Ternyata terdapat rombakan yang besar dalan pendidikan pada tahun ini apabila banyak subjek baru diperkenalkan di sekolah rendah.Salah satu subjek yang diperkenalkan adalah pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial ( PEERS)yang berkuatkuasa pada tahun ini(2011).Subjek ini adalah bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada pencabulan secara nyata dan diam oleh golongan dewasa.Murid-murid sekolah rendah akan diajar bahagian-bahagian tubuh yang tidak boleh dipegang dan harus dilindungi daripada sentuhan orang lain.
Pada pendapat saya,idea perlindungan kanak-kanak daripada pencabulan ini sangat baik cuma cara pelaksanaannya perlu diperbaiki.Pertama sekali,subjek ini pastinya tidak begitu berkesan jika disampai oleh guru-guru sekolah.Pilihan yang terbaik menjalankan tugas ini adalah kaunselor sekolah kerana matapelajaran ini lebih kepada perkhidmatan kaunseling dan guru adalah hanyalah difokuskan kepada akademik.Bilangan kaunselor seharusnya ditambah.Kerana nisbah kaunselor kepada pelajar adalah terlalu jauh iaitu 1:300(berdasarkan sekolah saya).
Seterusnya,subjek ini merupakan sesuatu yang 'taboo' dalam masyarakat kita dan tidak sesuai guru dibebankan dengan perkara-perkara yang begitu sensitif .Tambahan lagi yang berkaitan seksual.Ini terpesong dari hala tuju pendidikan.Apakah matlamat utama pendidikan di sekolah?Adakah guru-guru sekarang perlu pula mengajar bagaimana kanak-kanak memelihara maruah mereka dan bagaimana seorang perempuan dan lelaki menjaga dan mempertahankan 'teruna' dan 'dara'.
Ternyata Pendidikan sudah menjadi 'rojak pasembor'.Apa-apa masalah dan kelemahan yang wujud dalam masyarakat akan difokuskan ke dalam bidang pendidikan.Sekolah bukan mesin untuk menyelesaikan masalah dalam masyarakat.Tetapi apakan daya jalan mudah adalah meletakkan semua masalah di pihak pendidikan.Senario campur tangan politik dalam pendidikan sebenarnya banyak membingungkan pihak sekolah.Apa tidaknya banyak sangat penukaran,pemansuhan ,penambahan sesuatu perkara dalam pendidikan negara.Contoh yang jelas Pemansuhan PPSMI,Pemansuhan PMR,Program Satu murid satu Sukan , program 4M di sekolah rendah dan penambahan beberapa subjek baru seperti (PEERS) dan sejarah.Ada hanya dirancang dalam tempoh satu tahun sahaja iaitu pada 2010 dan akan diperkenalkan dalam masa terdekat ini tanpa dibuat penyelidikan yang mendalam.Apa yang mengecewakan sehingga kini ada beberapa program tidak ada hitam putihnya sedangkan aktiviti persekolahan 2011 sudah pun bermula.
Ternyata apa yang diharapkan oleh masyarakat terlalu tinggi terhadap pendidikan.Guru-guru sekolah bukan 'tukang majis' dan bukan ada kuasa 'superpower' untuk membantu menyelesaikan segala permasalahan di luar sana.Semua individu perlu berfikiran rasional bahawa penyelesaian yang terbaik adalah mengukuhkan institusi keluarga dan kemasyarakatan itu sendiri.Banyak penyelesaian yang boleh dilakukan contohnya memperkukuh kawalan sosial,penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan dalam masyarakat,rukun tetangga
dan undang-undang yang ketat.
Pendidikan di sekolah cuma dapat membantu dalam mendidik dan memberikan ilmu pengetahuan.Tidak lebih daripada itu.Pendidikan tidak dapat menghalang seseorang daripada melakukan jenayah,melindungi diri dan mencegah seseorang melakukan kejahatan di luar sana.Jawapannya ada dalam individu itu sendiri.Seseorang individu boleh bertindak mengikut situasi dan keadaan.Bukan bermakna apabila seseorang kecil itu baik apabila dewasa itu akan baik.Manusia boleh berubah bila-bila masa mengikut akal dan nafsunya.
Justeru itu sekolah bukan yang jelas difokuskan.Sebaliknya nilailah kembali institusi masyarakat dan undang-undang sedia ada..Adakah anda mengenal jiran-jiran anda?adakah setiap malam anda bertugas sebagai rukun tetangga?adakah institusi kekeluargaan masyarakat kini kukuh?adakah undang-undang Islam patut diperkenalkan?Adakah ilmu pengetahuan menandingi hiburan?Adakah nilai-nilai murni diamalkan?
Marilah bertatih membentuk semula institusi rukun tetangga dan membetulkan kembali 'kawalan sosial masyarakat dahulu' dan menolak budaya 'bebas' masyarakat barat.Perkukuhkanlah budaya ketimuran dalam masyarakat.Semoga kita tidak akan runtuh dalam ketamadunan moden yang sedang kita bina.

0 comments:
Post a Comment