Tidak sangka sungguh kek lapis yang popular di Sarawak kini dah jadi najis berat.Bukan semua kek lapis ,cuma yang menggunakan mentega golden churn sahaja yang haram.Ini berikutan penemuan DNA babi dalam mentega tersebut oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan Johor.
Lepas ini aku rasa was-waslah nak beli kek lapis Sarawak dah...Selalu beli kat Dayang Salhah.Tak tahu dibuat guna mentega tersebut atau tidak.Harap-harap tidaklah.
Apapun kepada pengusaha kek lapis yang beragama Islam wajiblah bertukar kepada mentega yang halal setelah dapat tahu perkara ini.Kalu dah terpakai butter itu tanpa pengetahuan sepatutnya kita maafkan mereka.Perkara tentang golden churn ini kita semua baru tahu.Kalu ada kek lapis yang dah dibuat...lupuskan sahaja dan jangan terus dijual kepada pengguna.Wajib samak semua peralatan membuat kek lapis.Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang Islam.Jangan kerana duit anda nak menanggung dosa .
Apa pun benda dah terjadi...buang yang keruh,ambil yang jernih.Jom support kek lapis Sarawak semula...Dengan itu kita dapat bantu memajukan saudara Bumiputera Islam kita di sana.
Janganlah kerana nyamuk kelambu hendak dibakar.Pastikan kita beli kek lapis yang kita tahu pengusahanya Islam...Insyaallah selamat.........
golden churn butter haram ada DNA babi
Jom Support semula kek lapis sarawak ...
KUCHING: Industri kek lapis Sarawak yang sebelum ini menjana pendapatan tinggi usahawan bumiputera wanita negeri ini serta sinonim dengan imej pelancongan Sarawak kini berdepan masa depan yang gelap sehingga ada menghadapi prospek gulung tikar.
Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit berkata, walaupun jaminan sudah diberi mereka tidak menggunakan 'Golden Churn Creamy Butter' tetapi pelanggan masih mempunyai persepsi negatif terhadap produk keluaran mereka.
Beliau berkata ada peniaga yang sanggup menyamak peralatan membuat kek lapis mereka bagi mengembalikan keyakinan pelanggan namun masih gagal untuk menyakinkan pelanggan Islam.
"Semalam seorang pengedar kek lapis Sarawak dari Selangor menghubungi saya menangis kerana diugut oleh seorang pelanggan yang menyatakan bahawa kek lapis Sarawak adalah kek babi dan sesiapa menjual akan dipenjarakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. -Bernama

0 comments:
Post a Comment