BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, January 19, 2011

Duit syiling tabung RM75000 tercicir di tengah jalan

Hari ini ada berita orang tercicir duit syiling  RM75000 di tengah jalan....betulkah????Yang sebenarnya ada sebuah kenderaan Toyota Hilux terlibat dalam kemalangan menyebabkan duit syiling tercampak keluar daripada peti dan bertaburan merata-rata.Apalagi,orang ramai yang lalu lalang bagaikan berpesta mengutip syiling yang bertaburan.Ramai mat indon dan mat bangla la kalu tengok dalam berita semalam.Kesian bagi balik la...duit tabung berkurun  lama tu..kesian orang yang kemalangan tu...ish2 sia-sia ja menabung...

Namun aku rasa pelik satu macamla...korang tak rasa pelik ke ada orang bawa duit syiling RM75000 dalam satu peti pula tu...syiling yang aku tengok dalam berita tu nampak syiling-syiling baru masih berkilat lagi...Apakah tujuan pemilik kenderaan itu hanyalah Tuhan sahaja yang tahu...Namun ingatlah kalu duit itu bukan dari sumber yang halal macam-macam yang boleh terjadi dan akhirnya duit itu habis atau hilang entah kemana...Kalu ia suatu yang halal ,mungkin ia adalah cubaan dan dugaan..

p/s:Pulanglah balik duit-duit syiling tu pada tuannya..kesian weh kawan dah la accident korang balas pulak syiling dia...ingat Tuhan la...

                         
Tengok baju merah tu sampai terlondeh seluar pun tak sedar..asyik sangat kutip syiling-syiling tu...kutip bang jangan tak kutip...nanti polis kutip balik yer daripada mereka...senang kerja tak payah upah orang tolong kutip...f.o.c


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian

2 comments:

Lyana Mansor said...

kureng kan..mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain...huuhuhuh...

amik r duit tu..wat makan...memang haram!

Mizz F said...

speechless. di mana hati nurani?di mana common sense?