-gambar hiasan-Hubungan suami isteri sepatutnya halal dan selamat sekiranya salah seorang tidak berlaku curang dan menjauhi zina.
Saya sedih sebenarnya apabila membaca surirumah 5 kali ganda berisiko dijangkiti HIV berbanding pekerja seks.Golongan yang tidak bersalah menjadi mangsa 'dosa' yang dilakukan oleh suami yang bernafsu binatang.Yang paling tidak adil sekali 'pekerja seks' terselamat disebabkan mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.Adakah dunia tuhan tidak adil?
Tidak sama sekali.Allah telah menetapkan hubungan zina itu adalah haram dan berdosa besar.Mengapa?Ini adalah kerana ia bukan sahaja mendatangkan penyakit kepada individu yang mengamalkannya malah kepada insan yang tidak bersalah.Zina juga menyebabkan perpecahan keluarga dan kelahiran anak yang tidak sah taraf.Ia membawa lebih banyak keburukan daripada 'keseronokan sementara hawa nafsu' yang dirasai pelakunya.Maka apabila sesuatu keburukan lebih banyak ia dikategorikan sebagai haram dan dosa besar.
Adakah Allah tidak menetapkan cara atau hukuman bagi mencegah Zina?Ada,Allah telah menurunkan Al-Quran dan Rasulnya untuk memberi panduan dan mencegah budaya zina yang buruk ini.Allah telah menetapkan hukuman jenayah Islam iaitu hukuman sebat 100 kali di khayalak ramai bagi pesalah bujang dan hukuman rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin.Hukuman keras ini adalah sebagai pelajaran dan amaran supaya masyarakat tidak mengamalkan zina sebagai suatu budaya.
Namun pemimpin yang 'buta hati' dan 'prozina' menolak ketetapan Allah ini dan memandang enteng perkara-perkara maksiat yang kini berleluasa berlaku di negara kita.Mereka lebih menganggap hukuman Allah ini tidak releven kerana boleh memalukan pelakunya dan hukuman nampak kejam dan tidak berperikemanusiaan.Nah,kini orang yang tidak bersalah menjadi mangsa.Hubungan Anak,Isteri dan Suami kini tidak dijamin selamat.Hubungan antara suami dan isteri yang sepatutnya selamat kini menjadi risiko yang tinggi apabila salah satunya curang.'Tidak masuk akal juga' si isteri perlu mengambil langkah berjaga-jaga semasa melakukan hubungan kelamin yang sepatutnya halal dan selamat.Tetapi itulah harga yang terpaksa dibayar jika hukuman yang ditentukan oleh Allah dipandang ringan oleh manusia.
sila baca artikel dibawah...
Kira-kira 10 rakyat Malaysia dikesan HIV positif setiap hari dengan suri rumah terutama Melayu berisiko lebih lima kali ganda dijangkiti Human Immunoidifiey Virus (HIV) akibat hubungan seksual berbanding pekerja seks yang mengamalkan seks selamat sepanjang masa bertugas.
Berdasarkan statistik Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Kementerian Kesihatan pada 1986 hingga 2010, sebanyak 91,362 rakyat Malaysia dijangkiti HIV dengan 3,291 orang daripadanya adalah suri rumah berbanding 593 pekerja seks.
Selain itu, seramai 725 kakitangan kerajaan turut dijangkiti diikuti pelajar (312), badan beruniform (698), nelayan (3,399), pekerja industri (6,048), sektor swasta (1,500), pemandu (2,261), tidak bekerja (16,320) dan lain-lain pekerjaan (30,507).
Mengikut pecahan kaum, seramai 65,235 daripada keseluruhan pesakit HIV berbangsa Melayu, diikuti Cina (13,283), India (7,190), Bumiputera Sabah (760), Bumiputera Sarawak (2,267), lain-lain (496), bangsa asing (1,596) dan tidak diketahui (535).
Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan, berkata demografik kajian menunjukkan wanita berisiko dijangkiti HIV bukan disebabkan kecuaian sendiri, sebaliknya jangkitan menerusi hubungan kelamin tidak selamat bersama suami.
“Wanita tidak mampu berbincang dengan suami untuk mengamalkan seks selamat mahupun menggunakan kondom sekali gus takut bertegas dan dipukul apabila melakukan hubungan tanpa penetrasi bersama suami
“Apabila kita lihat statistik, sangat menyedihkan wanita terutama suri rumah di kawasan luar bandar menjadi mangsa kerana kekejaman suami sendiri. Kesan bukan hanya kepada isteri tetapi anak juga menerima kesan sosial apabila ibu bapa sakit,” katanya kepada Berita Minggu.
Statistik berkenaan turut menyebut faktor jangkitan paling berisiko disebabkan perkongsian jarum suntikan sebanyak 63,680 diikuti hubungan heteroseksual (berlainan jantina) (16,320), homoseksual dan biseksual (2,047), ibu kepada anak (832), pemindahan darah (3), penerimaan organ (0) dan tidak diketahui (8,449).
Mengikut laporan ketika Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun lalu, jumlah pesakit HIV di seluruh dunia dianggarkan seramai 34 juta orang dengan 1.8 juta kematian setiap tahun dan kira-kira 7,000 jangkitan baru dikesan setiap hari.
sumber:http://www.serikasih.com/statistik-hiv-di-malaysia-10-positif-hiv-setiap-hari
0 comments:
Post a Comment