BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, August 16, 2011

Tiket air Asia:tambang murah atau cekik darah?

 
Aku kurang berpuas hati dengan harga tiket  yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan ini....mahal tahap gaban...cekik darah pun ada.Yelah bagi aku penerbangan ni dah jadi keperluan sebab anak dan isteri aku ada di Sarawak.Kalau tiket dah 1/4 gaji pokok aku ,tak ke teruk papa aku dibuatnya.
 
Aku kurang pasti kenapa harga tiket terutamanya hujung minggu atau di minggu-minggu perayaan atau cuti umum ,harga tiket melambung tinggi daripada biasa.Contohnya harga tiket ke sarawak pada minggu-minggu biasa adalah dalam lingkungan RM100-RM200 dalam satu perjalanan sehala.Mengapa bila tiba minggu cuti umum dan perayaan harga tiket melambung tinggi sehingga RM500-RM600 satu hala.
 
Di sini persoalan yang ingin aku bincangkan,mengapa tidak ada suatu kadar tetap tambang sehala dari dan ke sesuatu destinasi?Contohnya RM150 perjalanan sehala Penang-Sarawak...Harganya tetap dan tidak berubah-berubah seperti sekarang.Sama seperti yang ditetapkan oleh syarikat bas dan keretapi ,harga tambangnya ke sesuatu destinasi telah ditetapkan tidak kira telah ditempah awal mahupun  pembelian saat-saat akhir.
 
Sebab itu aku rasa sesebuah syarikat penerbangan boleh memperolehi keuntungan yang maksimum.Tindakan syarikat penerbangan ini tidak ubah macam' Ulat tiket puduraya'...Bezanya mereka lebih profesional dalam 'mencekik darah' pengguna.Tindakan mereka ini 'dihalalkan' oleh pihak berkuasa yang buat-buat buta matanya dan mengangguk tanda mengizinkannya.
 
Jika 'ulat puduraya' ditangkap kerana menjual harga tiket bas mahal sedikit daripada asalnya,mengapa tidak ditangkap 'jerung kapal terbang' yang kaedah dan modus operandinya sama dengan ulat berkenaan.Mengapa tiada suatu penetapan harga bagi sesuatu destinasi dan Mengapa apabila menjelang perayaan dan cuti sekolah harga tiket melambung tinggi daripada biasa....Adakah ini tindakan yang wajar?
 
Jika berniaga semua orang nak buat untung...Tapi adakah wajar keuntungan yang diperolehi adalah hasil daripada mencekik darah saudara sesama manusia sendiri.Bertimbang rasalah dalam perniagaan...Tak rugi kalau perniaagaan itu atas dasar membantu sesama manusia,untung dapat ,pahala pun dapat.Semua orang 'win win'.
 
 

0 comments: