BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Thursday, February 24, 2011

Maher Zain - Insha Allah (Malay Version) [With Lyrics] [HD]






Lyrics: Insha Allah - Malay Version


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya


Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


(Ulang korus)


Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...


(Ulang korus)


Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

Saturday, January 8, 2011

Lagu-lagu AJL25 di playlist blog saya

Bagi pengunjung blog saya yang ingin mendengar semua lagu-lagu finalis AJL25 bolehlah memilih lagu-lagu pilihan anda di playlist yang terdapat di bahagian bawah blog ini.Semoga terhibur sambil membaca post-post yang telah sy tulis buat anda.Terima Kasih

Dalam kesempatan ini sy dedikasikan lagu SOFEA JANE_BLACK buat isteri sy ZAIDAH BT SALLEH yang tercinta yang berada di Betong sarawak..Sy amat mencintai dan merinduinya..





AJL25:Lagu Faizal Tahir Jadi Juara ?

Senarai Lagu lagu AJL 25, Giliran Persembahan AJL 25

Malam yang penuh debaran bagi penggiat industri muzik tanah air bakal menjelma kembali! 14 buah lagu terhebat hasil karya dari komposer, penulis lirik dan alunan penyanyi-penyanyi hebat
tanahair bakal dinilai bagi mencari juara antara yang terbaik, lagu terhebat …dalam Anugerah Juara
Lagu 25. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara dalam Anugerah Juara Lagu 25? Segala-galanya bakal terjawab pada 9 Januari 2011 nanti!



Ini senarai finalis lagu lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu/ AJL ke 25:

1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
10. Mencari Konklusi -Noh/Noh/Hujan    
11.Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
 13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
 14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali



Penyanyi yang bakal membuat persembahan mengikut giliran pada malam AJL 25 tu ialah:
1) Yuna – Cinta Sempurna
2) Tomok – Berlari
3) A.P.I – Pelita
4) Shahir – Kebahagian Dalam Perpisahan
5) Meet Uncle Hussain & Black – Drama King
6) Hafiz – Noktah Cinta
7) Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
8. Faizal Tahir – Selamat Malam
9) Adira – Ku Ada Kamu
10) Bunkface – Extravaganza
11) Black -Sofea Jane
12) Faizal Tahir – Hanyut
13) Stacy – Jahat
14) Hujan – Mencari Konklusi
yang pernah menjadi juara dalam AJL seperti M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain dan Datuk
Siti Nurhaliza. Turut membuat kemunculan khas ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.

AJL25 bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar
selaku pengacara malam kemuncak tersebut

P/s:Ramalan aku salah satu lagu Faizal Tahir akan memenangi AJL25 antara hanyut dan Selamat malam

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof,pelakon adamaya meninggal dunia

Al-Fatihah....Pelakon yang pernah membintangi salah satu watak utama dalam drama Adamaya, Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung.



Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Faizal yang juga  dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan.
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. — Bernama