BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Showing posts with label khas wanita. Show all posts
Showing posts with label khas wanita. Show all posts

Monday, March 28, 2011

khas wanita:Kasihanilah lelaki ini...

Ada sekumpulan besar lelaki diperintahkan agar berpuasa sehingga diberitahu kelak bila berbukanya...Pada masa yang sama,dihidangkan di depan mereka terlalu banyak makanan-makanan yang nampak menarik,sedap dan cukup membuatkan mereka tergoda untuk melanggar perintah yang telah diberikan.Lalu ada lelaki-lelaki yang tidak tahan , memegang kuih-muih itu sambil memilih yang terbaik dan 'booking' awal-awal sehingga waktu berbuka nanti.Beberapa lama kemudian,dek tidak tahan godaan itu,ramai diantara mereka yang telah memakannya.Namun di dalam kebanyakan lelaki-lelaki yang ingkar itu,ada sekumpulan kecil lelaki yang masih memegang kepada perintah yang diberikan.Mereka masih teguh berpegang kepada perintah walaupun sedih melihat rakan-rakan mereka dengan rakus menjamah makanan-makanan yang ada dihadapan mereka satu demi satu..Malah lebih memilukan,ada lelaki yang bermain-main dengan makanan di hadapan mereka dengan menguli-nguli dengan tangan dan mengigit sedikit, kemudian meninggalkannya semata-mata ingin mencuba dan menikmati makanan yang terhidang banyaknya itu.Dalam situasi ini, makanan yang lazat-lazat semestinya habis dahulu.Mungkin ada yang tinggal adalah makanan-makanan yang nampak tidak menarik,sudah dipegang,sudah dirasa dan ditinggalkan serta yang sudah rosak.Walaubagaimanapun,sekumpulan kecil lelaki ini tetap tabah demi menunaikan perintah yang telah diberikan.Dalam hati kecil mereka,redha dengan apa yang ditinggalkan sekadar untuk mengenyangkan  apabila tiba berbuka nanti.Ada juga yang mengharapkan mungkin ada makanan-makanan yang lazat yang masih tersembunyi dan menjadi hak milik mereka.

Persoalannya.... Mungkinkah?Adilkah untuk lelaki-lelaki yang taat ini?Patutkah mereka menerima nasib begini?
Yang pasti,lelaki-lelaki ini pasti dihidangkan makanan yang lebih lazat yang tidak dapat dibayangkan dan dirasai oleh lelaki-lelaki yang ingkar sebelum itu.Pasti ia disorokkan dan disembunyikan oleh Tuan mereka sampai berbuka nanti.Percayalah...

Thursday, March 10, 2011

Khas untuk wanita: Syurga sebenarnya terbuka luas untukmu


Sahabat Hikmah...
Kadang saya HAIRAN,  menurut Rasulullah shalallaahu 'alaihi wa sallam kebanyakan penduduk neraka adalah wanita.
“Aku melihat ke dalam Surga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
Padahal pintu-pintu kebaikan dan pintu-pintu surga terbuka buat wanita, dan Allah telah memudahkan wanita untuk masuk ke dalam surga, dan wanita telah mendapatkan KELEBIHAN dan KEISTIMEWAAN:
  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang sholeh.
  2. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  3. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  4. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
  5. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  6. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  7. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  8. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (dengan jarak 10,000 tahun perjalanan).
  10. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  11. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  12. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  13. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  14. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  15. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  16. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
  17. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  18. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  19. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  20. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  21. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakult.
  22. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  23. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  24. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
  25. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  26. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  27. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  28. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  29. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  30. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun sholat.
  31. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  32. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  33. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  34. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  35. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Wahai wanita sedarlah betapa untungnya dirimu jika engkau beriman kepada Allah...Melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya...Sudah pasti syurga tempatmu...Bertaubatlah jika engkau tersalah langkah dan kembalilah ke jalan Allah.Sesungguhnya dunia ini tempat cubaan dan dugaan,suatu hari engkau akan kembali maka kembalilah dengan membawa amal dan pahala...Selamatkanlah dirimu dari Api Neraka yang meluak-luak..

Saturday, March 5, 2011

Hanya untuk wanita:Tips mencari suami yang berkualiti

                                
Di zaman sekarang semua orang mempercakapkan tentang soal cinta dan soal hati.Cinta melebihi segala-galanya.Cinta tiada logika.Tanpa perlu memikirkan sifat dan latar belakang pasangannya.Itulah kemanisan sebelum perkahwinan,segala-galanya indah belaka.
Bagi wanita,adakah jika seorang lelaki yang melamar dengan menyatakan hasrat cinta,anda akan menerimanya?Adakah anda melihat rupa,penampilannya dan keromantisannya sahaja?Adakah anda akan terbuai dengan kata-kata dan janji manis lelaki dan menyerahkan segala-galanya..
TIDAK...TIDAK..KATAKAN TIDAK...Bercinta itu yang sebenarnya-benarnya bukan kerana nafsu semata-mata.Jika anda bercinta kerana nafsu ,selepas berkahwin anda akan mendapat keperluan nafsu semata-mata...Sebab itu ramai wanita yang menjadi mangsa lelaki selepas perkahwinan disebabkan NAWAITU anda sebelum perkahwinan.Maka anda tidak mendapat keperluan lain iaitu kasih sayang dan keperluan zahir dan batin.Lebih malang,ada wanita yang berkahwin dengan pengganggur,penagih dadah,kaki pukul,dayus,tidak bertanggungjawab dan lain-lain lagi.
Wanita perlu BIJAK menilai pasangan sebelum berkahwin.Bukan bererti memilih ciri-ciri yang PERFECT kerana setiap manusia mesti ada kekurangannya.Namun pilihlah yang mempunyai ciri-ciri yang tersirat kerana yang tersirat itu lebih baik daripada yang tersurat.Jangan jadi Hamba Cinta kerana hamba kepada cinta akan membuatkan hidup akan musnah di kemudian hari.Sebaik-baiknya minta pertolongan orang tua jika ingin mencari jodoh.Ibubapa mana yang ingin merosakkan kehidupan anaknya...Fikir-fikirkanlah...
                 
Pada zaman di mana wanita melebihi lelaki, bukan mudah untuk mencari suami berkualiti. Namun, jika berpeluang membuat pilihan, berikut adalah ciri-ciri suami berkualiti yang mampu membahagiakan anda di dunia dan akhirat:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian sopan. Sifat ini boleh dilihat, terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberi dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira ketika bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Bagaimanapun, hakikatnya ciri-ciri berkenaan pasti sukar dicari dalam dunia akhir zaman. Namun, sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan panduan bagi anda mencari calon suami.

Nasihat penulis, buat ‘check list’ (semakan) berdasarkan 10 ciri berkenaan, berapakah ciri yang ada pada teman lelaki anda?

Jika ‘markahnya’ kurang daripada lima, maknanya dia bukan calon suami yang sesuai. Daripada anda berterusan ‘makan hati’ dan ‘menjeruk rasa’ berundurlah secara baik,Jadilah wanita BIJAK menggunakan akal dan elakkan menjadi HAMBA CINTA PALSU.
         

Saturday, February 19, 2011

Fesyen wanita Islam kini langgar larangan Allah

                                                                 
                                                 gambar sekadar hiasan

Fitrah wanita sememangnya ingin kelihatan cantik dan tampil bergaya....Sejak kebelakangan ini, berlaku ledakan fesyen Islam yang terkini dari hujung rambut hinggalah ke kaki...Pelbagai jenis tudung dan baju dikeluarkan semata-mata untuk 'up to date'  kepada fesyen wanita Islam terkini.Namun,adakah semua fesyen yang digayakan memenuhi spesifikasi tuntutan Agama Islam...Adakah sekadar cukup tudung di kepala dengan membiarkan susuk tubuh yang lain dilihat pada oleh lelaki bukan muslim?atau adakah wanita Islam bertudung hanya kerana ingin nampak cantik dengan mengayakan pelbagai jenis fesyen yang ada?Wahai wanita,berbaliklah kepada tujuan sebenar pemakaian tudung dan baju iaitu ingin menutup aurat daripada pandangan lelaki yang bukan hak.

Ikutilah artikel ini yang saya ambil dari harian metro..bacalah wahai saudara-saudari seislamku sebagai peringatan sesama muslim.


DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman).
“Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias.

“Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat dihidu dari jauh.” Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.

Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Ramai tidak menyedari fesyen pemakaian yang diikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya menjaga aurat.

Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam kehidupan kita, di mana ada di kalangan suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat.

Paling mengaibkan, perubahan fesyen masa kini menjadikan ramai menutup aurat secara menipu.

Jadi, bagaimana pula ramai yang menutup aurat tetapi sebenarnya menipu? Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai memakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan pula bentuk susuk tubuh mereka.
Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu tertentu seperti pada Jumaat dengan alasan menghormati hari berkenaan, sedangkan hari lainnya mereka memakai pakaian yang menampakkan aurat.

Ramai yang kembali mendedahkan aurat dan membuang pakaian menutup aurat pada masa lain, ketika ke pejabat, membeli-belah, melancong ke luar negara, bersukan dan beriadah seolah-olah ajaran Islam ini ada hadnya dan hanya sesuai pada hari tertentu.

Firman Allah SWT, bahawasanya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka, umpan dan bahan bakar api neraka itu terdiri daripada manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan- Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (at-Tahrim, 6) Berdasarkan ayat ini, jelas Allah SWT mewajibkan setiap hamba-Nya menjaga diri serta keluarga supaya tidak melanggar larangan-Nya selain tidak tergelincir daripada batas sempadan antara kebaikan dan kejahatan.

Umat Islam diseru supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

Firman Allah SWT: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.” (Al-Isra, 7) Sebagai hamba Allah yang lemah dan pastinya tidak akan tertahan apabila menerima azab-Nya yang pedih, hendaklah kita melihat adakah pemakaian kita ini seperti kaum yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW atau kita mengikut sewajarnya cara pemakaian yang disyaratkan dalam Islam.

Marilah kita bersama-sama meneguhkan sifat takutkan azab Allah dalam perkara ini kerana setiap perkara yang kita lakukan, walaupun sekecil zarah sekalipun, pasti akan diazab oleh Allah SWT kelak.

Walaupun kita ingin kelihatan maju dengan mengikuti setiap perubahan teknologi dunia termasuk dalam cara berpakaian, hukum haram tetap tidak dapat dielakkan sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Ahzab, 36 yang bermaksud: “Dan tidaklah wajar bagi orang- orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (mereka tidak) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka; dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia sesat dengan kesesatan yang nyata.”

Tuesday, February 15, 2011

Salon Muslimah:Pilihan untuk wanita yang menjaga aurat

Kita mungkin pernah mendengar "LRT yang dikhaskan untuk wanita sahaja".Tertanya juga aku bagaimana kalau seorang perempuan muslimah  ingin mengunting rambutnya?.Adakah perlu dia pergi salon Unisex untuk mengunting rambutnya sedangkan rambut itu adalah aurat wanita?Bagaimana seorang perempuan ingin mempertahankan auratnya daripada pandangan lelaki yang bukan hak?
Hari ini aku terbaca artikel di harian metro mengenai Salon muslimah.Konsep salon muslimah ini menawarkan perkhidmatan gunting dan rawatan rambut hanya kepada golongan hawa sahaja.Walaupun tidak banyak,namun dengan konsep ini ia dapat memberi opsyen kepada wanita khasnya muslimah mendapatkan perkhidmatan tanpa rasa was-was lagi tentang masalah penjagaan aurat mereka.Inisiatif ini perlu diperkembangkan dan diperluaskan di seluruh pelosok negara agar dapat membantu wanita muslimah mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya.
Ramai  wanita muslimah juga disaran menceburi bidang perniagaan  ini selain menjalankan fardu kifayah kepada ummah.Saya yakin dengan konsep ini lebih ramai kaum hawa terutamanya muslimah lebih yakin untuk ke salon dan akan mewujudkan trend baru dalam perkhidmatan gunting,rawatan dan penjagaan rambut.Dengan kata lain ia merupakan suatu bidang perniagaan yang baru untuk diterokai.Insyaallah dalam mencari rezeki yang halal dapat juga membantu kaum muslimah dalam menegakkan tuntutan dalam Islam yang telah diwajibkan kepada wanita Islam.
LELAKI DILARANG MASUK!!!
ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
   ERAT...hubungan baik memudahkan perjalanan salun.
SUSAHNYA mencari salun memotong rambut wanita sahaja. Semuanya uniseks!
Memang ada tetapi jumlahnya sangat kecil. Hendak mencari, sukar sekali. Baik salun bukan Islam ataupun Islam, uniseks pendekatan utama tuan punya salun. Kononnya untuk mendapat lebih pelanggan.
Di alaf baru ini, semakin ramai pengguna Islam yang menyedari tuntutan agama. Sebenarnya salun khas wanita terutama untuk memotong rambut sangat didambakan kerana ada yang terpaksa memotong sendiri rambut mereka di rumah.

Ada juga yang meminta ahli keluarga membantu walaupun ahli keluarga itu langsung tiada ilmu di bidang itu.

"Apabila rambut panjang, suami terpaksa memotong rambut saya kerana itu jalan yang terbaik. Saya tidak mahu bercampur baur di salun dengan lelaki. Kita pula perlu membuka tudung ketika itu," kata seorang teman sambil mengeluh.
Sebenarnya dia hendak sangat memotong rambutnya di salun kerana mahu gaya yang lebih cantik dan juga diurut-urut kepalanya. Namun apakan daya, sekiranya ada cuma di kampungnya.

Penulis sendiri terpaksa mengambil kesempatan ketika pulang bercuti ke Kuala Kangsar, Perak untuk memotong rambut kerana salun Rambulan Emas ada di situ.

"Bukan hanya anda tetapi ramai lagi anak Kuala Kangsar yang berbuat demikian. Balik kampung bercuti kemudian datang ke sini untuk memotong rambut dan rawatan kecantikan yang lain kerana sukar mencari salun Muslimah sahaja," kata Normala Lot, 42, tuan punya salun Rambulan Emas yang sudah beroperasi sejak 2002 lagi.
Di pintu masuk salun ada tertera, 'Kedai Gunting Rambut Wanita,' dan 'Lelaki dilarang masuk'

Monday, November 1, 2010

Peringatan buat insan yang bernama WANITA

Azab Bagi Wanita




Setelah membaca peringatan ini ia telah menjawab persoalanku 'mengapa kaum wanita sangat ramai di neraka?'.Jadi aku sampaikan peringatan ini khususnya kaum wanita.Memang dari kecil lagi aku dah pun tahu peringatan ini.Dan aku rasa korang pun dah tahu.Tapi peringatan ini mesti disebarkan dan disebarkan lagi memandangkan banyak wanita-wanita di depan mataku sendiri memenuhi profil ahli neraka mengikut kepada peringatan yang anda akan baca di bawah ini.Sayangnya aku kepada golongan wanita, aku 'paste'kan peringatan ini kepada anda.Ingatlah tiada alasan tidak tahu 'jahil' lagi tentang agama di zaman teknologi canggih ini melainkan anda yang buat-buat jahil.Tolong sampaikan dan sebarkan kepada kaum muslimin dan muslimah terutamanya yang sedang memiliki profil ahli neraka yang berkenaan.Nasihat dan tegurlah mereka jika anda rasa mereka ahli keluarga atau rakan-rakan anda atau kaum muslimah seperti anda juga.



Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan khususnya untuk para wanita



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat

Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.



Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,



"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.



Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.



Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.



Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.



Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.



Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.



Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,

beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka

disiksa seperti itu?



*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.



*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.



*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.



*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.



*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.



*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.



*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan
.


P/s: Ya Allah perliharalah ibuku,isteriku,keluargaku,dan keturunanku dari siksa api neraka.Jauhkan mereka dari membuat perkara-perkara maksiat yang boleh merosakkan mereka dan juga perkara-perkara yang ada peringatan di atas ini.Engkau peliharalah mereka supaya menjadi hambaMu yang beriman dan taat akan suruhanMu.Amin...