BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Wednesday, January 19, 2011

ramai akan sakit mental di Malaysia?


                                                  
masalah sakit jiwa atau gangguan mental atau gila baca sini.....

Betulkan ramai akan mengalami tekanan mental di Malaysia????Akhbar Kosmo ada melaporkan sebanyak 400 227 atau 15.6 % rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di Hospital kerajaan..Dasyatttttttttttt....Adakah angka ini akan meningkat?????....Ramai akan mengalami kemurungan dan tekanan persekitaran yang tinggi...Apa tidaknya dengan suasana sekarang,harga barang naik,kos sara hidup tinggi,masalah keluarga,masalah cinta,masalah lemah pegangan agama dan lain-lain faktor yang membuatkan rakyat Malaysia semakin gila....Masalah ini sukar diatasi kerana masalah psikologi ini sukar untuk dikenalpasti..ada yang memang gila,ada yang kejap-kejap gila kejap kejap tidak dan ada yang gila terpendam...Paling bahaya gila terpendam sebab tiada siapa tahu bila seseorang itu akan bertindak di luar kawalan.
Sebab itu banyak kejadian yang kita tidak sangka tup tup peguam bunuh orang,cikgu belasah budak,datuk rogol cucu,anak bunuh bapa macam-macam lagilagila.kejadian pelik-pelik berlaku kebelakangan ini..Apapun jika kenaikan ini berterusan ia akan dibawah beban penyakit no 2 selepas penyakit jantung menjelang 2020...cuba korang check diri korang adakah anda ada sintom-sintom penyakit gangguan mental..kalu ada silalah berjumpa doktor yang berdekatan dengan segera...jangan doktor pun gila sudahlah...

p/s:aku kadang-kadang nak sakit jiwa juga kat sekolah sebab budak-budak nakal dan semakin mengila...sekolah macam zon tekanan...nak meletus gaklah kewarasan otak ni...Kalu cikgu-cikgu gila barulah tiada siapa nak ajar anak-anak korang...padan muka









Bilangan pesakit mental meningkat

BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan

--------------------------------------------------------------------------------


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.

"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.

Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.

0 comments: