang Subuh?

AHMAD,
 
Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.”

Jika saudara tertidur sehingga keluar waktu solat Subuh, maka saudara hendaklah segera bersiap-siap untuk mengqada solat Subuh. Jika tertinggal solat Zuhur umpamanya, dan dia sedar pada waktu Asar, maka hendaklah ia segera qadhanya pada waktu Asar.

Mengqada solat adalah wajib, manakala menyegerakannya adalah sunat seperti satu hadis yang diriwayatkan Muslim, daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tidur salah seorang kamu sehingga meninggalkan solat atau terlupa daripadanya, maka hendaklah ia segera solat apabila ia teringat kerana Allah SWT berfirman: “Dirikanlah kamu akan solat untuk mengingati-Ku.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah, beliau berkata: “Mereka menyebut kepada Nabi SAW tentang tidur mereka sehingga terlepas waktu solat. Maka Baginda bersabda: Tidaklah sebab tidur dikira kecuaian. Kecuaian itu hanya dikira sekiranya dalam keadaan jaga. Maka apabila salah seorang kamu lupa sembahyang, atau tidur lena sehingga meninggalkan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang apabila dia ingat.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawasanya Saidina Umar datang pada Hari Khandaq, sesudah terbenamnya matahari, yang mana dia mencaci orang kafir Quraisy seraya beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku hampir tidak solat Asar, sehingga hampir matahari masuk (terbenam).

Maka Nabi SAW menjawab: Demi Allah aku pun belum sembahyang. Maka Baginda berwuduk dan kami pun berwuduk. Maka Baginda sembahyang Asar sesudah matahari masuk (terbenam), kemudian Baginda mengerjakan sembahyang Maghrib sesudahnya. Demikianlah, Wallahua’lam.

Friday, December 23, 2011

Boleh syirik:Usah Lafaz Merry Cristmas

 
Umat Islam usah mengucapkan Merry Cristmas kerana boleh membawa syirik..Tolong Sebarkan.

Monday, December 5, 2011

IslamGRID:Kemudahan Islam dan Bukan Islam Bersoal jawab

Alhamdulillah....Terdapat kemudahan untuk kita bersoal jawab dalam Islam.IslamGrid memberi peluang kita bertanyakan sesuatu soalan yang samada musykil atau pun berbentuk kritis.Dalam hidup kita,kadang-kadang kita musykil tentang sesuatu perkara,kadang-kadang ada soalan yang kritis bermain di minda kita,gunakanlah portal ini untuk menyelesaikan masalah anda.Bagi bukan Islam,mereka dapat belajar tentang Islam atau mungkin mereka ingin bertanya tentang Islam secara lebih mendalam.Silalah layari laman web ini di www.islamgrid.gov.my/

Sudah jelas tiada penjelasan lagi bahawa manusia tidak tahu tentang Islam.Islam telah tersebar dengan luasnya dan terdapat pelbagai kemudahan untuk seseorang manusia mendalami Islam dengan mudah dan cepat.

 

Portal soal jawab Islam pertama di IslamGRID




UMAT Islam dan bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai agama Islam melalui portal IslamGRID yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Umat Islam mahupun bukan Islam kini boleh mengetahui dan mendalami mengenai selok belok agama itu melalui portal interaktif IslamGRID yang dilancarkan semalam.
Portal berkenaan dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika merasmikan seminar IslamGRID kali kedua 2011 dan pelancaran program rancangan realiti televisyen Adik-adikku Musim Ke-3 di Kompleks Pusat Islam di sini.
Jamil Khir berkata, buat permulaan, portal tersebut akan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya sebelum diperluaskan dengan penggunaan dua bahasa lain iaitu bahasa Inggeris dan Arab bagi memudahkan pembacaan dan kefahaman mengenai Islam.

Sunday, December 4, 2011

Statistik Kes HIV 2011 di Malaysia:Suri rumah paling berisiko?


-gambar hiasan-Hubungan suami isteri sepatutnya halal dan selamat sekiranya salah seorang tidak berlaku curang dan menjauhi zina.


Saya sedih sebenarnya apabila membaca surirumah 5 kali ganda berisiko dijangkiti HIV berbanding pekerja seks.Golongan yang tidak bersalah menjadi mangsa 'dosa' yang dilakukan oleh suami yang bernafsu binatang.Yang paling tidak adil sekali 'pekerja seks' terselamat disebabkan mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.Adakah dunia tuhan tidak adil?

Tidak sama sekali.Allah telah menetapkan hubungan zina itu adalah haram dan berdosa besar.Mengapa?Ini adalah kerana ia bukan sahaja mendatangkan penyakit kepada individu yang mengamalkannya malah kepada insan yang tidak bersalah.Zina juga menyebabkan perpecahan keluarga dan kelahiran anak yang tidak sah taraf.Ia membawa lebih banyak keburukan daripada 'keseronokan sementara hawa nafsu' yang dirasai pelakunya.Maka apabila sesuatu keburukan lebih banyak ia dikategorikan sebagai haram dan dosa besar.

 Adakah Allah tidak menetapkan cara  atau hukuman bagi mencegah Zina?Ada,Allah telah menurunkan Al-Quran dan Rasulnya untuk memberi panduan dan mencegah budaya zina yang buruk ini.Allah telah menetapkan hukuman jenayah Islam iaitu hukuman sebat 100 kali di khayalak ramai  bagi pesalah bujang dan hukuman rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.Hukuman keras ini adalah sebagai pelajaran dan amaran supaya masyarakat tidak mengamalkan zina sebagai suatu budaya.

Namun pemimpin  yang 'buta hati' dan 'prozina' menolak ketetapan Allah ini dan memandang enteng perkara-perkara maksiat yang kini berleluasa berlaku di negara kita.Mereka lebih menganggap hukuman Allah ini tidak releven kerana boleh memalukan pelakunya dan hukuman nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan.Nah,kini orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.Hubungan Anak,Isteri dan Suami kini tidak dijamin selamat.Hubungan antara suami dan isteri yang sepatutnya selamat kini menjadi risiko yang tinggi apabila salah satunya curang.'Tidak masuk akal juga' si isteri perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan hubungan kelamin yang sepatutnya halal dan selamat.Tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika hukuman yang ditentukan oleh Allah dipandang ringan oleh manusia.


sila baca artikel dibawah...



Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan suri rumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifiey Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.

Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya adalah suri rumah berbanding 593 pekerja seks.

Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).

Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).

Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan, berkata demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.


“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekali gus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami
“Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan wanita terutama suri rumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya kepada Berita Minggu.


Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual (2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ (0) dan tidak diketahui (8,449).
Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.

 sumber:http://www.serikasih.com/statistik-hiv-di-malaysia-10-positif-hiv-setiap-hari

Saturday, December 3, 2011

Produk Ramly ada unsur Babi?

Produk Ramly ada unsur Babi?Terkejut apabila mendengar berita ini.Produk Ramly yang sudah sebati dengan masyarakat di negara ini terutamanya masyarakat Muslim ada unsur binatang haram ini.Benar atau suatu konspirasi untuk menjatuhkan syarikat bumiputera muslim ini.Cerita pasal makanan ada babi dahulu sudah merugikan pengusaha kek lapis Sarawak yang rata-rata dikuasi bumiputera Islam sarawak.Masyarakat Islam perlu bijak menilai kesahihan sesuatu berita supaya dapat mengelak konspirasi yang ingin menjatuhkan umat Islam di negara ini.Pihak Ramly Burger perlu tampil dengan segera di media massa untuk menolak dakwaan ini.Dan Umat Islam perlu memberi sokongan untuk syarikat Muslim kita bukan menerima bulat-bulat sesuatu sumber yang diragui.
 
 
 
 
 
 
 

Di bawah ini ialah beberapa paparan surat yang DIKATAKAN milik Jabatan Kesihatan Negeri Kedah KONONnya mengesahkan salah satu produk Ramly mengandungi DNA babi. Kita tidak mengetahui kesahihannya. Oleh itu, pihak yang berkenaan sewajarnya menjawab isu ini agar tidak menjejas perniagaan pihak terbabit dan menimbulkan was-was dalam kalangan pengguna.




 


Sumber ada tertera pada gambar.


Ini Pula penafian yang dibuat oleh Pihak Ramly Burger

Salam,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Siti Hayu Binti Dato' Haji Ramly
Pengurus Kanan
Sama-sama kita nantikan kesudahannya dan kita berharap agar berita ini tidak benar...
 
kredit gambar dan artikel:http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/12/produk-ramly-burger-ada-dna-babi.html

Tuesday, November 29, 2011

Jom layan Solusi dan Gen-Q..Memang Terbaekkkk!!!!

Memang Terbaik!!!Jom kita sama-sama layan majalah Solusi dan Gen-Q.Aku memang promote habis majalah ini.Kandungan SOLUSI ini memang padat.Bagi sesiapa yang ingin mengetahui tentang hal-hal agama dengan mendalam,jawaban terhadap soalan-soalan kritis tentang Islam yang selalu menjadi tanda tanya difikiran kita kita,kisah-kisah nabi,isteri nabi,sahabat-sahabat nabi dan kisah-kisah motivasi dalam hidup seorang muslim seperti kita..TAK RUGI membelinya.RM10 yang kita keluarkan berbaloi untuk isi  kandungan majalah ini yang tidak ternilai...
 
Bagi remaja,bacalah gen-Q.Majalah ini memang sesuai dijadikan panduan untuk para remaja melalui kehidupan remaja dengan jayanya...Suruh bapa atau ibu beli satu untuk adik baca..Gerenti ibu dan ayah suka!!!
Majalah Solusi
Isu terbaru yang aku baru baca...penuh infomasi untuk dijadikan hobi masa lapang aku yang kini sedang bercuti...
Majalah Gen-Q
 
ini buat adik-adik ipar yang sedang bercuti sekolah...jom layan sekeluarga....
 

Monday, November 28, 2011

Rompakan di ATM.Apa Nak Buat?

 
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada ...mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan
ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini.

Sunday, November 27, 2011

Analisis Skuad Harimau Muda

Taktikal

Saya memang suka corak taktikal yang dirancang oleh Ong Kim Swee.Memang nampak bagaimana cara dan tugas setiap pemain di padang.Sebelum ini saya tidak nampak pemain Malaysia bermain dengan sistematik seperti ini.Paling jelas kita nampak peranan Defensive dan Attacking Midfielder dalam Sesuatu perlawanan.Selalunya Ong Kim Swee menggunakan Gurusamy dan Nazmi sebagai Defensive midfielder dan Baddrol atau Irfan selaku attacking midfielder.Cara ini memang berkesan dan membuatkan kita menjulang emas di Sukan Sea.

Masalah Kecederaan
Namun,masalah kecederaan membelenggu para pemain di kempen kelayakan Sukan Olimpik...Ketiadaan Asaruddin,Baddrol,Gurusamy merencatkan usaha Malaysia layak ke sukan Olimpik kerana kebanyakkan key player dihantui kecederaan manakala penggantinya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik.


Key Players


 
Badrol Bakhtiar
 Inilah key player Malaysia yang sebenar.Kebolehannya  mengawal barisan tengah,membuat hantaran kemas,mencipta peluang  dan merembat di luar kotak penalti serta boleh membuat percubaan tepat ketika melakukan sepakan percuma memberikan kekuatan kepada Malaysia.Ketiadaan beliau sebagai tonggak dalam kempen kelayakan ke sukan Olimpik akibat kecederaan merencatkan skuad Harimau Muda.Malaysia bagaikan bermain tanpa 'taring'.



Nazmi Faiz Mansor
Pemain berusia 17 ini boleh bermain sebagai Defensive Midfielder ataupun Attacking Midfielder.Ong Kim Swee kerap meletakkan Nazmi sebagai Defensive midfielder menggantikan Gurusamy dalam Perlawanan Sukan Sea.Namun disebabkan Baddrol mengalami kecederaan,Nazmi diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai attacking midfielder.Beliau mempunyai pontensi yang cukup besar sebagai pemain tengah kerana kebolehan beliau sebagai 'stopper'  dan 'attacker' dengan hantaran cantik dan kerapkali menyekat hantaran lawan.Ketiadaan beliau akibat kecederaan  sewaktu menentang Bahrain menunjukkan bagaimana Malaysia 'amat lemah' tanpa Nazmi Faiz Mansor.Nazmi perlu mengasah bakat  terutamanya percubaan tendangan percuma dan  tendangan dari luar kotak penalti supaya menjadi pemain yang berbisa suatu hari nanti.

Best Team perlu dicari lagi

 Musuh utama kepada skuad harimau muda adalah masalah kecederaan dan kualiti seseorang permain.

Penjaga gol.
Khairul Fahmi Che Mat adalah penjaga gol yang amat diyakini.Malaysia sebenarnya tidak mempunyai masalah dalam mencari penjaga gol kerana Khairul Fahmi calon selayaknya dan terbaik  menjaga gawang gol negara.

Pertahanan
Gandingan Mahali,Muslim,Fadhli dan Asaruddin amat serasi.Inilah Barisan Pertahanan yang dicari-cari.Mahali dan Asaruddin berkemampuan melakukan overlapping memberi kelebihan kepada Malaysia mencipta peluang gol.Lebih cantik lagi jika Muslim dan Fadli dapat berlatih tandukan gol ketika sepakan penjuru.Ini dapat menambahkan lagi 'bisa' skuad Malaysia.Pemain gantian pertahanan perlu dicari lagi sekirannya pemain utama mengalami kecederaan.Contohnya jika Asaruddin  mengalami kecederaan,Zubir dapat menggantikan beliau dengan corak 'overlapping' dan kualiti yang setanding.

Pemain tengah
Tugas utama yang perlu dilakukan oleh Ong Kim Swee adalah mencari lagi pemain tengah yang berkualiti.Setiap pemain tengah mesti memiliki kelebihan 'multipurpose' seperti  membuat hantaran cantik,membuat percubaan yang tepat diluar kotak penalti ,boleh menyekat hantaran lawan dan menguasai bola,boleh mencipta peluang gol dan mengambil sepakan percuma dengan tepat.Ini penting bagi mengatasi masalah kecederaan para pemain.Contohnya seperti apa yang dialami oleh skuad harimau muda,ketiadaan Baddrol menyebabkan bahagian tengah tempang.Malaysia bernasib baik ada Nazmi.Bila Nazmi pula cedera dan terpaksa dikeluarkan terus tiada pengganti yang berkualiti.Hanya Baddrol yang dilihat boleh membuat percubaan diluar kotak penalti,manakala yang lainnya 'lembik lutut' nak membuat percubaan diluar kotak penalti.Sama juga bila sepakan percuma,hanya Baddrol yang boleh membuat percubaan tepat.Bila Baddrol tiada umpama sepakan percuma itu sia-sia sahaja diambil pemain lain.Atas sebab ini Malaysia tewas di peringkat kelayakan sukan olimpik disebabkan ramai pemain utama mengalami kecederaan,pemain gantian tidak dapat meneruskan perlawanan dengan kualiti pemainan yang setanding.

Penyerang
Nampak jelas kualiti penyerang boleh dipersoalkan.Apakah kriteria Ong Kim Swee memilih seseorang penyerang?Tiada langsung kelebihan dalam pemain penyerang kita.Tidak boleh membuat percubaan  di luar kotak penalti,tiada idea mencipta peluang gol, penyudah yang lemah,dan tidak boleh membuat percubaan ketika sepakan percuma.'Gol nasib'.Adalah gol jika pemain lawan membuat kesilapan,jika tidak langsung tak nampak percubaan gol yang merbahaya.Di peringkat Asia,susah nak jumpa barisan pertahanan yang tidak kental,semua hebat-hebat belaka.Jika sesuatu penyerang tiada kelebihan susah nak lepasi benteng lawan.Lawan Kemboja bolehlah nampak penyerang kita hebat,Cuba lawan Jepun nampak penyerang kita diperlekehkan sahaja.Ong Kim swee perlu melihat aspek ini jika hendak pergi jauh lagi.

Ong Kim Swee perlu membuat analisis yang lebih mendalam lagi tentang taktik dan corak permainan serta menilai keupayaan setiap pemain agar dapat menyediakan barisan Harimau yang mampu bersaing di peringkat Asia.Asia Tenggara sudah kita lepasii,kini peringkat Asia perlu kita tawan.Hanya barisan pemain yang mempunyai potensi 'world Class' sahaja yang dapat bersaing di peringkat yang lebig tinggi.Teruskan berjuang Harimau,kami penyokong akan terus menyokong sehingga ke akhir hayat ini.





Harimau muda VS Bahrain :Longlai 10 minit terakhir punca kalah


Nazmi permata baru yang sedang bersinar

Persembahan 10 minit terakhir amat mengecewakan...Malaysia seolah-olah bermain dengan 6 orang di padang menentang 10 pemain bahrain...itulah yang berlaku selepas Nazmi dikeluarkan akibat kecederaan...ternyata barisan penyerang dan midfield cuma lari-lari 'makan angin' dalam perlawanan semalam.Pujian harus diberikan kepada nazmi kerana berjaya merebut dan mengawal bahagian tengah sebelum dia dikeluarkan.Nazmi bertungkus lumus bermain di padang manakala lain-lain rakannya di bahagian serangan dan wings cuma 'curi tulang' di padang.Pujian juga harus diberikan kepada Mahali yang terpaksa membuat 'overlaping' disebabkan pemain sayap Fandi othman dan Sharul  tidak berfungsi langsung.

Memang di 10 minit terakhir Thamil,Fandi,Sharul dan Irfan tiada fungsi.Menyerang tidak berdaya,bertahan pun tidak mahu,akhirnya bolos kerana Bahrain bersatu walaupun hanya 10 orang pemain.Mungkin keputusan 2-0 sudah cukup membuatkan mereka bermain sambil lewa di padang.Tugas mereka sepatutnya cuma membawa bola ke kawasan lawan untuk   sehingga tamat masa permainan dan mengelak lawan menguasai bola di kawasan kita.

Pujian sebenarnya harus diberikan kepada barisan pertahanan negara kerana bertungkus lumus menyekat hantaran lawan.Mahali dan Zubir kerap kali membuat overlapping membantu wings yang tidak berfungsi.Manakala terkeluarnya defensive midfielder  dan attacking midfielder kita akibat kecederaan menjadi kelebihan kepada Bahrain menguasai bola di 10 minit terakhir.Namun itu bukan alasan jika kekosongan itu diisi oleh Thamil,Fandi, Sharul atau Irfan.

Ong Kim Swee perlu lebih ketat memilih barisan penyerang selepas ini.Jika boleh biarlah nampak seorang dua pemain Malaysia yang boleh melakukan penyudah berbisa atau boleh mencipta peluang di dalam atau luar kotak penalti.

Saya selaku penyokong akan terus menyokong Harimau muda.bagi Saya barisan ini perlu dirombak semula dengan kualiti yang lebih lagi  supaya kita dapat memenuhi 'Best eleven' untuk melangkah ke peringkat Asia seterusnya.Saya juga meminta lebih banyak lagi diadakan perlawanan persahabatan selepas ini untuk melihat Harimau muda beraksi dengan lebih baik lagi.

Thursday, November 24, 2011

Harimau Muda:Penyerang Kurang Berbisa

Teruskan Mengaum Harimau MalaYa
 
 
Sekalung tahniah Harimau Muda!!!Teruskan melangkah ke peringkat dunia hendaknya...
 
Tahniah Harimau muda kerana mendapat pingat emas dalam Sukan Sea yang lepas.Ternyata Harimau muda memang diyakini Juara  di Asia Tenggara..Malaysia kini boleh berbangga mempunyai barisan pemain bola sepak yang boleh dijadikan idola dan mempunyai kualiti di peringkat rantau ini.
 
Namun,saya ingin memberi komen yang membina dalam meningkatkan lagi kualiti Bola Sepak Harimau ke peringkat Asia pula.Daripada pemerhatian kualiti dan tahap permainan melalui setiap perlawanan di sukan SEA dan perlawanan menentang Syria menunjukkan kita sebenarnya masih banyak perlu diperbaiki jika mahu bersiang di peringkat Asia.Antaranya...
 
Best Eleven
Skuad Harimau Muda masih belum memiliki barisan Best Eleven.Jika dilihat ,sememangnya semua peminat begitu yakin kepada Khairul Fahmi mengemudi benteng terakhir skuad harimau muda,namun keyakinan ini tidak dapat dirasakan kepada barisan penyerang negara.Penyerang-penyerang skuad harimau muda nyata tidak nampak berbisa malah banyak melepaskan peluang yang sepatutnya boleh memberikan gol kepada Malaysia.Penyerang nyata tidak memiliki ketajaman penyudah yang boleh memusnahkan pasukan lawan.Skuad ini tidak boleh pergi jauh hanya jika barisan tengah dan pertahanan sahaja yang beraksi baik dalam sesuatu permainan.Ong Kim Swee perlu melihat aspek ini dengan serius jika hendak membawa skuad harimau muda ke peringkat Asia mahupun dunia.Pemilihan penyerang perlu dipilih dengan kriteria yang lebih ketat lagi terutamanya dalam aspek penyudah tajam dan kebolehan mencipta peluang untuk gol.
 
Strategi Menyerang
Ternyata perlawanan dengan Jepun yang lalu perlu dikaji semula.Strategi bertahan hanya mengundang padah.Skuad harimau hanya boleh menang jika menyerang mati-matian...Fitrah harimau bukan untuk bertahan  tetapi menyerang.Begitu juga skuad ini,hanya corak menyerang sahaja yang boleh meneruskan 'survival' skuad harimau dalam mencapai kemenangan.Pemainan bertahan bukan jaminan malah mengundang risiko kekalahan yang tinggi.
 
Elak buat kesilapan Bodoh
Barisan pertahanan yang dikemudi Muslim,Fadli,zubir dan Mahali memang mantap.Namun, ada ketika mereka membuat kesilapan kecil yang boleh menyebabkan gol kepada pihak lawan.Begitu juga dengan barisan defensive midfilder yang mudah terlepas bola  dalam "Malaysia territory' seterusnya mengudang counter attack yang memberikan gol kepada pihak lawan.Memang susah untuk mengelakkan kesilapan,namun hakikatnya 'pasukan terbaik tidak pernah buat kesilapan'
 
Segala komen diatas adalah suatu motivasi dan tanda sokongan sepenuh hati untuk melihat Skuad harimau melangkah lebih jauh ke peringkat Asia mahupun dunia.Semua rakyat Malaysia akan berada di belakang barisan bola sepak negara untuk memberi semangat supaya Ngauman Harimau terus mengegarkan dunia hendaknya.
 
 
 
 

Friday, November 11, 2011

Guru kena kerja dari 7.30 pagi sampai 4.30 petang?

Cadangan yang tidak praktikal-Adnan Hashim-presiden NUTP
 
 
Ada ura-ura cadangan guru akan bekerja dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang.Cerita ini telah pun keluar di berita TV3 pagi ini(12.11.2011) dan telah ditolak oleh NUTP kerana ia tidak praktikal.Nampaknya ada yang tidak puas hati (Dengki& perut busuk) dengan golongan guru di Malaysia ini.Mungkin juga nak ambil kesempatan lepaskan anak bersekolah sampai 4.30petang,then pickup anak terus bila balik kerja.Tak payah upah pengasuh...Begitulah kalu 'orang dalam' KPM yang mentadbir bidang pendidikan ini bukan 'orang kita' sendiri..Benda ini bukan boleh dipandang ringan kerana cadangan ini mungkin akan dilaksanakan jika tiada tentangan oleh guru-guru...Jika dilaksanakan harus sahaja buat mogok untuk membantah cadangan yang tidak praktikal lagi amat bodoh ini.
 
Guru secara tidak rasmi bekerja hingga 4.30 petang...Malah ada hari guru bekerja hingga ke pukul 6.30 petang menguruskan aktiviti kokurikulum bersama pelajar.Cuba bayangkan aktiviti bola sepakdan aktiviti sukan .Waktu latihan adalah dari pukul 4.30-6.30 petang..Jika ada latihan tiap-tiap hari,bukankah guru sudah bekerja lebih dari waktu yang sebenarnya.Tidak kira hari sabtu lagi jika ada aktiviti kelab dan persatuan.Bagaimana jika sekolah ada dua sesi pula?
 
Begitulah jika ada orang yang pendek akal dan busuk hati mentadbir KPM.Cadangan bodoh pun boleh diutarakan...Tetapi Kalu PTD bekerja sampai pukul 6.30 petang aku setuju sangat sebab banyak kerja pengurusan dan pentadbiran yang tertangguh selain dapat mengelak kesesakan lalu lintas.Amacam relevan tak?
 
 

Pelik Tetapi Benar :The Invisibleman (artis halimunan)


Liu Bolin-artis halimunan memang lain daripada yang lain.

BEIJING - Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di sini kelmarin.
Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.
Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York. - Reuters

Cuba anda cari lelaki ini dalam gambar-gambar di bawah.Menakjubkan ya?

                                                                             Invisibleman 1


                                                                         Invisibleman 2

                                                                     Invisibleman 3

                                                                      Invisibleman 4
 
                                                                    Invisbleman 5
                                        

Thursday, October 27, 2011

Satu Rahmat : Azan Berkumandang di Gereja Marble Collegiate

Betul-betul tersentuh dan terdetik rasa sayu dan syahdu didalam hati bila mendengar alunan azan ini yg didendangkan didalam gareja. Semua paderi dan penganut Kristian diam, tunduk hormat serta menghayati alunan azan yang di sampaikan. Indahnya Islam. Takbir !!!

p/s :Azan ini di Gereja Marble Collegiate yang terletak di 275, Fifth Avenue, Manhattan, New York City, USA semasa program dialog kepercayaan agama antara Kristian, orang-orang Yahudi dan umat Islam yang hidup di sana.


christopher dylan herbert,Classic Musican New York Polyphony  melaungkan azan yang dihayati oleh semua hadirin dengan penuh syahdu...
P/s:Dialog seumpama ini membuka minda penganut lain menghayati keindahan Islam dan memberi peluang mereka mengenali Islam dengan mendalam lagi.Dialog  bukan merupakan isu sensitiviti keagamaan,bahkan memberi peluang manusia mencari dan mengenal siapakah tuhan yang sebenarnya...Allah,Muhammad  dan Islam.

Saturday, October 22, 2011

TV3 dan NTV7 tayang kartun ada unsur BABI

Agak lama juga lah  perasan rancangan kartun  TV3 dan NTV7 dah mula memuatkan rancangan kartun  yang ada binatang BABI.Tapi mungkin ramai tak perasan sebab rancangan ini bersiaran di awal pagi ahad sewaktu kebanyakan masih belum bangun lagi.Adakah TV3 dan NTV7 dah hilang sensitivi kepada umat Islam di negara ini dengan menghidangkan 'sarapan' kartun yang mengandungi binatang BABI.Kenapa ada banyak rancangan kartun di dunia ini ,TV3 dan NTV7 mesti memilih rancangan  kartun yang ada binatang BABI untuk ditayangkan kepada para penonton?Adakah ini suatu permulaan Binatang BABI boleh  ditayangkan dalam rancangan yang bakal ditayangkan oleh TV3 dan NTV7?Adakah TV3 mahu membiasakan kanak-kanak Islam melihat BABI?
Shaun the Sheep-ahad 8.00 pagi-tv3

Dreamkix-ahad 8.30 pagi-Tv3

Timmy Time-ahad-8.30 pagi-ntv7

*Sorry gambar yang dipaparkan tak ada binatang BABI..Saya tak sanggup nak letak gambar BABI dalam
blog saya.
p/s: Sebagai peminat TV3 dan NTV7 beragama Islam,saya meminta pengurusan TV3  dan NTV7 menjaga sensitiviti umat Islam dan mengalihkan rancangan kartun yang mengandungi binatang BABI ini dan mengantikan dengan rancangan kartun yang lebih sesuai.Semoga TV3 dan NTV7 terus berada di hati semua masyarakat Malaysia senantiasa.Saya meminta juga kepada sesiapa yang membaca blog ini yang boleh membawa perkara ini kepada  pengurusan media prima, tolong ambil tindakan.TQ

Friday, October 21, 2011

Cinta seorang lelaki kepada isterinya




Cinta sejati memang wujud...Cinta yang tidak terpadam walaupun masa terus berlalu.Lelaki cina ini memahami maksud cinta yang sebenar.Ikutilah video ini anda akan lebih menghargai cinta dalam rumahtangga.touching habis video ni-


Wednesday, October 19, 2011

Statistik Perceraian di Malaysia terkini (2011):77 kes sehari

77 kes cerai setiap hari


Gagal memahami peranan suami dan isteri dikatakan punca  kes penceraian berlaku.Rumah tangga ada pasang surutnya...Banyakan bersabar dalam menjalani rumahtangga..Kukuhkan asas rumahtangga dengan kekuatan Iman...InsyaAllah Allah akan memelihara rumahtangga kita...Gambar kredit:www.ldii-sidoarjo.org

 
KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.


Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.
Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.
Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif. 

Khas Wanita:Susah jadi wanita Islam,Senang jadi Lelaki?

 Islam Tidak adil kepada wanita?Kami mahukan persamaan hak dan kebebasan seperti yang diberikan kepada lelaki.Kenapa wanita kena menutup aurat kecuali hanya muka dan tapak tangan sahaja?Kenapa perempuan kena taat kepada suami?kenapa pembahagian harta dalam Islam faraid lebihkan lelaki?Kenapa lelaki ada kuasa jatuhkan talak?Kenapa nampak Islam lebihkan lelaki daripada wanita?Baca artikel ini anda akan bersyukur kerana Allah terlalu sayangkan hamba wanitaNya.Allah maha Adil dan Maha mengetahui..
 
 
GamBar:Kredit kepada I LUV ISLAM.COM
 
Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab
 
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Saturday, October 15, 2011

Hudud:Brunei mahu mulakan,Malaysia Tunggu Lagi?

Tunggu...tunggu dan terus tunggu...Memang setunggu-tunggunya..Bila Undang-undang Jenayah Islam nak ditubuhkan...Agaknya sampai kiamat kot kita akan pakai undang-undang 'orang putih'....Undang-undang ciptaan Allah tidak sesuai lagi dilaksanakan mengikut keadaan semasa kena tunggu sampai keadaan menjadi sesuai,kata orang-orang berkenaan.Tunggu sampai orang semua berzina,minum arak,lambakan anak tidak sah taraf  atau murtad berleluasa,baru nak laksanakan hukum jenayah Islam?

Soalan saya apakah hukuman sivil bagi kesalahan minum arak,berzina,khalwat,murtad sekarang?Rata-ratanya ramai yang terlepas begitu sahaja atas kesalahan ini sedangkan ia merupakan suatu dosa besar dan oleh mengundang perbuatan jenayah.Sebab itu Islam letakkan ia sebagai suatu jenayah.

Kita boleh lihat kesan peminum arak.Seorang peminum arak akan hilang kewarasan sementara,dalam keadaan tersebut dia boleh mencederakan sesiapa sahaja,membunuh,berzina dan lain-lain lagi .Pemabuk wanita yang berzina akan mengandungkan anak tidak sah taraf tanpa dirancang,kemudian kemungkinan dia akan membuang atau membunuh bayi tersebut untuk menjaga namanya.Nampak disini Arak adalah ibu segala kejahatan dan Islam bertegas agar umatnya menjauhi minuman tersebut.

Kita lihat pula kesan pergaulan bebas.Pada mulanya berkawan-kawan,kemudian 'couple',seterusnya  berzina dan akhirnya membawa kepada kesalahan membunuh iaitu pembuangan bayi.Zina adalah suatu perosak keturunan dengan kelahiran anak sah taraf yang tidak berdosa.Selain itu ia boleh mengundang pergaduhan akibat perebutan pasangan sehingga membunuh,keretakan institusi kekeluargaan akibat curang, dan pemerdagangan manusia sebagai pelacur.Jika jenayah zina ini tidak dibendung punahlah akhlak,keturunan dan akidah umat Islam seperti yang berlaku di zaman jahilliah.Khalwat dan Zina adalah seperti suatu penyakit pandemik yang boleh merebak dan membusukkan keseluruhan masyarakat jika tiada pencegahannya iaitu undang-undang jenayah Islam.

Jika dilihat golongan murtad begitu kebal daripada undang-undang.Apakah tindakan yang akan dikenakan jika seseorang itu murtad?Jika hal ini berterusnya ramai umat Islam yang terpesong akidah dan lemah imannya akan dimurtadkan oleh golongan tertentu.Orang Islam yang nak murtad makin ramai sekarang sama ada secara sah atau sembunyi-sembunyi.Bila nak ditubuhkan Akta Murtad?Lina Joy dah  menang kes.Apakah tindakan kerajaan sekarang?Nak tunggu sampai ramai orang murtad baru nak tubuhkan undang-undang jenayah Islam.

Ramai yang berkata,mungkin pembesar-pembesar sendiri yang minum arak,rasuah,berzina sebab itu yang mereka tidak mahu terima Undang-undang Jenayah Islam.Allahualam itu hanya Allah yang mengetahui.
Bertuahnya negara Brunei,ada pemerintah  agung yang tunduk kepada tuntutan Allah.Sultan yang kaya -raya dan berpengaruh juga di dunia,namun tetap merendahkan diri dan tunduk kepada perintah Allah..Alhamdullilah.Semoga Allah merahmati Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien di dunia dan di akhirat dan ditempatkan bersama golongan beriman di syurga nanti.





P/s:Ya Allah,kurniakanllah lebih ramai pemimpin sebegini kepada Malaysia juga Ya Allah,pemimpin yang berani bersuara untuk membesarkan dan membenarkan perintahmu Ya Allah..Pemimpin yang kaya- raya dan berkuasa,namun tetap tunduk dan patuh suruhanMu demi kebaikan rakyat di bawahnya.Amin...

Wednesday, October 12, 2011

Osama bin Laden belum mati?

Benarkah Osama Bin Laden Terbunuh atau ia merupakan suatu tipu helah Amerika menipu dunia lagi?Dengan kekuasaan medianya yang bohong boleh jadi benar,yang palsu boleh jadi tulen,buruk boleh jadi baik.Konspirasi demi konspirasi untuk menutup mata dunia.Ternyata keburukan dan kejahatan yang dilakukan Amerika macam bangkai,sembunyi-sembunyi lama-lama akan berbau juga...Moga Allah menjatuhkan bala dan bencana pada Amerika dan sekutunya Israel Laknatullah...

 

Klon Osama saman FBI


2011/10/12

Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden
Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden
Ubah wajah jadi mirip muka bekas pemimpin al-Qaeda

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.
Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.
Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam.

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser.

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu.

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya.
Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu.

Ketika skandal dan pertelagahan membabitkan gambar Osama terbongkar Januari tahun lalu, duta Amerika Syarikat ke Sepanyol Alan Solomont memberitahu kerajaan Sepanyol bahawa beliau berasa ‘kesal dan kecewa’ dalam isu berkenaan.

Pada masa sama, jurucakap FBI berkata, seorang jurutekniknya sudah memadamkan imej Llamazares daripada internet, sebaliknya hanya menggunakan imej rambut dan dahi beliau untuk menghasilkan semula gambar Osama.

Komando tentera Amerika membuang mayat Osama di laut selepas operasi di bandar Abbottabad, 2 Mei lalu. – AFP
 
P/s:Amerika, negara yang penuh konspirasi,mereka-rekakan benda yang tidak ada dan membuat fitnah kepada dunia untuk kepentingan sendiri,

Tuesday, October 11, 2011

Bajet2012:Wajarkah umur pesaraan dinaikkan ke umur 60 tahun?

Anda kakitanagan kerajaan?nak kerja sampai umur 60 tahun?Bagi aku umur 60 tahun itu terlalu lama...sempat ke nak rasa pencen tu...kalu dapat umur 56 tahun pencen pun lagi ok.Bukan malas tapi faham-faham la semakin kita berusia semakin kita kurang produktif terhadap kerja...bukan kita nak kuat selama-lamanya.Mungkin orang-orang berpangkat besar memang xnak pencen sebab duit masyuk....tambah-tambah kalu ada hutang banyak.Tapi kami orang bawahan ini dah cukup2 dengan kerja dan nak kumpul bekalan akhirat pulak...kerja makin lama makin banyak...masa tua nilah masa nak kumpul pahala beribadat dan bersedia ke kehidupan seterusnya.Bagi la peluang kat anak muda nak kerja pulak dalam sektor kerajaan..kalu iya  pun  nak laksanakan bagi opsyen kepada kepada penjawat awam,siapa nak bersara wajib umur 56,58 dan 60 tahun boleh wat pilihan.Jangan paksa semuanya nak bersara 60 tahun terutamanya yang baru masuk kerja..Baca artikel di bawah tentang kesihatan rakyat Malaysia.


Bekerja sampai  60 tahun?mampukah aku jadi sekuat pakcik ini bila dah tua ?


KLANG: Tidak bersenam, bersenam dengan cara salah, stres, minuman keras dan merokok antara faktor utama dikenal pasti sebagai punca penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya penyakit jantung yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, hampir 12,000 kematian akibat penyakit jantung dicatatkan di seluruh negara tahun lepas.


Beliau berkata kajian kementerian menunjukkan satu daripada setiap dua penduduk dewasa di Malaysia menghidapi hipertensi manakala setiap satu daripada lapan dewasa menghidapi diabetes.

"Semakin ramai rakyat mati lebih awal (pramatang) akibat penyakit NCD. Berdasarkan rekod, trend masyarakat kini meninggal sebelum umur 60 tahun akibat gaya hidup tidak sihat serta mengabaikan kesihatan.



Secara purata hanya kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia yang melakukan senaman. Selebihnya tidak bersenam atau bersenam dengan cara salah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Selangor 2011 di sini, hari ini. - Bernama

Wednesday, October 5, 2011

Dr Afifi al-Akiti:Ilmuan Islam melayu yang gemilang

Alhamdullilah..Akhirnya Terjumpa Ikon Ilmuan Islam yang Gemilang kini iaitu Dr Afifi al-Akiti.Mesti ramai yang tidak  mengenalinya jika dibanding nama-nama artis tanah air...Pencapaiannya melampaui sempadan malah yang terhebat dalam Bidang Ilmu...Subhanallah...Beliau membawa Imej Malaysia,bangsa dan agama keperingkat antarabangsa..
 






Dr Muhammad Afifi al-Akiti BA (Queen's), MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi[1][2] - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford,[3] dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom,[4] dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.[5]

Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) - penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.[6][7]

Dr al-Akiti, yang berasal dari Batu Gajah, Perak, Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Kedua-dua ibu bapa beliau juga merupakan guru. Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.[8]

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.[9]

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah

P/s:Aku berdoa agar ada anakku mengikuti jejak langkah ilmuan Islam ini..Amin

Tuesday, October 4, 2011

Garra Rufa Spa:Rawatan gigitan ikan kecil boleh jejas kesihatan?

Pernah cuba rawatan spa menggunakan  gigitan ikan-ikan kecil?nampak menarik kan?Namun percaya atau tidak rawatan gigitan ikan kecil  yang bernama Garra Rufa di spa boleh menjejaskan kesihatan menurut pakar perubatan.Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam. 

Rawatan gigitan ikan kecil di spa jejas kesihatan


2011/10/0

ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi
 
P/s:Tak pernah cuba...Ada terfikir nak cuba dulu...Namun dah kuar artikel mcm ni xjadilah nk cuba...

Saturday, October 1, 2011

Filem Melayu tiada kualiti,rosakkan minda melayu

Banyak sangat akhir-akhir ini,filem-filem melayu yang memaparkan kisah hantu,cinta,gengster dan rempit yang dikhuatiri akan merosakkan minda golongan melayu kini.Apa yang lebih membimbangkan ia akan merosakkan minda kanak-kanak yang mudah terpengaruh dengan filem-filem sebegini.Filem-filem melayu kini dilihat tiada manfaat kepada pembangunan minda dan masyarakat,cumalah hiburan semata-mata.Inilah trend filem melayu kini,hanya cukup memberi hiburan dalam panggung sahaja,dan dilupai sesusah keluar daripada panggung tanpa unsur-unsur murni dan pembangunan minda yang perlu ditanam dalam jiwa anak muda khususnya.
filem hantu bonceng
lambakan filem hantu,cinta dan masalah sosial dikhuatiri merosakkan minda melayu,tiada unsur pembangunan minda hanyalah hiburan semata-mata.
Filem-filem melayu terlalu berada di 'comfort zon' dan mementingkan keuntungan semata-mata.Hanya pilih skrip cerita yang mudah seperti cinta boleh kaut untung sampai juta-juta.Modal dari segi teknologi langsung tidak ada.Cukuplah beberapa rumah,kenderaan,makanan dan pelakon-pelakon popular untuk melengkapkan pembuatan filem tersebut.Jika dilihat filem berkaitan dengan mat rempit,cukuplah beberapa biji motor dibuat sebagai modal,dah jadi sebuah filem.Buat lawak sikit-sikit dan guna perkataan yang boleh mencetuskan kontroversi sebagai pelaris supaya filem itu nampak menarik dan panas.
Malaysia kekurangan penerbit filem dan  pengarah filem yang boleh menghasilkan filem 'outside the box'.Jika seorang buat filem hantu dan kaut untung juta-juta,akan keluarlah filem-filem hantu seterusnya sehingga jadi lambakan filem hantu yang macam-macam rupa tetapi jalan ceritanya hampir sama.Jika seorang buat cerita pasal rempit,keluarlah pelbagai filem rempit pelbagai versi yang ada yang sampai terlalu ekstrim dan keterlaluan sehingga boleh merosakkan minda golongan muda.Apabila seorang pelakon meletup dan boleh buat filem itu 'box office',maka filem-filem lain pasti akan mengambil pelakon tersebut lagi.Filem melayu hanya berkisar keuntungan semata-mata, dan tiada sumbangan untuk pembangunan minda masyarakat kini.
Filem  seperti 'Merong Mahawangsa' sepatutnya dijadikan 'bench mark' kepada filem-filem melayu yang lain.Aspek penggunaan teknologi dan grafik yang canggih boleh memberi  sesuatu 'outside the box' yang perlu dicuba oleh penerbit filem tempatan dan sepatutnya dijadikan persaingan supaya wujud peningkatan dalam mutu dan kualiti sesebuah filem.Filem melayu perlukan jalan cerita yang boleh membawa penonton berfikir lebih dari kebiasaan dan memerlukan teknologi yang melangkaui zaman.
Sudah tiba masanya penerbit dan pengarah filem tempatan keluar dari kepompong.Sudah-sudahlah dengan filem-filem lawak dan seram sebagai modal.Gantikan hero lawak macam  'cicakman' dengan hero yang lebih serius dan hebat seperti 'hero Merong mahawangsa'.Itulah perumpamaan tranformasi filem melayu yang perlu dilakukan supaya dapat membangunkan minda masyarakat Malaysia dan seterusnya gah di mata dunia.

Friday, September 30, 2011

KPI Pendidikan:Cikgu dan Pentadbir sekolah Tertekan

Kes Pentadbir sekolah menyorokan  pelajar  supaya tidak mengambil UPSR telah dihebahkan oleh media massa baru-baru ini.Pastinya orang ramai mengutuk keras tindakan guru besar mengambil tindakan tidak bertanggungjawab ini.Namun adakah kita mengenalpasti mengapa guru besar mengambil tindakan tersebut?




Pelajar autisme-lembam perlu diambil perhatian oleh KPM supaya pentaksiran yang dijalankan bersifat adil kepada mereka-gambar hiasan


Sebenarnya pihak pentadbiran sekolah  dan cikgu-cikgu tertekan dengan KPI pendidikan yang dijalankan oleh kementerian pendidikan.KPI pendidikan ini seolah-olah mengambil kira semua manusia adalah sempurna dan tidak bermasalah.KPI pendidikan ini akan menilai prestasi akademik pelajar sekolah secara purata yang selalunya  akan merujuk kepada Gred Purata Sekolah(GPS).Bagi sekolah kluster dan sekolah-sekolah kawalan memang tiada masalah untuk mencapai GPS yang baik kerana semua para pelajarnya memang sudah dipilih dan ditapis dari kemampuannya mencapai prestasi akademik yang cemerlang.Namun adakah sistem ini adil  dilaksanakan  kepada sekolah menengah harian yang ramai rata-ratanya mempunyai para pelajar yang bermasalah pelajaran dan mempunyai prestasi akademik yang rendah?

Jika KPI pendidikan terus dilaksanakan tanpa pembaharuan ,memang Ranking Sekolah Menengah Harian akan berada di kedudukan terbawah selama-lamanya.Ini yang membuatkan pihak dan pentadbir sekolah berasa amat tertekan kerana sekolah mesti mempunyai semua pelajar yang mampu mencapai prestasi akademik yang baik tapi hakikatnya tidak.Cuba bayangkan jika ada 5-10 pelajar lembam yang tidak mampu menulis,membaca dan mengira sudah tentu GPS akan jatuh sedangkan guru-guru sudah bermati-matian membuat yang terbaik agar prestasi sekolah berada pada tahap yang cemerlang.

Sudah tiba Kementerian Pelajaran Malaysia 'kotor tangan' untuk mengkaji keupayaan KPI yang ingin dilaksanakan supaya memberi keadilan kepada semua sekolah khasnya.Usahlah KPM ingin yang" baik-baik sahaja" namun 'yang buruk' diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah bulat-bulat.Jika KPM berhasrat untuk membuat penilaian tepat terhadap Prestasi Akademik pelajar biarlah ia bersifat "kemanusiaan" dan bukannya robot yang boleh diprogramkan.KPM boleh pandang ke atas namun perlu juga pandang kebawah supaya tidak memijak golongan bawah semata-mata ingin mendaki ke puncak.

Hakikat manusia bukan semuanya sempurna,suatu pentaksiran yang sesuai perlulah dilaksanakan kepada golongan pelajar yang normal dari segi fizikal namun mempunyai masalah mendalami pelajaran  supaya ia adil bagi mereka dan pihak sekolah dalam masa yang sama.Laporan NUTP  menunjukkan sejumlah 3000 pelajar sekolah rendah dikenalpasti mempunyai masalah ini di seluruh negara.Sudah tiba KPI pendidikan "dimanusiakan" supaya melihat masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dan para pelajar dalam mencapai matlamat yang diinginkan.

P/s:Kalau KPI sekolah merosot atau tidak menunjukkan peningkatan,pengetua atau guru besar kena pergi kursus kat putrajaya khabarnya supaya prestasi sekolah meningkat.Pening kepala guru besar tersebut...KPI oh KPI....

3,000 murid tidak mampu belajar



MOHD. FAZLI (tengah) merupakan antara murid sekolah rendah di Baling yang dihalang daripada menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa terdapat lebih 3,000 murid sekolah rendah di seluruh negara tidak berupaya mendalami pelajaran yang diajar meskipun status kesihatan mereka disahkan normal oleh doktor.
Hal tersebut menyebabkan guru dan pihak pentadbiran sekolah berada dalam keadaan tertekan kerana kegagalan pelajar terbabit dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjejaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sekolah secara keseluruhan.
Justeru, Presiden NUTP, Hashim Adnan ketika dihubungi Kosmo! semalam meminta kerajaan memberi kelonggaran kepada pihak sekolah untuk mengecualikan pelajar terlibat daripada menduduki UPSR dengan mewujudkan sistem penilaian tersendiri buat pelajar berkenaan.
"Golongan pelajar ini walau bagaimana cara kita ajar, mereka tidak dapat menerima dan memahami hingga ada ke tahap tidak mampu menulis, membaca atau mengira sedangkan mereka akan menduduki UPSR.
"Mereka tiada kecacatan dan disahkan sihat dari segi fizikal tetapi mempunyai masalah pemikiran menyebabkan mereka tidak berupaya menyerap ilmu dipelajari. Satu sistem penilaian lain perlu diwujudkan untuk golongan ini," katanya

Saturday, September 24, 2011

pelik tetapi benar:Makin ramai suami didera isteri

Makin ramai suami didera isteri

 
 
 
 
 
Oleh NURUL HUSNA MAHMUD dan IRENE SURAYA KAMARUDIN
metahad@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.
Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.


Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya tertumpu kepada emosi, sekarang ia cenderung kepada penderaan fizikal dan keganasan seksual.

Menurutnya, kursus pasca perkahwinan perlu diadakan dan bukan mengharapkan kursus praperkahwinan semata-mata bagi membantu mengukuhkan institusi kekeluargaan.

“Pasangan perlu kaji semula aspek merangkumi komunikasi, pengurusan ekonomi keluarga dan ikatan kasih sayang setiap lima tahun mereka mendirikan rumah tangga.

“Ia selaras dengan peredaran masa kerana kemungkinan komitmen akan bertambah berat selepas keluarga mula berkembang,” katanya.

Katanya, ini mengakibatkan pasangan tidak dapat mengimbangi tanggungjawab sedia ada dan akhirnya menimbulkan konflik dalam hubungan dan seterusnya menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes perceraian.

Usaha Abim membantu pihak berkenaan ialah dengan melancarkan program pembangunan komuniti (Tanmiyah al Mutafakkir).

“Melalui program aduan panggilan telefon meminta khidmat nasihat dalam mendapatkan perlindungan mengenai isu keganasan rumah tangga akan diteliti kumpulan peguam syariah Abim.

“Secara tidak langsung, ini satu usaha menjadikan program ini pusat sehenti Muslim iaitu rujukan dan perlindungan dalam membantu mangsa kes sebegini,” katanya.

P/s:Nak tergelak baca artikel ini...Ganas jugak pompuan masa kini..Silap-silap suami boleh masuk ICU..macam2 benda pelik berlaku sekarang..Adakah lelaki lembut dah terlampau banyak di pasaran sampai kena dera ni?

Friday, September 9, 2011

Topup @ Talian Prabayar Akan Kena cukai

Talian Pra-Bayar dah kena cukai...Maksudnya Topup RM10 dan Jadi RM10.60.RM0.60 masuk poket kerajaan(cukai).Kalau 1000000 orang sekali topup RM600000 masuk kerajaan.Memang genius kan Kerajaan dalam nak songlap duit rakyat.Kalu sebelum ini siapa yang pakai line sahaja yang kena cukai perkhidmatan sekarang duit orang yang pakai topup pun akan dibantainya sekali.

Mari kita lihat semula kehidupan seseorang rakyat Malaysia sekarang.Makan KFC @ MCD kena cukai,pakai astro dekat rumah kena cukai,pakai telefon kena cukai,naik kapal terbang kena cukai mcm2 cukailah.tak masuk bayaran tol lagi.punah2..Kalau macam ini jadi orang asli dalam hutan lagi baik...semua terselamat tak kena bayar.Tapi hutan pun mereka dah tebang buat balak.

Inikah kerajaan yang sedia ada...Kalau asyik pau 'duit rakyat" je,apa baiknya kerajaan ini.Aku rasa memang
dah nak berlaku peralihan kuasa kepada kerajaan baru masa PRU-13 ni.Tapi aku tak tahu kenapa kerajaan ambil langkah yang tidak popular ini.Terang-terang buat rakyat marah...

Mungkin rakyat Malaysia jenis mudah 'dipau'...pau pun bukan nak marah dan bersuara..lain kali beli seluar dalam pun kena cukai jugak...Aku tak sanggup tunggu saat itu..

P/s:Kepada anggota kerajaan yang baca entry aku ni, jangan marahlah sebab anda yang mula dahulu bangkitkan kami rakyat Malaysia. 

 

Cukai talian prabayar 6 peratus
Oleh Mahanum Abdul Aziz

2011/09/09

Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
“Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu,” katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.
Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

“Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan,” katanya

Thursday, September 8, 2011

Disiplin penuntut sekolah makin kritikal?

Benarkah anak muda kita semakin menyamai perangai remaja barat?

Inikah generasi yang akan mengantikan kita suatu hari nanti?



Disiplin penuntut sekolah boleh dikatakan memasuki fasa pra-kritikal sekarang ini.Ramai pelajar sedang berevolusi membentuk suatu budaya negatif yang boleh merosakkan nilai-nilai murni yang telah menjadi tiang kepada sesuatu kaum sekian lamanya.Memang dahulu wujud masalah disiplin tetapi ia kini sudah bercambah kepada masalah-masalah baru yang dahulunya jarang didengari tetapi pada hari ini ia sesuatu yang biasa tergiang di telinga kita.Nakal pelajar dahulu tidaklah sampai kepada melakukan jenayah seperti hari ini.Memang sudah tidak pelik jika hari ini kita membaca akhbar dan mendengar berita mengenai seks bebas, rogol,liwat,rompakan,buang bayi,penagihan dadah dan lain-lain lagi yang melibatkan remaja yang masih bersekolah.
Memang negara sedang menuju kepada negara maju,namun budaya negatif yang dimiliki oleh rakyat negara-negara seperti Amerika,Jepun dan Britian juga ikut sama berkembang dan membiak.Malah kita setapak demi setapak menghampiri kerosakan akhlak dan budaya negatif yang dimiliki oleh mereka.Adakah dalam membentuk  sebuah negara maju, akhlak  terpuji dan nilai murni sesuatu bangsa perlu dikorbankan dan terhapus?Persoalan ini perlu dijawab oleh pemimpin negara sebelum boleh bermegah melaungkan negara kita sudah maju.

 
Negara maju atau  Zaman Jahilliah?

Memang pelik bila sebuah negara yang ingin kemajuan meminggirkan budaya ilmu sebagai aset utamanya dan melebihkan tumpuan  kepada aspek ekonomi sebagai asas utama.Negara Maju yang ingin dicipta sekarang ini adalah negara yang mempunyai aspek ekonomi yang memberangsangkan semata-mata,tapi dalam aspek ilmu boleh dikatakan kosong.Ini boleh diibaratkan seperti seorang itu dilihat berjaya kerana dia  seorang yang kaya tapi bukan kerana dia mempunyai ilmu dan nilai-nilai yang baik.

Pada pendapat saya,kemewahan dan keselesaan hidup masyarakat sekarang menyebabkan mereka telah lupa asal usul bangsa mereka yang kaya dengan nilai-nilai murni dan adab sopan.Apa yang lebih menyedihkan kealpaan ini telah diwarisi  dalam jiwa anak muda yang tidak merasa susah seperti yang dirasai oleh golongan dahulu.Mungkinkah apabila tiba generasi ke-4 setelah merdeka semua akhlak serta nilai murni dan adab sopan akan hilang dan digantikan dengan budaya baru yang merosakkan.Dengan kata lain,seks bebas sudah boleh diterima,pembuangan bayi sudah menjadi kebiasaan,rompakan dan jenayah sudah menjadi rutin harian,jenayah rogol dan liwat  sudah menjadi hobi masa lapang.Adakah ini yang akan menjadi budaya generasi akan datang?

Tanpa undang-undang yang ketat dan tindakan yang konsisten ke atas disiplin para pelajar dari sekolah lagi,budaya negatif ini sedang merebak.Ia lebih teruk dari Virus HINI kerana ia membunuh sesuatu bangsa.Negara perlu undang-undang kepada jenayah buang bayi dan seks bebas yang mana pesalah sebelum ini dibiarkan bebas tanpa sebarang hukuman.

Disamping ini,kebebasan media massa dan media cetak perlu diperketatkan terutamanya dalam aspek hiburan.Hiburan yang keterlaluan juga menyebabkan remaja menjadi lalai dan terikut-ikut dengan budaya lucah dan hina barat.Media massa dan cetaklah yang menjadi "dajjal"  dan penyebab utama yang mempengaruhi remaja kepada kerosakan melalui hiburan yang melekakan.Boleh ditayang hiburan  tapi jangan sampai berlebih-lebihan.

Apapun jika semua ini tidak dipandang serius,bersiap sedialah menerima suatu generasi baru yang rosak akhlaknya dan hilang nilai-nilai murni.Mungkin negara luar akan nampak kaya dan maju ,tapi dalamnya rosak dan binasa.Jika terjadi begini,kita sebenarnya semakin melangkah ke belakang menuju zaman Jahiliah semula.

 

Sistem pendidikan perlu diperkemas

Oleh Jasni Majid
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SAUDARA Malek Murad dalam rencananya ‘Krisis disiplin di kalangan penuntut sekolah’, Dewan Masyarakat April 1975, antara lain menyentuh tentang pentingnya sekolah mengenakan hukuman berat terhadap pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah jika mahu mengekalkan peranan tradisionalnya sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
Rencana itu sudah lama ditulis, tetapi gaya dan permasalahan yang dibangkitkan masih sama dengan apa yang masih diperkatakan sampai sekarang.

Ini bermakna masalah disiplin dan moral anak muda bukan masalah baru cuma pendekatannya saja berbeza. Memang anak muda zaman dulu tidak merempit, tidak melawan guru atau tidak memecahkan harta benda awam dan sebagainya, tetapi kes lain seperti pergaduhan, mencuri, mencederakan rakan telah berlaku dan masih dalam ruang lingkup yang sama iaitu salah laku membabitkan pihak tersebut.

Krisis nilai yang berlaku di kalangan anak muda kini membimbangkan pelbagai pihak. Bukan saja ibu bapa yang pening memikirkan anak-anak mereka terutamanya ketika di luar rumah, masyarakat sekeliling turut bimbang dengan pelbagai keadaan yang berlaku membabitkan remaja.

Boleh dikatakan saban hari kita disogokkan dengan berita atau cerita membabitkan kanak-kanak mahupun remaja dan kebanyakannya masih di bangku sekolah. Kita tidak hairan jika berita atau cerita tersebut mengenai kejayaan mereka dalam sesuatu bidang, tetapi agak malang jika kita didedahkan dengan berita penangkapan mereka atas sesuatu kesalahan yang mereka lakukan. Paparan media massa mengenai pelbagai salah laku termasuk jenayah memang cepat mempengaruhi kanak-kanak. Sejak kecil lagi mereka sudah dipengaruhi norma-norma hidup yang mengelirukan dalam menjalani kehidupan harian dan menempuh masa depan.

Segala kemelut ini mesti diberi perhatian malah diatasi dengan penekanan nilai-nilai murni lewat subjek dan aktiviti luar bilik darjah yang membentuk jiwa mereka supaya menjadi masyarakat yang mampu bertahan dengan segala macam cabaran di luar kelak.


Di sekolah, antara subjek yang mengandungi penekanan nilai-nilai murni termasuk Kesusasteraan, Bahasa, Pendidikan Moral dan Agama. Subjek ini dirasakan sudah cukup membimbing murid ke arah kemantapan jiwa dan sahsiah.

Bagi pelajar sekolah menengah, pengenalan Komponen Sastera (Komsas) sejak 2000 menambahkan lagi khazanah atau pendedahan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sejak mereka di tingkatan satu lagi. Hasil sastera baik prosa moden dan tradisional, puisi, novel dan drama menyelitkan pelbagai nilai murni yang boleh digarap pelajar.

Keberkesanan Komsas bukan hanya untuk melatih pelajar menjadi penulis, tetapi memantapkan pemahaman dan kepatuhan mereka terhadap nilai-nilai murni yang disogokkan kepada mereka melalui karya sastera kemudian diterjemah dalam kehidupan seharian.

Pelbagai aktiviti luar bilik darjah seperti persatuan, unit pakaian seragam dan sukan juga tidak kurang penting memainkan peranan membentuk murid menjadi insan yang mengamalkan nilai kerjasama, bantu-membantu, tabah, sabar dan rajin dalam menjalankan sesuatu tugas yang diamanahkan.

Sekolah mesti memastikan setiap aktiviti dilibatkan pelajar dan tindakan yang mendidik perlu dikenakan jika ada pelajar enggan memberi kerjasama atau memperlekeh usaha untuk mengisi masa mereka dengan perkara berfaedah. Sekolah juga perlu mengambil kira jalinan hubungan dengan ibu bapa sekiranya ada pelajar memandang rendah setiap peraturan yang ditetapkan di sekolah. Sekolah tidak boleh berlembut dengan ibu bapa yang selalu menyebelahi anak- anak mereka walaupun anak-anak mereka ternyata melanggar peraturan sekolah.

Jika sekolah berlembut, sampai bila segala peraturan di sekolah akan dipandang tinggi oleh pelbagai pihak yang mahu mengukuhkan imej institusi pendidikan sebagai tempat untuk menimba ilmu dan membina sahsiah pelajar.

Jadi, apabila akhir-akhir ini kita kerap didedahkan dengan pelbagai salah laku di kalangan remaja seperti kes buang bayi, dadah, pergaduhan dan sebagainya, kita tidak perlu menyalahkan sistem pendidikan sedia ada di negara kita. Kita pernah mendengar berita mengenai pelajar yang menyamun di sebuah kedai serbaneka menggunakan pistol mainan dan parang panjang, kita pernah mendengar pelajar mencederakan guru, merosakkan kereta guru yang memperlihatkan kepada kita bahawa jenayah dan salah laku ini bukan hanya dilakukan orang dewasa, tetapi juga oleh golongan yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Sebenarnya, pemahaman dan pembabitan murid dalam aktiviti yang telah ditetapkan di sekolah sudah cukup menjadi benteng untuk menghalang mereka daripada melakukan pelbagai salah laku berkenaan.

Persoalannya, mengapa ada antara mereka ini yang masih melakukan pelbagai salah laku termasuk melawan guru, merosakkan harta benda sekolah, dadah dan jenayah lain.

Sikap sesetengah pelajar yang mempunyai kefahaman cetek atau memandang ringan terhadap aktiviti luar bilik darjah menjadikan mereka liar dan tidak memahami apa tujuan setiap aktiviti yang dijalankan.

Kedangkalan mereka tentang pelbagai nilai yang terkandung dan terselindung di sebalik kebanyakan subjek di sekolah menjadikan mereka lepas tangan atau tidak mengambil kisah tujuan sebenar setiap subjek yang mereka belajar.

Ironinya, boleh kita fikirkan sendiri bahawa setiap pelajar itu, jika kita kira sejak bersekolah di peringkat sekolah rendah hingga tamat persekolahan di peringkat menengah, mungkin hampir seratus orang guru yang mengajar mereka.

Jika difikirkan lagi, tidak ada guru yang menyuruh anak muridnya mencuri, merompak, menipu orang, tetapi setiap guru memberi ajaran yang positif ke arah kecemerlangan individu dalam mengharungi masa depan mereka.

Oleh yang demikian, kebejatan sosial kini perlu dilihat sebagai ancaman yang boleh menjejaskan pelbagai aspek hidup. Selain ibu bapa dan masyarakat sekeliling, sekolah mesti melihat masalah ini sebagai masalah yang perlu diberi perhatian lebih serius, termasuk berusaha memperkemas sistem pendidikan ke arah melahirkan insan yang lebih bijak menilai mana kaca dan mana permata. Sejak tahun 70-an lagi kita sudah menyedari sistem pendidikan kita condong ke arah kecemerlangan akademik. Ia dikatakan menjadi salah satu penghalang untuk membentuk sahsiah murid. Kita agak ketinggalan kerana sampai kini kita masih melaungkan perkara sama sedangkan sudah lebih tiga puluh tahun perkara ini diungkit.

Sampai masanya kita mengubah sistem dan persepsi tersebut supaya kita dapat mengurangkan pelbagai masalah yang mengitari hidup pelajar di negara ini. Penulis ialah guru