BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Tuesday, August 16, 2011

Nuzul Quran:Dekatkan diri membaca Al-Quran

Alhamdullilah kita dapat menyambut hari Nuzul Quran.Apakah hari Nuzul Quran? Adakah ia sekadar cuti umum yang membuatkan kita gembira sahaja?Saya rasa itulah jawapan dari 'hati' kebanyakan orang di zaman kegelapan ilmu ini.Zaman di mana muzik  dan hiburan diagungkan dan menjadi makanan minda anak-anak muda remaja.Tidak ketinggalan pakcik-makcik  'kilauan emas' yang gemar menyanyi daripada mendendangkan ayat-ayat Al-Quran.

Disini saya ingin berkongsi sejarah ringkas Nuzul Al-Quran kepada pembaca.






Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.    (Sumber wikipedia)


Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,marilah kita mendekatkan diri dengan Al-Quran dan memperbanyakan bacaan kerana pahala membaca Al-Quran dilipat gandakan.Sesungguhnya peluang ini hanya tiba dalam setahun sahaja.Gunakanlah peluang yang diberikan oleh Allah untuk beramal bersungguh-sungguh di bulan yang penuh barakah ini.Semoga kita mati dalam keadaan beriman.

Bagi yang jarang mendekati Al-Quran, apatah lagi tidak lancar membacanya,ambillah peluang ini dan bertatihlah membacanya....Cubalah membaca sekurang-kurangnya satu muka surat dengan bantuan sahabat-sahabat yang lebih pandai...Jadikan azam untuk berjaya dalam membaca Al-Quran.Janganlah malu dan terus membiarkan diri anda jauh dari Al-Quran....Sesungguhnya rugilah anda di dunia dan akhirat kerana Al-Quran membawa petunjuk yang benar ke jalan Allah S.W.T.

P/s:Al-Quran merupakan pemberian Allah yang menunjukkan Kasih SayangNya dan RahmatNya kepada hamba-hambaNya.Sesungguhnya Allah tidak meninggalkan manusia bersendirian di muka bumi yang penuh cabaran dan dugaan ini tanpa arah dan panduan menuju ke jalanNya iaitu melalui Al-Quran.Kita patut bersyukur dengan pemberian yang tidak ternilai ini dan menjadikannya sebagai panduan untuk menempuh hidup ini sehingga sampai waktu kita bertemu Allah S.W.T

0 comments: