BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, January 5, 2011

Rupa-rupanya ramai yang masuk Islam di luar negara

Jika di Malaysia,kita dikejutkan dengan sebahagian orang melayu yang ingin keluar daripada Islam dan menganut agama lain,akan tetapi hal yang sebaliknya rupa-rupanya berlaku di luar negara.Menurut artikel daripada berita harian sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.Inimenunjukkan sinar Islam masih utuh walaupun musuh-musuh Islam cuba memburuk-burukkan Islam dengan mencetuskan Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.Sebenarnya ini mencetuskan kebimbangan musuh-musuh Islam kerana semakin ramai yang menerima hidayah Allah dan memeluk Islam terutamanya di eropah dan Amerika sendiri.Taktik yang dilakukan oleh musuh Islam dengan mencetuskan Islamophobia sebenarnya memakan diri sendiri.Semakin ramai yang sedang mendalami dan mendekati agama Islam.Kejadian yang sebaliknya terjadi bukan seperti ramalan dan keputusan yang difikirkan oleh musuh-musuh Islam ini.Ini membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T yang maha Bijaksana dan Maha mengetahui.Musuh-musuh Islam mungkin boleh merancang dengan strategi-strategi yang sangat bijak dan tersusun,tetapi keputusannya ditentukan oleh Allah S.W.T.Ternyata mereka cuma hidup dalam tipu daya yang dibuat oleh mereka sendiri.Menyebarkan ketakutan dan keburukan Islam di seluruh dunia,akhirnya tempat sendiri sedang berkembang ajaran Islam.Alhamdulillah...



Di Malaysia,masyarakat melayu patut bersyukur kerana terus dilahirkan sebagai seorang Islam.Ramai orang melayu ingin keluar dari Islam atau Islam atas dasar keturunan sahaja kerana mereka ingin keseronokan dan kebebasan dalam hidup.Mereka tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.Maka rugilah mereka kerana mensia-siakan hidayah percuma dari Allah sejak mereka lahir.Marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali ke jalan Allah.Sesungguhnya Allah akan menerima taubat hamba-hambanya.Manusia memang tidak lepas dari melakukan baik dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.Tetapi Allah memang memahami dan sering memberikan peluang untuk manusia bertaubat sehingga ajal menanti.Hargailah dan beramallah selalu....Syukur..

100,000 peluk Islam di Britain




2011/01/05
Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan


LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.


Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.


Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.


Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.


“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.


“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.


“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”


Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi

0 comments: