BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, January 8, 2011

Dugaan di awal perkahwinan

                                  


Semenjak 4 bulan aku mejalani kehidupan rumah tangga ni...sememangnya dugaan dan cabaran datang bertalu-talu tanpa menunjukkan simpati...macam-macam terpaksa aku hadapi...kendurilah,maslah kewanganlah,isteri mengandunglah,isteri tak dapat tukarlah  dan macam-macam lagi...itu yang tak masuk masalah remeh temeh lagi...kunci kereta hilang tercicir,line telefon kena potong(tetiba) kt sarawak, dan etc...Kadang-kadang rasa 'down' sangat..berserabut hidup aku skang.dahlah risau keadaan isteri dan anak yang jauh di sana...Tapi apa boleh buat,nak tak nak terpaksa aku tempuh jua...Alhamdullilah keadaan semakin baik skang...masalah tetap datang tapi tidak  bertimpa-timpa macam masa cuti lalu..

Hari ini isteri aku call kata dia mengidam kerepek...nak buat makan ringan-ringan kt sana..nak cari kat sarawak susah.Tambahan pula dengan keadaan dia sarat mengandung.Tadi aku dah beli kat tesco...skang tinggal nak post sahaja...isteri dan anak punya pasal aku carikan juga lah...

Tiket air asia pun aku dah tempah raya cina ni...aku pergi sarawak..atas sebab-sebab keselamatan,aku cadangkan isteri aku stay kat sana,aku sahaja yang pergi sana..Tambahan pula sekolah isteri aku cuma cuti  4 hari sahaja..harga tiket agak mahal.Aku habis RM521 semata-mata untuk tambang sahaja.

Kebanyakan masalah yang datang skang ini adalah MoNEy....Banyak juga duit aku pakai untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang datang...So,aku cadangkan kumpul duit banyak-banyak dahulu baru lah merancang perkahwinan.Aku rasa aku boleh bertahan kerana aku ada sedikit wang simpanan.Yang itu banyak menolong aku di dalam kecemasan.Family aku dan isteri  pun  banyak support gak...


Harap-harap sinar akan akan muncul kembali membawa rezeki dan kebahagiaan kepada kami sekeluarga..Insyaallah aku akan teruskan perjuangan mempertahankan dan melindungi rumahtangga aku sebaik mungkin...Doakan aku sentiasa sabar dan tabah menempuh segala dugaan ini,Sesungguhnya aku memerlukan semua itu sebenar-benarnya..

0 comments: