BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Showing posts with label lucu. Show all posts
Showing posts with label lucu. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

Lucu:Drama politik konspirasi Datuk T & Anuar

 
Memang lucu..ini barulah drama politik..memang sah terbukti.Kita sebagai pengundi sepatutnya bijak dan bukan menjadi mainan drama politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.Samaada anda perasan atau tidak,dekat-dekat nak pilihanraya,macam-macam drama politik akan dihidangkan kepada kita.Semakin dekat semakin panas drama yang dimainkan semata-mata nak mempengaruhi kita.
 
Sebagai pengundi, jangan layan dengan drama-drama ini,sebaliknya kita sebenarnya mempunyai kuasa
untuk menilai kepimpinan dan sumbangan mereka kepada kita sebenarnya.Mereka berhutang dengan kita dan adakah mereka telah bayar hutang yang telah mereka janjikan kepada kita 5 tahun yang lepas?Soalan ini patut ditanya,bukannya terpengaruh dengan drama-drama meraih undi simpati dan taktik menjatuhkan satu sama lain ini.
 
Jangan sesekali terpengaruh dan terperdaya dengan kata-kata,taktik dan strategi mereka,sebaliknya biar mereka terpengaruh dengan kuasa yang kita ada sebagai pengundi.Kita pemerhati,penilai dan pengkaji tentang kerja dan sumbangan mereka.CAKAP PANDAI KALU TAK ADA APA-APA HASIL KEPADA KITA TAK ADA GUNANYA...
 
Sebelum mengundi cuba tanya pada diri anda Apakah jenis sumbangan dan perubahan yang telah dilakukan di kawasan tempat anda?
    Lihat sekeliling tempat anda,dalam 5 tahun apa sumbangan & perubahan yang telah mereka lakukan.
    contoh:
   a) Pembinaan bangunan baru untuk kegunaan awam:Masjid lama yang diperbesarkan@ masjid baru
      dibina, bangunan perniagaan awam &dll
   b) Rukun tetangga:Adakah ada hari keluarga,sambutan maulidur rasul,& dll
   c)Kebajikan masyarakat:Dewan orang ramai percuma untuk kegunaan pelbagai majlis,Sumbangan tuisyen
       untuk anak-anak,Sumbangan untuk anak-anak cemerlang dalam peperiksaan,saguhati untuk
       melanjutkan pelajaran& dll
  d) Keselamatan : Pengawal rukun tetangga untuk mengelakkan kecurian,maksiat dan dll
   e)macam-macam boleh buat lagi kalu pemimpin itu berkualiti dan ambil berat
 
    Jika tidak ada apa-apa sumbangan& perubahan yang baik dan positif baik anda tukar parti atau jika
    parti-parti  yang bertanding tak boleh buat kerja, baik tak payah mengundi.Kita mesti tetapkan kualiti
    kerja pemimpin  tempat kita.Kalau kita tidak keluar mengundi,kita lihat apa reaksi mereka bila
    peratusan keluar mengundi rendah.
 
 
 
 
 

Tuesday, March 15, 2011

Lucu:Ular mati selepas patuk wanita


Ular mati patuk wanita

TEL AVIV - Seekor ular mati selepas ia menggigit payu dara seorang model wanita di Israel, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil bedah siasat yang dilakukan selepas itu mendapati reptilia tersebut mati akibat keracunan silikon.
Sebelum ini model wanita berkenaan, Orit Fox, menjalani pembedahan membesarkan payu dara dengan memasukkan payu dara silikon ke dalam badannya.
Insiden tersebut berlaku di sini baru-baru ini, apabila Fox diarah memegang ular itu dalam satu sesi fotografi. - Agensi

Saturday, February 26, 2011

Antara loghat Utara Dan Kelantan,Yang Manakah Paling Releven?


                          

Di antara loghat utara yang kelantan yang mana lebih relevan?Tentulah loghat utara sebab aku orang utara...hehe..Namun aku harus bersikap adil kerana aku orang Malaysia..Mari kita ikuti penemuan aku tentang kelogikan loghat-loghat ini berdasarkan situasi situasi ini.

Situasi 1

Si Leman dan Si Ali dibesarkan oleh kedua-dua neneknya secara berasingan dari sejak kecik lagi.Si Leman dibesarkan oleh nenek sebelah ibunya yang berasal dari Kedah manakala Si Ali dibesarkan oleh nenek di sebelah ayahnya di kelantan.

Setelah berusia 13 tahun kedua-duanya dijaga semula oleh ayah dan ibu meraka semula di KL.Namun loghat kedua-dua anak itu masih tidak berubah.
Nak dijadikan cerita,suatu hari satu keluarga itu balik kampung untuk bertemu nenek sebelah ibu mereka.

Setelah tiba di kampung halaman,mereka mendapati nenek tidak ada di rumah.Lalu ayah dan ibu menyuruh Leman pergi mencari di Kebun dan Ali mencari di sawah padi.Dengan taat kedua-dua mereka pun menjalankan tugas.

Setelah 10 minit kemudian,Kedua-dua pun memberitahu ayah dan ibu mereka.

kata Ali. "Ali doh gi sawoh . gi gi nenek takdo...
kata Leman"Leman dah pi kebun.Pi pi nenek takdak...

Sorang kata gigi takda sorang kata pipi takda..Yang mana lebih releven gigi takada ke atau pipi tak ada?Ada sendiri yang fikir..hehe

Situasi 2.

Sepasang suami isteri baru berkahwin..Isteri berasal dari Kelantan manakala si suami berasal dari Pulau Pinang.Kedua-duanya baru 3 bulan menjalani kehidupan berumahtangga.

Pada suatu pagi,suami bangun lewat dan ingin bersarapan.

si suami: "Sayang,abang lapar.."
Si Isteri: "abang Gi la makan"

si suami tersentak dengan kata-kata isterinya.

Pada petang itu si suami ingin keluar memancing dan mengajak isterinya bersama-sama.

Si suami : "sayang,Jom keluar memancing"
Si Isteri: "Abang gi la mancing,sayang tak nak"

Si suami tersentak lagi tetapi masih memendam rasa.Dengan perasaan kecil hati dia pun keluar memancing.

Si suami balik sebelum magrib.Selepas waktu isyak,si suami mengajak si isteri menonton TV

Si suami : "sayang jom tengok TV"

dan anda mesti tahu apa yang isteri akan cakapkan ye..hehe

Si Isteri: Abang gi la tengok TV, sayang ada kerja ni"

Kali ini si suami tidak tahan lagi dan menjerkah kepada isterinya

"sayang ini, asyik kata abang gila-gila je dari tadi..Apahal?"

Secara kesimpulannya bahasa kelatan pun tak releven jugak...jangan marah!!!!

Thursday, January 27, 2011

Awas! Penipuan SMS yang lucu

 Hari ini aku suatu mesej yang sangat lucu..Mesej yang ingin memperdaya aku tetapi apabila aku baca nak tergelak aku sebab yang menghantar bodoh agaknya percaya orang yang membacanya akan terperdaya...Mesejnya berbunyi begini...
                                                  
                                                
From: 0178375792
" Ni ayah guna fon polis,tolong bagi top up maxis RM50 ke nombor  baru ayah 0128114817.
  Ayah lgi ada masalah kat balai police.Ta payah call,sekejap bru ayah call.
Aku memang terus tak percaya baca ayat yang ditulis tunggang -langgang...haha.Adakah aku seorang bodoh yang akan percaya dengan membaca ayat-ayatnya?...dan ayah aku tak reti guna sms yer...kalu betu-betul emergency dia akan call and settle sendiri.Aku kenal ayah aku sendiri.
Moral value:
1)kenalilah keluarga anda dengan lebih mendalam
2)belajar BM dengan baik sebelum cuba menipu orang
3)Tak ada duit jangan pakai handphone
4) Menipu itu adalah suatu dosa
P/s: Aku harap semua orang berhati-hati dengan penipuan SMS.Banyak  penipu cuba mengambil peluang untuk memperdaya orang lain.Mungkin mesej yang aku dapat bodoh bunyi,namun ada juga mesej yang boleh membuatkan pembaca terperdaya..Semuanya bergantung kepada kebijakan kita..akhir kata,Awas!!!jangan mudah terperdaya penipuan SMS.Sekian...

Wednesday, January 19, 2011

Duit syiling tabung RM75000 tercicir di tengah jalan

Hari ini ada berita orang tercicir duit syiling  RM75000 di tengah jalan....betulkah????Yang sebenarnya ada sebuah kenderaan Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan menyebabkan duit syiling tercampak keluar daripada peti dan bertaburan merata-rata.Apalagi,orang ramai yang lalu lalang bagaikan berpesta mengutip syiling yang bertaburan.Ramai mat indon dan mat bangla la kalu tengok dalam berita semalam.Kesian bagi balik la...duit tabung berkurun  lama tu..kesian orang yang kemalangan tu...ish2 sia-sia ja menabung...

Namun aku rasa pelik satu macamla...korang tak rasa pelik ke ada orang bawa duit syiling RM75000 dalam satu peti pula tu...syiling yang aku tengok dalam berita tu nampak syiling-syiling baru masih berkilat lagi...Apakah tujuan pemilik kenderaan itu hanyalah Tuhan sahaja yang tahu...Namun ingatlah kalu duit itu bukan dari sumber yang halal macam-macam yang boleh terjadi dan akhirnya duit itu habis atau hilang entah kemana...Kalu ia suatu yang halal ,mungkin ia adalah cubaan dan dugaan..

p/s:Pulanglah balik duit-duit syiling tu pada tuannya..kesian weh kawan dah la accident korang balas pulak syiling dia...ingat Tuhan la...

                         
Tengok baju merah tu sampai terlondeh seluar pun tak sedar..asyik sangat kutip syiling-syiling tu...kutip bang jangan tak kutip...nanti polis kutip balik yer daripada mereka...senang kerja tak payah upah orang tolong kutip...f.o.c


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian

Saturday, January 8, 2011

Lawak Jepun memang kaw kaw



Thursday, December 9, 2010

tips kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga

sekadar lawak aja..jangan jadikan panduan pulak...tetarik bila Johan Raja lawak boleh membawa watak Fadzilah Kamsah dengan baik..mantap...

Budaya Sindir Menyindir - Rumah Sewa [HQ]

video lucu tentang sindir menyindir...tapi ending dia adakah selalu berakhir dengan sesuatu yang baik?watch out...



Friday, November 26, 2010

video lucu dan kreatif :dR. Rozmey hampa dengan kutipan 2 Alam

bukan nk mentertawakan sesiapa tapi videoklip ini amat menarik dan lucu.Harap maaf kepada sesiapa yg berkenaaan.apa yang menarik untuk ditonton adalah idea dan jalan crita ini disampaikan bukan mengutuk mana-mana pihak.saksikan lah video lawak dan kreatif ini..

Friday, November 12, 2010

Iklan Cicak Paling Lucu!!

Wednesday, November 10, 2010

main kening:iklan cadbury versi melayu

lawak giler iklan ni...tontonlah ye:)

Sunday, October 24, 2010

Bola sepak yang lucu

Rehat kejap dari berfikir.Layan bola yang melucukan ini

Tuesday, October 19, 2010

Gula-gula minda:komunikasi@komunis tak kasi