BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Thursday, August 18, 2011

Lepas Mentega,Sos Pula Ada Babi

Selepas mentega golden churn diistiharkan haram,kini sos pula dikesan mengandungi DNA babi berikutan kajian yang dilakukan JAKIM ke atas sampel sos jenama tertentu.Berdasarkan laporan harian metro,sos berkenaan adalah dari keluaran keluaran HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company.Sos jenama ini sering digunakan di hotel-hotel dan restoran makanan segera seluruh negara.Berikut merupakan  gambar sos-sos jenama pengeluar berikut.


sos keluaran HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company

logo pada botol sos tersebut


elak guna sos ini buat sementara sehingga mendapat pengesahan muktamad daripada Jakim.


Sos ada DNA babi
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), bertindak menghantar notis pemberitahuan kepada Persatuan Hotel Malaysia dan syarikat makanan segera berhubung penemuan Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam sos jenama HP Souce dan Tabasco, sejak bulan lalu.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff, yang dihubungi wartawan Harian Metro berkata, pihaknya sudah menghantar notis peringatan memaklumkan kepada pengamal industri makanan yang menggunakan sos jenama berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, aspek penguat kuasaan belum dijalankan berikutan pihaknya sedang melakukan beberapa siasatan terakhir sebelum menguatkuasakan larangan penggunaan dua jenis sos jenama terkenal itu.

“Kami belum memuktamadkan penguat kuasaan larangan itu, namun surat makluman mengenai penemuan DNA babi itu sudah diedar kepada pihak terbabit termasuk rangkaian hotel dan restoran makanan segera.

“Kami sedang menunggu arahan pihak atasan Jakim mengenai tindakan selanjutnya bakal diambil terutama dalam menguat kuasakan larangan itu,” katanya. Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan sidang media khas sebaik segala siasatan berhubung larangan penggunaan sos jenama berkenaan selesai kelak.

Difahamkan, Jakim sudah mengambil sampel produk berkenaan untuk dihantar sebanyak dua kali ke Jabatan Kimia Malaysia sebelum ia disahkan terdapat DNA babi di dalamnya.


Persoalan timbul apabila pemilik jenama HP Sauce and Tabasco, HJ Heinz and Mclhenny Company, menyangkal dakwaan kedua-dua jenama itu tidak disahkan halal.

Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata, kedua-dua jenama itu mematuhi sepenuhnya garis panduan kawal selia oleh badan pensijilan masing-masing.

Wednesday, August 17, 2011

Anakku Farish dah pandai bersembang

Rindunya kepada anakku Farish Zuhayr yang berada di Sarawak yang tinggal bersama ibunya kerana terpaksa menjalankan tugas...Video ini adalah ubat rindu aku padanya...dah pandai nak bersembang dah Farish....Moga Farish dan isteriku dilindungi Allah dan selamat sejahtera...
 
video
 
P/s:Bila Farish dan isteriku nak balik sini...lambatnya....

Banyak Tonton tv boleh pendek nyawa?

Benarkan banyak tonton TV boleh memendekkan nyawa?...Ikutilah artikel yang saya baca di harian metro ini....




LONDON: Menonton televisyen selama enam jam sehari boleh mengurangkan jangka hayat selama lima tahun.Kajian yuang dilakukan di Australia dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan di Britain menunjukkan, setiap satu jam masa dihabiskan untuk menonton televisyen selepas usia 25 tahun boleh mengurangkan jangka hayat selama 22 minit.

Menurut seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Lennert Veerman dari Universiti Queensland berkata: “Kesan menonton televisyen untuk jangka masa lama adalah sama dengan kesan terhadap merokok dan obesiti.


“Ketika kadar merokok sudah berkurangan, menonton televisyen tidak menunjukkan perkembangan itu. Ia memberi kesan besar terhadap populasi,” katanya.

Tahun lalu, satu kajian yang dilakukan di Australia mendapati tempoh sejam yang dihabiskan untuk menonton televisyen membawa kepada 8 peratus peningkatan terhadap ancaman mati awal.

“Kami menggunakan kajian itu dan menterjemahkannya kepada kesan jangka hayat di Australia berdasarkan berapa lama kita menghabiskan masa menonton televisyen.


Penduduk Australia menghabiskan masa kira-kira dua jam untuk menonton televisyen.

Kesannya, jangka hayat mereka berkurangan 1.8 tahun bagi lelaki dan 1.5 tahun untuk wanita, menurut kajian itu. - Agensi

P/s:Terfikir pula,kalu banyak melayari intenet,main PS 2,tgk wayang,tambah pendek lagikan nyawa kita....Apapun ajal adalah ketentuan Allah.Ini semua kajian barat hanyalah boleh dibaca semata-mata.

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Quran:Dekatkan diri membaca Al-Quran

Alhamdullilah kita dapat menyambut hari Nuzul Quran.Apakah hari Nuzul Quran? Adakah ia sekadar cuti umum yang membuatkan kita gembira sahaja?Saya rasa itulah jawapan dari 'hati' kebanyakan orang di zaman kegelapan ilmu ini.Zaman di mana muzik  dan hiburan diagungkan dan menjadi makanan minda anak-anak muda remaja.Tidak ketinggalan pakcik-makcik  'kilauan emas' yang gemar menyanyi daripada mendendangkan ayat-ayat Al-Quran.

Disini saya ingin berkongsi sejarah ringkas Nuzul Al-Quran kepada pembaca.






Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.    (Sumber wikipedia)


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,marilah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran dan memperbanyakan bacaan kerana pahala membaca Al-Quran dilipat gandakan.Sesungguhnya peluang ini hanya tiba dalam setahun sahaja.Gunakanlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk beramal bersungguh-sungguh di bulan yang penuh barakah ini.Semoga kita mati dalam keadaan beriman.

Bagi yang jarang mendekati Al-Quran, apatah lagi tidak lancar membacanya,ambillah peluang ini dan bertatihlah membacanya....Cubalah membaca sekurang-kurangnya satu muka surat dengan bantuan sahabat-sahabat yang lebih pandai...Jadikan azam untuk berjaya dalam membaca Al-Quran.Janganlah malu dan terus membiarkan diri anda jauh dari Al-Quran....Sesungguhnya rugilah anda di dunia dan akhirat kerana Al-Quran membawa petunjuk yang benar ke jalan Allah S.W.T.

P/s:Al-Quran merupakan pemberian Allah yang menunjukkan Kasih SayangNya dan RahmatNya kepada hamba-hambaNya.Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan manusia bersendirian di muka bumi yang penuh cabaran dan dugaan ini tanpa arah dan panduan menuju ke jalanNya iaitu melalui Al-Quran.Kita patut bersyukur dengan pemberian yang tidak ternilai ini dan menjadikannya sebagai panduan untuk menempuh hidup ini sehingga sampai waktu kita bertemu Allah S.W.T

Tiket air Asia:tambang murah atau cekik darah?

 
Aku kurang berpuas hati dengan harga tiket  yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini....mahal tahap gaban...cekik darah pun ada.Yelah bagi aku penerbangan ni dah jadi keperluan sebab anak dan isteri aku ada di Sarawak.Kalau tiket dah 1/4 gaji pokok aku ,tak ke teruk papa aku dibuatnya.
 
Aku kurang pasti kenapa harga tiket terutamanya hujung minggu atau di minggu-minggu perayaan atau cuti umum ,harga tiket melambung tinggi daripada biasa.Contohnya harga tiket ke sarawak pada minggu-minggu biasa adalah dalam lingkungan RM100-RM200 dalam satu perjalanan sehala.Mengapa bila tiba minggu cuti umum dan perayaan harga tiket melambung tinggi sehingga RM500-RM600 satu hala.
 
Di sini persoalan yang ingin aku bincangkan,mengapa tidak ada suatu kadar tetap tambang sehala dari dan ke sesuatu destinasi?Contohnya RM150 perjalanan sehala Penang-Sarawak...Harganya tetap dan tidak berubah-berubah seperti sekarang.Sama seperti yang ditetapkan oleh syarikat bas dan keretapi ,harga tambangnya ke sesuatu destinasi telah ditetapkan tidak kira telah ditempah awal mahupun  pembelian saat-saat akhir.
 
Sebab itu aku rasa sesebuah syarikat penerbangan boleh memperolehi keuntungan yang maksimum.Tindakan syarikat penerbangan ini tidak ubah macam' Ulat tiket puduraya'...Bezanya mereka lebih profesional dalam 'mencekik darah' pengguna.Tindakan mereka ini 'dihalalkan' oleh pihak berkuasa yang buat-buat buta matanya dan mengangguk tanda mengizinkannya.
 
Jika 'ulat puduraya' ditangkap kerana menjual harga tiket bas mahal sedikit daripada asalnya,mengapa tidak ditangkap 'jerung kapal terbang' yang kaedah dan modus operandinya sama dengan ulat berkenaan.Mengapa tiada suatu penetapan harga bagi sesuatu destinasi dan Mengapa apabila menjelang perayaan dan cuti sekolah harga tiket melambung tinggi daripada biasa....Adakah ini tindakan yang wajar?
 
Jika berniaga semua orang nak buat untung...Tapi adakah wajar keuntungan yang diperolehi adalah hasil daripada mencekik darah saudara sesama manusia sendiri.Bertimbang rasalah dalam perniagaan...Tak rugi kalau perniaagaan itu atas dasar membantu sesama manusia,untung dapat ,pahala pun dapat.Semua orang 'win win'.
 
 

Tuesday, August 9, 2011

Isu Guru:Sistem penghambaan alaf baru?

Jika ditanya  tentang isu guru ,tidak lain dan tidak bukan adalah bebanan kerja yang ditanggung oleh guru...Namun isu ini dipandang sepi oleh KPM disebabkan kepentingan diri organisasi berkenaan.
Saya ingin bertanya kepada anda semua, apakah pekerjaan yang membuat bermacam-macam jenis kerja..Jawapannya hanya satu Guru...Kekadang tugas guru melebihi tugas seorang kerani data,budak pejabat dan melebihi tugas Ibu dan Bapa.Apa tidaknya asyik-asyik 'key in' maklumat data ke dalam komputer itu dan ini...Apakah guru tidak ada tugas lain terutamanya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam urusan P&P...

Yang peliknya guru kena buat macam-macam kerja.Tapi dalam LNPT semua tugas  sampingan yang dijalankan tidak dikira melainkan tugas yang berkaitan P&P dan tugas utama....Persoalan yang ingin saya ajukan adalah adakah tugas-tugas remeh dan sampingan jika tidak dilakukan akan dikenakan tindakan?
Sebenarnya mungkin wujud individu dan kumpulan yang ada "hasad dengki" dengan tugas guru dalam KPM. Saya ada dengar ada yang dengki guru balik awal  pukul 2 ptg dan banyak cuti jika dibandingkan dengan penjawat awam yang lain.Kenapa perlu dengki?Sedangkan bebanan tugas guru lebih banyak daripada penjawat awam yang lain.Kenapa tidak dengki dalam menjalankan banyak tugas?

Sebab itu,golongan guru kena memperkemaskan tugas dengan memantapkan dokumentasi kerja.Apa sahaja tugas yang dijalankan, catatkan dan rekod dalam satu senarai peribadi dan diakhir nanti bila nak hantar LNPT lampirkan...Dengan ini kita ada bukti dan rekod tugas sampingan yang dijalankan disamping tugas utama.Nak melawan "pendengki guru "ini hanyalah dokumentasi.Bila cakap mulut kemungkinan mereka akan menang sebab mereka berselindung dibelakang "big boss" mereka.

Guru sepatutnya bersedia dengan "Transformasi bukan-bukan" yang dicipta oleh golongan tertentu semata-mata untuk capai kepentingan mereka.Dengan memantapkan dokumentasi,para guru ada 'point' yang kuat untuk menafikan putar belit mereka.

Tugas sampingan yang saya jalankan selai tugasan P&P
 
Bil
Aktiviti/ Tugas Rasmi
Tarikh
Tempat
1.
Bendahari PIBG 2011/2012
Jan 2011-Feb 2012
(2 tahun)
SMKHZA
2.
Guru kelas 3 Cekal
Januari-November    2011
SMKHZA
3.
Mengiringi dan Menguruskan Pasukan
bola sepak untuk menyertai Perlawanan
persahabatan Bersama Sekolah Pendidikan khas persekutuan
    20 Januari 2011
SMK Pendidikan
khas
persekutuan
4.
Mengiringi dan menguruskan pasukan
bola sepak untuk pertandingan bola sepak 7 sebelah Perpaduan peringkat
Pulau Pinang
12 Februari 2011
USM
5.
Mengiringi  dan Menguruskan pelajar  untuk Pertandingan Bola sepak MSSPP  15&18 TKB Peringkat Zon Kelawai
5,6,7,8,9 Mac 2011
Penang Free
School &
Smk Pendidikan Khas
6.
Pegawai Sukan Olahraga MSSPP peringkat  Zon Kelawai & Balik Pulau
2011
28,29,30 & 31 Mac 2011
Stadium
USM
7
Mewakili Pengetua Untuk  penyampaian Anugerah pertandingan laman web sekolah
6 April 2011
Dewan
Millenium
Kepala Batas
8.
Pengawai Sukan Olahraga MSSPP
peringkat Pulau Pinang  2011
12,13,14 & 15 April
2011
Stadium
Bandaraya
9.
Mengiringi dan Menguruskan Para pelajar yang mewakili zon kelawai untuk Pertandingan Bola Sepak MSSPP peringkat Negeri 2011
19,20,21 & 25 April  2011
Padang Penang Free School
10.
Kelas Tambahan Sains PMR
April- September 2011





SMKHZA
11.
AJK  Keselamatan Hari merentas desa
SMKHZA 2011
23 April 2011
SMKHZA
12.
Menguruskan dan Mengiringi  para Pelajar Kelab fotografi /KRS  untuk lawatan Sambil belajar ke Taman Rama-rama Pulau Pinang
29 April 2011
Taman Rama-rama
Pulau Pinang
13
Mengiringi pelajar Islam  Sembahyang Jumaat untuk program Konsert Sekolah
13 Mei 2011
Dewan Sri
Pinang
14
Menguruskan dan Mengiringi para pelajar Kelab fotografi/KRS untuk
Program pendakian Bukit Bendera
14 Mei 2011
Bukit Bendera
Pulau pinang
15
Penolong pengurus pasukan rumah hijau Sukan tambahan
Sekolah 2011
16 June 2011
Padang
SMKHZA
16
AJK pengangkutan pelajar ke
Sukan tahunan sekolah 2011
24 June 2011
USM
17
AJK Jurugambar larian 1M1S
2 Julai 2011
Padang SMKHZA
18
AJK Jurugambar  Hari bertemu Ibubapa
2 Julai 2011
Kantin
Sekolah
19
AJK jurugambar Hari ucapan dan
Penyampaian
21 Julai 2011
Kantin
Sekolah
20
Bendahari Hari Kantin Sekolah
30 Julai 2011
SMKHZA
21
AJK Penceramah  program Ilhya Ramadan 2011
8-9 Ogos 2011
SMKHZA
22
Pegawai PPSMI Sekolah 2011
Ogos-disember
SMKHZA



































































Ini belum lagi aku  letakkan list tugasan P&P aku...Kalau aku letak jangan pulak terkejut.Aku cabar penjawat awam yang lain dokumentasikan senarai tugasan mereka...aku cuma ingin tahu adakah tugasnya sama banyak dengan guru..Semoga Allah selamatkan guru-guru di Malaysia...Amin