BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Haram Jual-beli Cicak Tokek

Apakah hukum jual-beli cicak tokek?Ramai antaranya orang islam yang cuba menangkap dan memelihara cicak tokek semata-mata ingin menjadi kaya dan bergelar jutawan.Cicak tokek mempunyai nilai pasaran yang tinggi berikutan kepercayaan dapat menyembuhkan penyakit Aids.Namun begitu,bolehkah orang Islam menceburi bisnes jual beli cicak tokek?halal atau haram?Ikutilah hujah-hujah dibawah yang saya rasa boleh menjelaskan halal atau haram bisnes cicak tokek.



 

Cicak tokek menjadi buruan berikutan nilai pasaran yang tinggi

Haram kata mufti Perak

"Menjual benda haram adalah haram" Kata Mufti Perak Tan Sri Harussani zakaria ketika dihubungi harian Metro ,semalam.

Beliau mengulas berhubung muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-95 Jun lalu,yang memutuskan hukum memakan dan berubat menggunakan cicak tokek atau gecko adalah haram.

"Bukan saja jual,malah bela pun tak boleh.Justeru saya nasihatkan mereka supaya menjauhinya," katanya .

Belum ada pengesahan sehingga kini  dari Kementerian Kesihatan bahawa cicak tokek dapat menyembuhkan penyakit Aids.

Ia haram dimakan kerana tergolong dalam kategori haiwan menjijikkan(khabis) dan beracun- laman web JAKIM

Sumber:Jauhi cicak tokek.Harian metro.Jumaat,15 Julai 2011.m/s 64

 

HUKUM JUAL BELI BINATANG ( TOKEK )




Khutbah jumaat tawau
sumber:http://pemuda-tawau.blogspot.com/2010/04/hukum-jual-beli-binatang-tokek.html

الحمد لله العلي القدير السميع البصير الذي أحاط بكل شيء علما وهو اللطيف الخبير علم ما كان وما يكون وخلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له شهادة نرجو بها النجاة في يوم النشور، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله البشير النذير والسراج المنير صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن على طريقتهم يسير وسلم تسليما.عباد الله أوصيكم ونفسي بتقوى الله
SIDANG JEMAAH YANG BERBAHAGIA,

Nadi bagi sebuah kehidupan Islam ialah ketaqwaan. Keindahan yang mewarnai kehidupan setiap individu muslim juga kerana pancaran ketaqwaannya. Sebuah keluarga, sebuah masyarakat dan sebuah negara pasti dinaungi rahmat dan kesejahteraan jika anggota insan di dalamnya hidup dengan kehidupan taqwa. Orang yang bertaqwa sentiasa memastikan setiap usaha dan hasil pencariannya bersumber daripada rezeki yang halal. Orang yang taqwa sentiasa memastikan pencariannya selamat daripada sumber yang haram seperti hasil yang diperolehi daripada haiwan yang dilarang dan diharamkan disisi Syarak .
معشر المسلمين رحمكم الله

Ada beberapa pendapat tentang hukum serangga, termasuk tokek dan cicak.
HUJAH 1 : Kebanyakan ulama’ menyatakan bahawa serangga adalah haram, ini kerana ia termasuk binatang yang menjijikkan. Pengharaman serangga adalah termasuk dalam keumuman ayat 157 Surah Al A’araf berikut:وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَآئِثَ“Dan ia menghalalkan yang baik dan mengharamkan atas mereka segala yang buruk (menjijikkanBanyak ulama’ menyatakan bahawa standard barang yang menjijikkan ialah berdasarkan pendapat masyarakat umum, bila masyarakat umum menyatakan suatu hal itu menjijikkan maka itu haram, bila kebanyakan mereka menyatakan tidak menjijikkan maka itu halal. Dalam isu ini, semua orang menyifatkan cicak & tokek adalah jenis binatang yang menjijikkan. Melihat sahaja ekornya yang terputus dari badan, sudah ramai yang geli geleman.Dengan demikian, cicak dan juga tokek tidak dapat dikategorikan sebagai hal yang baik (thayyibaat). Bahkan ia termasyk sebagai al-Khabaais.Bahkan Ibnu Hazem Al Andalusi menyatakan dlm (Al Muhalla 7/405) : “Cicak adalah salah satu binatang yang paling menjijikkan.”As Syaukani menyatakan dalam (Nailul Authar 8/200) : “Cicak itu termasuk binatang melata yang mengganggu manusia, dan tokek adalah salah satu spesies darinya yang berbadan lebih besar.”Kesimpulan awalnya, ulama’ telah menegaskan bahwa tokek adalah satu spesies & satu keluarga dengan cicak, dengan demikian hukumnya pun adalah sama.

معشر المسلمين رحمكم الله
HUJAH KE 2: Berkaitan dengan cicak dan tokek, Nabi SAW secara khusus telah memerintahkan kita untuk membunuhnya setiap kali kita melihatnya. Asas kepada hukum yang melibatkan binatang ialah :Binatang yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan, kerana seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan maka tentunya Nabi SAW, tidak akan mengizinkan untuk membunuhnya kecuali setelah proses penyembelihan yang syar'i.معشر المسلمين رحمكم اللهHUJAH KE 3 : Di dalam hadis yang lain dinyatakan pula membunuh cicak dengan pukulan yang pertama lebih banyak pahalanya berbanding pada pukulan kedua dan ketiga. Ini berdasarkan hadis di dalam Sahih Muslim ,Nabi S.A.W. bersabda:مَنْ قَتَلَ وَزَغًا فِى أَوَّلِ ضَرْبَةٍ كُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَفِى الثَّانِيَةِ دُونَ ذَلِكَ وَفِى الثَّالِثَةِ دُونَ ذَلِكَ رواه مسلم“Barang siapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan, maka ia mendapatkan pahala seratus kebaikan, dan bila ia membunuhnya pada pukulan kedua, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu, dan bila pada pukulan ketiga, maka ia mendapatkan pahala kurang daripada itu.” (Riwayat Muslim)PERSOALANNYA sekarang , para pemburu & penggemar tokek pasti akan menyalahi 2 hujah kenabian ini. Apa tidaknya? Bukankah Nabi menyuruh kita membunuh tokek ini ? Tapi penggemar tokek sanggup untuk membina sangkar yang selesa demi memelihara tokeknya. Bahkan tokek ini akan dijamu makanan yang lazat & berzat demi membina tumbesarannya agar melebihi 300 gram ke atas. Hal ini tdk ubah bagai layanan terhadap seorang atlit bina badan pula. Sekali lagi manusia mencabar larangan kekasih Allah sebenarnya.

معشر المسلمين رحمكم الله
HUJAH KE 4 : Tokek termasuk kategori binatang yang jahat @ fuwaisiq. Imam Muslim meriwayatkan :عن سعد بن أبي وقاص :أن النبي [ص] أمر بقتل الوزغ وسماه فويسقا رواه مسلمDiriwayatkan dari sahabat Sa’ad bin Abi Waqqas RA, bahwa Nabi SAW, memerintahkan agar kita membunuh cicak, dan beliau menyebutnya sebagai fuwaisiq (binatang jahat). (Riwayat Muslim)Para ulama’ diantaranya ialah Imam An Nawawi telah menjelaskan bahawa hikmah sebahagian binatang ini digelar dengan (fasiq atau fuwaisiq) adalah dikeranakan binatang-binatang tersebut menyalahi keumuman binatang melata lainnya, dalam hal kehalalan atau larangan membunuhnya. (Nailul Authar 5/80)

Oleh kerana itu para ulama’ menegaskan bahwa setiap binatang yang digelar sebagai binatang fasiq atau fawasiq atau fuwaisiq, Halal untuk di bunuh, baik di tanah halal atau tanah haram, baik ketika sedang berihram atau tidak.
Pada beberapa riwayat lain, antaranya Ibnu Majah menjelaskan mengapa keluarga cicak digelar fuwaisiq :كَانَ يَنْفُخُ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ

“Dahulu cicak itu meniup-niup (api agar semakin marak membakar) nabi Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari)

معشر المسلمين رحمكم الله
Bila penjelasan ini telah dapat diterima, maka dapat disimpulkan bahwa memperjual-belikan tokek, cicak dan yang serupa tidak dibenarkan ataupun haram. Yang demikian itu dikeranakan setiap yang haram, pasti haram pula untuk diperjual-belikan:إنَّ الله إِذَا حَرَّمَ عَلَى قَوْمٍ أَكْلَ شَيءٍ حَرَّمَ عَلَيهِمْ ثَمَنَهُ

“Sesungguhnya bila Allah telah mengharamkan atas suatu kaum untuk memakan sesuatu, pasti Ia mengharamkan pula atas mereka hasil penjualannya.” (Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan dinyatakan sebagai hadits shohih oleh Ibnu Hibban)

معشر المسلمين رحمكم الله
Antara beberapa persoalan tambahan yang perlu direnungi oleh mereka yang berminat menceburi perniagaan Haram ini ialah :1- Sejauhmana kebenaran bahawa tokek ini digunakan sebagai bahan utama untuk penawar penyakit AIDS? Atau ia hanya propaganda yang sengaja digembar- gemburkan untuk memperbodohkan umat Islam. Apabila Islam telah mengaramkannya & Nabi pula mengarahkan agar haiwan ini terus dibunuh, masakan masih ada penawar pada tubuh haiwan ini?

2- Apakah benar ada tokek yang saiznya begitu luar biasa hingga mencapai berat yang heboh diceritakan ? saya khuatir andai saiz dan syarat yang dikenakan oleh pembeli itu adlh syarat yang mustahil untuk disediakan.
3- Adakah benar tokek ini bisa membawa pendapatan yang lumayan, atau ia hanya sekadar cerita-ceria yang bersifat bagai aji no-moto sahaja ? Kalaulah ia bisa kaya, rasanya sudah lama penduduk di Pulau Banggi, di Kudat sana bergelar jutawan, kerana tokek memang banyak membiak disana.. Inilah pendapat yang menurut hemat saya dan sebatas ilmu yang saya miliki, hujah yang paling kuat dalam permasalahan ini. Adalah diharapkan masyarakat Islam di Tawau ini, dapat mengelakkan diri, daripada terlibat dengan aktiviti bisnes yang menghimpunkan pelbagai unsure pengharaman ini. Memang kita digalakkan untuk menceburi sesuatu yang baru. Tetapi, seandainya telah wujud beberapa dalil & hujah yang melarangnya, bererti, perkara tersebut telah menjadi Haram dengan sebab yang mendatang tadi.
Wallahu a’alam bisshowab,


 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Saturday, January 15, 2011

Mengenali Riba Paling Popular Akhir Zaman


Firman Allah

“Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. ” Al-Baqarah :275


:


Riba Al-Qardh popular




RIBA Al-Qardh adalah kadar atau manfaat tambahan yang melebihi jumlah pinjaman pokok berdasarkan kontrak pinjaman awal yang dikenakan oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.

Riba jenis ini boleh dikira paling popular digunakan di kalangan masyarakat kita hari ini dan boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk.


Antaranya, duit berbalas duit yang lebih banyak nilainya atau lebih tepat lagi, pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar melebihi nilai yang dipinjam seseorang.


Sebagai contoh, Ali meminjamkan Ahmad wang sebanyak RM2,000, dengan syarat membayar kembali dengan nilai lebih besar seperti RM2,500 dalam masa tiga bulan.


Sebarang pinjaman yang mensyaratkan pertambahan nilai ketika pembayaran semula dalam tempoh waktu itu adalah riba al-Qardh.


Ini adalah daripada jenis riba dalam kategori nilai kewangan berdasarkan faktor masa atau ‘time value of money’ yang diharamkan di dalam Islam.



Konsep ‘time value of money’ adalah satu nilai kewangan hari ini bernilai lebih pada masa depan.


Ini kerana, jika setiap RM1 digunakan sebagai perumpamaan, ia mungkin boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan keuntungan. (Corporate Finance: Theory and Practice, Aswath Damodaran, John Wiley and Sons, New York, USA, 2001) Bagaimanapun, jika Ahmad memulangkan wang dengan nilai tambah (nilai lebih daripada pinjaman) tanpa sebarang paksaan atau syarat oleh Ali pada awal perjanjian, pinjaman dibuat sepanjang tempoh pinjaman adalah halal lagi terpuji di sisi Islam.


Hal ini pernah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW apabila baginda membelikan unta yang lebih baik daripada apa yang dipinjam oleh baginda dengan meminta sahabat itu tadi membeli seekor unta yang lebih baik lalu berkata: “Sebaik-sebaik antara kamu (peminjam) adalah memulangkannya dalam bentuk yang terbaik.” (Riwayat Al-Bukhari) Namun begitu, hukum haram masih berlaku jika peminjam, iaitu Ahmad walaupun dengan sukarela menawarkan pembayaran semula (repayment) dengan nilai tambah.


Ini kerana Islam tidak menerima campur tangan reda manusia dalam hukum yang berkaitan dengan hak Allah SWT.


Hukuman riba tergolong dalam kategori hak Allah SWT. Justeru, walaupun ditawar oleh peminjam dengan keredaan dirinya, hukum haram adalah tetap serupa, sama ada nilai tambah disyaratkan oleh pemberi pinjam atau peminjam, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan.


Contoh riba Al-Qardh kedua pula adalah pinjaman berbentuk kewangan yang perlu dibayar bersama-sama sesuatu manfaat lainnya.


Sebagai contoh, pemberi pinjaman, Kamil memberi pinjaman RM1,000 kepada Hasan untuk tempoh lima bulan. Namun, sebagai balasan, Kamil mensyaratkan Hasan membantunya menyiapkan tugasannya.


Dalam contoh di atas, bantuan menyiapkan tugasan itu dikira riba kerana tergolong di dalam manfaat lebih yang diraih hasil pemberian pinjaman.


Ia diharamkan oleh Islam kerana ia jelas tindakan menindas yang mengambil kesempatan di atas bantuan pinjaman diberi walaupun tiada jumlah tambahan dalam bentuk wang tunai dikenakan sebagai bayaran semula.


Riba Al-Qardh ketiga pula adalah manfaat berbalas manfaat yang lebih. (bukan dalam bentuk nilai kewangan) Contoh riba jenis ini adalah apabila pemberi pinjaman, Hasan memberi pinjam keretanya kepada Yusuf dengan syarat dia perlu memulangkan kereta itu dengan tangki minyak penuh, padahal ketika pinjaman dilakukan, tangki minyak kereta tidak penuh.


Dalam contoh ini, riba berlaku kerana ia tergolong di dalam hadis pinjaman yang termasuk pulangan lebih yang disyaratkan.


Ia juga tergolong di dalam ‘ijma’ yang disebutkan oleh Ibn Qudamah, kerana manfaat kegunaan kereta dibalas dengan satu manfaat lain yang berbeza dan melebihi manfaat pinjaman itu tadi.


Dalam kes ini, jika pemberi pinjam ingin memperoleh sesuatu keuntungan seperti disebut di atas, dia tidak boleh menggunakan kontrak ‘pinjam’ ketika memberi keretanya, sebaliknya ia mesti menggunakan kontrak ‘sewa’ dengan nilai sewa, setangki penuh minyak.


Melalui cara itu, transaksi dan keuntungan yang diperoleh adalah halal.


Mungkin ada yang keliru disebabkan hasil dan akibat bagi kedua-dua transaksi kelihatan sama, walaupun demikian, ia berbeza di sisi Allah SWT.


Ini kerana pemberian pinjaman wang atau manfaat aset yang tidak dikenakan sebarang upah dan tidak diambil peluang meraih sesuatu manfaat bersifat material akan melayakkan pemberi pinjam untuk menerima gandaan pahala sebanyak 18 kali ganda bergantung kepada tahap keikhlasannya.


Sejurus kontrak ditukar kepada ‘sewa’, ganjaran sedemikian tidak lagi diperoleh oleh pemilik, sebagai gantinya pemilik menerima habuan di dunia berbanding habuan akhirat.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pada malam aku pergi ke syurga (ketika Israk Mi’raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, “Setiap sumbangan sedekah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali, dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali,” lalu aku bertanya: “Wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulia daripada sedekah?” “Jawab Jibrail: Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia masih memiliki (mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan.” (Riwayat oleh Ibn Majah) Al-Jassas menerusi kitab yang ditulis iaitu Ahkam al-Quran menyebut: “Allah menamakannya sebagai qardh (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala kebaikannya, kerana jika ia bukan qardh, maka pemberi pinjam layak mendapat ganjaran (material) darinya.” Contoh riba Al-Qardh yang boleh terjadi pula adalah, hadiah duit berbalas hadiah duit yang lebih banyak.


Riba ini terjadi apabila seseorang individu atau dinamakan sebagai Kamil menghadiahkan wang berjumlah RM100 kepada Hasan dengan syarat dia perlu menghadiahkan Kamil wang sebanyak RM120 bulan depan.


Pemberian ini termasuk di dalam kategori riba Al-Qardh dan tergolong di dalam kategori pemberian pinjam walaupun menggunakan lafaz hadiah.


Penggunaan helah menukar lafaz dan nama tidak mampu mengubah ‘substance’ atau rangka asas kontrak yang sememangnya adalah pinjaman berserta faedah.


Contoh lain riba Al-Qardh pula adalah apabila hadiah yang diberi bersyarat atau dibayar juga dengan hadiah.


Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan balasan sembilan dulang bernilai RM13,000.


Dalam konteks ini, masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.


Namun, jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.


Yang menjadikannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak

Friday, January 14, 2011

Miracle of Allah

Cuba renung pada 3 titik itu dalam masa 10 saat,kemudian halakan pandangan anda pada dinding yang kosong.anda akan nampak imej itu....cubalah



Wednesday, January 5, 2011

Rupa-rupanya ramai yang masuk Islam di luar negara

Jika di Malaysia,kita dikejutkan dengan sebahagian orang melayu yang ingin keluar daripada Islam dan menganut agama lain,akan tetapi hal yang sebaliknya rupa-rupanya berlaku di luar negara.Menurut artikel daripada berita harian sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.Inimenunjukkan sinar Islam masih utuh walaupun musuh-musuh Islam cuba memburuk-burukkan Islam dengan mencetuskan Islamophobia di kalangan masyarakat dunia.Sebenarnya ini mencetuskan kebimbangan musuh-musuh Islam kerana semakin ramai yang menerima hidayah Allah dan memeluk Islam terutamanya di eropah dan Amerika sendiri.Taktik yang dilakukan oleh musuh Islam dengan mencetuskan Islamophobia sebenarnya memakan diri sendiri.Semakin ramai yang sedang mendalami dan mendekati agama Islam.Kejadian yang sebaliknya terjadi bukan seperti ramalan dan keputusan yang difikirkan oleh musuh-musuh Islam ini.Ini membuktikan Kekuasaan Allah S.W.T yang maha Bijaksana dan Maha mengetahui.Musuh-musuh Islam mungkin boleh merancang dengan strategi-strategi yang sangat bijak dan tersusun,tetapi keputusannya ditentukan oleh Allah S.W.T.Ternyata mereka cuma hidup dalam tipu daya yang dibuat oleh mereka sendiri.Menyebarkan ketakutan dan keburukan Islam di seluruh dunia,akhirnya tempat sendiri sedang berkembang ajaran Islam.Alhamdulillah...



Di Malaysia,masyarakat melayu patut bersyukur kerana terus dilahirkan sebagai seorang Islam.Ramai orang melayu ingin keluar dari Islam atau Islam atas dasar keturunan sahaja kerana mereka ingin keseronokan dan kebebasan dalam hidup.Mereka tidak ingin terikat dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.Maka rugilah mereka kerana mensia-siakan hidayah percuma dari Allah sejak mereka lahir.Marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah S.W.T dan kembali ke jalan Allah.Sesungguhnya Allah akan menerima taubat hamba-hambanya.Manusia memang tidak lepas dari melakukan baik dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.Tetapi Allah memang memahami dan sering memberikan peluang untuk manusia bertaubat sehingga ajal menanti.Hargailah dan beramallah selalu....Syukur..

100,000 peluk Islam di Britain




2011/01/05
Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan


LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.


Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.


Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain.


Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya.


“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama.


“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.


“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.”


Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. – Agensi

Saturday, December 25, 2010

Kembalikan hukum jenayah Islam,kembalikanlah hukum hudud


'KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian'



Begitulah sebahagian daripada  artikel yang bertajuk 'Dua Beradik peluk Kekasih' yang dipetik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 25 disember 2010.Sesungguhnya ia membawa impak yang besar,bersedialah maksiat sudah sampai di pintu rumah anda.Jangan terkejut bila anda sedang indah dibuai mimpi, anak-anak anda sedang ligat membuat maksiat bersama pasangan masing-masing di dalam rumah anda sendiri.

Kini,maksiat boleh berlaku bila-bila masa.Tidak perlulah kita melihat di luar rumah,cukuplah  antara adik dan abang,ayah dan anak,datuk dan cucu dan macam-macam lagi boleh terjadi tanpa disangka.Mengapa hal ini berlaku kepada Umat Islam yang suci lagi mulia.

Sebenarnya ia tidak berlaku kepada umat Islam yang beriman,tetapi kepada si fasik yang bertopengkan Islam semata-mata.Mereka merupakan musang berbulu ayam yang menjadi musuh dalam selimut yang akan
merosakkan dan mencemarkan nama Islam di mata masyarakat lain.Warna kulit 'melayu' bukan lambang kepada Islam tetapi adakah sesuatu bangsa itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan Meninggalkan laranganNya.Masyarakat Melayu yang sebenarnya sedang diambang kemusnahan bukannya orang-orang
Islam yang beriman.Janganlah membusukkan nama Islam sedangkan penganutnya bukan yang berpegang teguh kepada ajarannya.

Namun atas dasar sebangsa dan seagama ,wajib golongan beriman membantu golongan yang lemah dan fasik supaya kembali bertaubat.Masalah seks bebas dan masalah sosial cuma satu ubatnya.Kembalilah hukum-hukum jenayah Islam kembalilah hukum hudud.

Hukum hudud adalah  antara tiga hukum dalam hukum-hukum jenayah islam iaitu hukum qisas dan hukum ta'zir.Marilah kita memahami hukum hudud ini.

A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh
( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang


Sesungguhnya inilah hukum-hukum Allah dan wajib kita sebagai umat Islam mengembalikannya.Hukum-hukum ini adalah datangnya daripada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.Justeru itu yakinlah bahawa hukum-hukum jenayah Islam dapat memerangi segala jenayah dan maksiat yang sedang bermaharajalela.Musuh-musuh Islam sedang giat menghalang hukum-hukum ini.Akan tetapi Allah lebih Mengetahui tipu daya dan muslihat mereka.Marilah kita sama-sama berdoa agar hukum-hukum jenayah Islam dikembalikan dan memohon agar keturunan kita,anak cucu kita kekal menjadi golongan beriman yang dapat menepis segala yang dilarang oleh Allah..InsyaAllah..Amin

     

Friday, December 24, 2010

Haram pakai baju samai Santa Claus

Haram pakai baju samai Santa Claus
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim




2010/12/24
JOHOR BAHRU: Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin menasihatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad.


Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian. Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu. Baru-baru ini, saya ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara ini malah ada yang meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus, " katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.


Tahrir berkata, ada sesetengah masyarakat Islam yang bekerja di pusat beli - belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan berkenaan atas kehendak tugas.
Pihak majikan di pasaraya tidak boleh memaksa pekerja mereka memakai topi santa claus ni.Ini boleh mengundang sensitiviti agama.


Pihak atasan organisasi berkenaan seharusnya sedar dan sedia maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam. Mereka sebenarnya boleh mengarahkan pekerja lain dan sebagai contoh pekerja yang beragama Kristian untuk memakai pakaian terbabit, " katanya.

Wednesday, December 8, 2010

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia(sempena Maal hijrah 1432)

Alhamdullilah masyarakat Islam telah melangkah ke tahun baru 1432 hijrah..Bersyukur kerana Malaysia dalam keadaan aman dan sejahteradengan Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Semua masyarakat haruslah berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin kita kerana 10 sebab:
1) Tak ada rakyat Malaysia mati kebuluran(malah makanan ada yang dibuang-buang)
2)taraf kualiti kesihatan yang baik(tiada kes yang penyakit merebak bunuh ramai manusia macam di Negara Haiti
3)Boleh tidur lena malam-malam (tiada ancaman bom macam di Iraq,Afganistan dan korea)
4)tiada ancaman bencana alam yang teruk(macam gunung merapi di Indonesia)
5)tiada yang menganggur(kecuali yang memilih kerja kerana kerja ada di mana-mana)
6)tiada rusuhan dan gaduh-gaduh(semua kaum hidup aman)
7)semua anak-anak dapat pendidikan yang sempurna( merata ada sekolah,cuma nak tak nak saja ke sekolah)
8)kemudahan-kemudahan/infrastruktur yang banyak(mudah ke mana-mana)
9)agama Islam dipertahankan(cuma ada yang patuh ada yang mungkar sahaja)
10)kalu buang sapa-sapa la kat Malaysia gerenti boleh hiduplah lama-lama senang kata..hehe


Namun, setiap kerajaan ada kelemahannya...Apa yang penting perbaikilah dan cari jalan mengatasi
1)maksiat merata-rata
2)dadah
3)buang anak
4)isu harga barang naik
5)rasuah dan penyelewangan
6)miskin bandar

dan macam-macam lagi....

semoga tahun baru ini dapat memberi peluang kita berhijrah ke arah negara Islam yang lebih sempurna akidah moral, tingkahlakunya disamping memajukan pembangunan fizikal dan material

Friday, December 3, 2010

lagi bencana menimpa israel

Siapa kata Israel terlepas dari hukuman Allah...Sesungguhnya Allah memakbulkan doa orang yg teraniaya.Umat Islam teruskan berdoa agar Israel terus diberi pembalasan oleh Allah S.W.T...bebaskan Palestin...





ANGGOTA penyelamat berjalan di celah pokok rentung di luar Kibbutz Beit Oren berhampiran bandar Haifa di utara Israel. Pesawat bomba dari empat negara tiba di Israel untuk membantu melawan kebakaran besar hutan yang sudah meragut sekurang-kurangnya 40 nyawa dan memaksa ribuan penduduk dipindahkan. - Foto Reuters
Dec 3, 2010 9:07 pm


Berpuluh maut dalam kebakaran hutan terburuk Israel


2010/12/03
MEGADIM, Israel: Berpuluh pengawal Israel yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.

Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka. Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering. Apabila api padam, sekurang-kurangnya 36 didapati maut.

“Bencana ini amat besar," kata Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kebakaran itu memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal beberapa kawasan hutan di Israel.

Api masih marak di luar kawalan sehingga tengah malam tadi.
Turki mengenepikan ketengangan baru-baru ini dengan menawarkan bantuan dan Pejabat Netanyahu menyatakan Greece, Sepanyol dan Cyprus bersetuju menghantar helikopter melawan kebakaran.

Bantuan tambahan juga akan dihantar Britain, Russia, Mesir, Azerbaijan, Romania, Jordan dan Bulgaria.

Penyiasat mengandaikan kebakaran itu mungkin bermula secara tidak sengaja atau disengajakan. Namun mereka menolak kemungkinan ia serangan kumpulan Palestin. - AP

Friday, November 26, 2010

Bencana kemarau sudah sampai kepada Israel laknatullah

Sesungguhnya telah datang bencana kepada Israel.Umat Islam teruskan berdoa kepada Allah.Bebaskan Palestin dari penindasan rejim zionis


Pemimpin agama Israel minta hujan





BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, utara Israel pada Rabu lalu.
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.






GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.
Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember.
Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi

Saturday, November 20, 2010

Muslim Univesity first ever in California

Universiti Muslim pertama di California


2010/11/24
Penubuhan tangani kebencian terhadap Islam

BERKELEY: Sebuah universiti Muslim pertama dibuka di California, Amerika Syarikat, bertujuan mengatasi kebencian dan ketidakpercayaan terhadap Islam dengan menonjolkan versi Islam Amerika lebih sederhana.

Walaupun kelas pertamanya hanya mempunyai 15 pelajar dan menyewa blok ruang pejabat daripada kampus Universiti California. Kolej Zaytuna berharap akan menjadi universiti Muslim AS pertama yang diiktiraf, setanding dengan gergasi akademik yang mempunyai kaitan agama seperti Universiti Columbia dan Rutgers. Setiap kumpulan agama yang datang ke AS akhirnya akan sampai ke tahap di mana mereka perlu membentuk sebuah institusi bagi memastikan mereka terus kekal, dan masyarakat kami sudah tiba ke peringkat itu, kata Hamza Yusuf, pengasas bersama Kolej Zaytuna, yang juga sarjana terkemuka mengenai Islam klasik di Barat. Lebih 30 peratus rakyat Amerika percaya Islam menggalakkan keganasan, dan ramai berpendapat agama berkenaan tiada tempatnya di negara Judeo-Kristian itu, menurut tinjauan pendapat terbaru Pusat Penyelidikan Pew.

Perdebatan masih lagi diadakan mengenai kesesuaian penempatan sebuah masjid berhampiran tapak serangan 11 September, 2001 di New York, yang dilihat oleh penganalisis sebagai petanda jelas mengenai syak wasangka AS terhadap Islam.

Pengasas Zaytuna menyatakan diskriminasi yang dihadapi Muslim di Amerika Syarikat tiada bezanya dengan pengalaman Katolik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20, dan hanya masa menjadi penentuan sama ada mereka diterima sepenuhnya.

Pendidikan secara umumnya adalah penyelesaian utama bagi menangani kejahilan, kata Hatem Bazian, pengerusi hal ehwal akademik Kolej Zaytuna, yang juga mengajar di Universiti California, Berkeley.
Program empat tahun itu menawarkan kursus dalam kesusasteraan Islam, perundangan, teologi dan sejarah dan terbuka kepada semua penganut agama, walaupun semua pelajar yang ada sekarang adalah Muslim, daripada pelbagai latar belakang.

Terdapat institusi pendidikan tinggi Muslim lain di Amerika, tetapi Zaytuna berharap akan menjadi yang pertama memperoleh akreditasi dalam kalangan universiti tertinggi. Reuters

Thursday, November 18, 2010

Selamat aidil adha kepada semua....

Masihbelum terlambat untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada semua masyarakat Islam di dunia.Hari raya ini 'spesial'skit sebab pertama kali beraya di rumah mertua...terima kasih tok kerana balas daging korban yang byk dan mak mertua yang menjamukan nasi daging dan kurma daging yang memang enak..trima kasih kepada keluarga baru ku.Bermaknanya hari raya tahun ini....

Thursday, November 11, 2010

Sinar islam di kutub utara

Masjid pertama Kanada di Artik dibuka

Lihatlah Kebenaran Islam...Dimana-mana sahaja di muka bumi ini akan disinari syi'ar Islam walaupun ke tempat yang jarang dihuni oleh manusia.tiada lagi manusia yang tidak pernah mendengar perkataan 'islam'kerana islam sudah sampai ke mana-mana sahaja di pelosok dunia.Cuma persoalannya, sejauh manakah keimanan seseorang insan itu yang mengakui dirinya sebagai islam itu terhadap agama yang mereka anuti.Sesungguhnya kebenaran Islam sudah tersebar luas.Apakah umat islam hari ini bangga dengan bilangan yang ramai tetapi lemah seperti buih-buih ombak ditepi pantai?Marilah kita menjadi mukmin yang berkualiti.

berita harian 2010/11/12



MASJID pertama di Artik ini dilengkapi dapur dan perpustakaan untuk kemudahan jemaah.OTTAWA: Masjid pertama Kanada di Artik dibuka semalam di Inuvik untuk memulakan khidmat sebagai rumah ibadat di kawasan komuniti Islam di sana.

‘Masjid pasang siap’ itu tiba di bandar utara kecil bulan lalu melalui perjalanan 4,000 kilometer (km) melalui darat dan air. Beberapa wartawan termasuk pemberita televisyen Arab menyertai penduduk Islam tempatan untuk majlis pembukaannya. Bilangan penduduk Islam di bandar dengan 4,000 penduduk di Wilayah Barat Laut Kanada itu meningkat sejak beberapa tahun kepada kira-kira 80 orang. Mereka sebelum ini beribadat di dalam sebuah karavan berukuran tiga kali tujuh meter sehingga ia tidak lagi dapat menampung bilangan jemaah.

Masjid baru yang digelar sebagai masjid kecil di Tundra oleh media Kanada itu dihiasi dengan permaidani merah di ruang utama, mempunyai sebuah dapur dan perpustakaan, kata ahli jawatankuasa masjid, Amer Suliman.

“Langit kelabu tetapi lampu dari masjid dan kubah menjadikan ia terang, ia tidaklah terlalu sejuk di luar sana dan tetamu berkumpul di sini,” katanya yang dihubungi.

Bangunan pasang siap itu dibawa dari Manitoba kerana harga bagi buruh dan bahan adalah lebih rendah berbanding di bahagian utara Kanada. – AFP

Kehidupan Tuan Guru Nik Aziz setiap hari Jumaat

sejuknya mata memandang pemimpin seperti ini.kaya dengan ilmu,bersederhana dalam kehidupan dan menolak kepentingan dan kekayaan dunia..Kepimpinan yang mencontohi kepimpinan Rasullullah S.A.W.Doakan pemimpin begini lahir lebih ramai lagi dan aku doakan Allah memberkati Tuan guru di dunia dan akhirat.

Sorry bukan menyokong pas.Tapi Gunalah mata dan akal,Lihatlah perbezaan diantara pemimpin-pemimpin ini dan rujuklah Al-quran dan Sunnah.Pilihlah kepimpinan Islam itulah keutamaan.

Tuesday, November 9, 2010

Penjaga Kaabah meninggal dunia

metro,9 nov2010

MAKKAH: Penjaga kunci Baitullah, Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi (gambar), 82, meninggal dunia lewat kelmarin.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Maalla selepas disembahyangkan di Masjidil Haram.


Keluarga Al-Sheibi menjadi penjaga kunci Kaabah sejak zaman jahiliah lagi.


Ia diwarisi anggota tertua dalam keluarga itu dan tidak diturunkan daripada bapa kepada anak. Faktor usia menjadi asas utama dalam mewarisi tugas itu. Semua pemerintah Islam menghormati keluarga Sheikh Abdulaziz sebagai penjaga Kaabah dan kunci rumah Allah itu. Keluarga Al-Sheibi mempunyai pertalian darah dengan Sheiba bin Othman Abitalha yang hidup ketika zaman Nabi Muhammad (SAW) Mereka memegang jawatan berkenaan sejak zaman Qusay bin Kilab yang hidup sebelum Rasulullah (SAW). Sheikh Abdulaziz pula memegang jawatan itu sejak 16 tahun lalu. Terdapat 370 orang dalam keluarga Al-Sheibi ketika ini dan kebanyakan mereka tinggal di Makkah. Baitullah dicuci dua kali setahun iaitu pada pertengahan Syaaban dan pertengahan Zulqaedah, menggunakan air zamzam yang dicampur dengan air mawar bersama haruman Oud.


Sebelum ini, Kaabah dibuka tiga kali sebulan untuk orang ramai bersolat di dalamnya tetapi amalan itu dihentikan apabila terlalu ramai yang cuba memasukinya. Kunci Kaabah tidak berubah apabila pintunya ditukar, termasuk pintu yang terbaru, yang diperbuat daripada emas tulen. - Agensi

Sedekahlah Al-fatihah kepada arwah ,Sheikh Abdul- aziz Al-Sheibi

Sunday, November 7, 2010

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH IMPIAN IBUBAPA


Betapa bahagianya ibubapa apabila anak-anak mereka menjadi seorang yang soleh dan solehah.Apakah harta yang lebih berharga selain memiliki anak-anak yang soleh dan solehah?Biar wang berbilion harta segunung Everest pun belum tentu anda akan memiliki seorang pun anak-anak semulia ini.Impian memilikinya amat-amat tidak ternilai harganya.Maka,beruntunglah ibubapa yang memiliki anak-anak soleh dan solehah.Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh akan menolong seseorang mukmin itu sesudah meninggal dunia.

Oleh itu,usaha ibubapa dalam membentuk dan mendidik anak-anak ke arah itu perlulah dilakukan bersungguh-sungguh.Anak-anak tidak akan membesar menjadi soleh atau solehah jika tidak ada pendidiknya iaitu ibubapa itu sendiri.Ibubapalah contoh yang terdekat bagi anak-anak ini.Segala impian bermula dari pasangan itu sendiri.Merekalah yang menentukan masa depan anak-anak mereka.Jika mereka menginginkan dan mendidik anak-anak menjadi seorang beriman,jadilah dia seorang yang beriman.Jika ibubapa menginginkan dan mendidik anak-anak menjadi penyanyi,jadilah dia peserta idola kecil(rancangan yang tengah 'hot' yang menjadi kebanggaan orang 'melayu' skang.Maka sesudah mereka meninggal dunia diiringilah 'lagu-lagu' kepada mereka oleh anak-anak mereka.

Bukahkah sejuk mata dan hati memandang anak-anak yang sedang sembahyang,mengaji dan membaca buku-buku ilmu?Bukankah hatimu merasa tenang melihat anak-anak yang baik akhlaknya dan terpuji perbuatannya?Semuanya bermula dari didikan pertama dari seawal usia kanak-kanak tersebut.





Doa merekalah yang akan menolong kita sesudah kita meninggal dunia.Inilah harta yang tak ternilai harganya yang akan kita tinggalkan di dunia ini.




Ibubapa rajin-rajinlah membaca buku-buku.Sesungguhnya mendidik anak juga suatu ilmu yang perlu dipelajari.Maka banyakkanlah membaca.Jadikanlah buku-buku mendidik anak-anak berteraskan islam sebagai panduan.Insyaallah mudah-mudahan Allah akan memakbulkan impian anda memiliki anak soleh...



Jangan lupa menyemai ilmu pengetahuan kepada anak-anak sejak dari dari kecil lagi.Sesungguhnya ilmu pengetahuan ibarat baja yang menyuburi pohon-pohon.Tanpa baja pohon-pohon tidak akan membesar dan subur seperti yang kita inginkan.Hasilnya'buah'boleh kita bezakan antara yang dibajai dengan yang tidak dibajai.Jangan sesekali biarkan anak-anak membesar dan belajar sendirinya.Susah untuk membentuk mereka lagi jika mereka sudah membina asas pemikirannya yang tersendiri.Ibarat pohon-pohon terbiar ,tumbuh dan membesar tanpa dihargai dan dijagai oleh tuannya kelak akan menyusahkan tuannya kembali.Kanak-kanak dahagakan ilmu pengetahuan sama seperti mereka sedang kehausan air.Maka siramilah anak-anak anda dengan sifat membaca dan menuntut ilmu dari sejak awal lagi.


Maka marilah kita berusaha mendidik anak-anak menjadi anak soleh dan solehah.InsyaAllah anda buat anda dapat...



Diakhir kata bacalah puitis ini sebagai renung-renungan kita bersama


SOAL JAWAB AGAMA

Disini aku telah letakkan link soal jawab agama bagi yang musykil tentang soal agama.Sila pergi ke interesting link.Disana ada SOAL JAWAB AGAMA.Sila manfaatkanlah link ini.'Tiada lagi alasan kejahilan agama di zaman moden dan canggih ini'.Fikir-fikirkanlah.

Saturday, November 6, 2010

Halloween:Umat Islam dilarang sambut

Hari Halloween sering kita dengar.Ia merupakan hari sambutan masyarakat Kristian amnya.Namun ada juga melayu 'mat saleh' yang menyambutnya.Aku tak menyebut orang Islam kerana orang Islam pasti tidak akan menyambutnya.Hari halloween ini pasti jelas haram disambut kerana ia milik orang Kristian dan kita dilarang menyerupai dan menyambut amalan agama lain.Peringatan ini aku tujukan kepada adik-adik yang sedang membesar.Takut mereka terikut-ikut dengan perangai artis.Yelah tengok artis boleh sambut kenapa dia tak boleh?Kalau mereka terjun lubang tak akan kita pun nak ikut sama kan?Ikutlah apa yang diperintah oleh Allah dan jauhilah apa yang dilarang oleh Allah.Inilah rahsia Survive di muka bumi ini.Sesungguhnya keseronokan cuma sementara.Bagi yang ingin keseronokkan dia akan mendapat keseronokkan tapi jiwanya kosong dan tiada ketenangan.Itulah tanda orang yang lalai dan rugi di dunia dan akhirat.Janganlah menjadi 'jahil' di zaman moden yang penuh ilmu maklumat ini.Maka 'jahil' di zaman ini lebih hina daripada zaman jahiliah dahulu.Maka beramal dan menuntut ilmulah sebanyak mungkin.Kerana jika kita ada harta,kita terpaksa menjaga harta itu,akan tetapi jika kita mempunyai ilmu, ilmu itu akan menjaga kita.Subhanallah....





Artis berparti Halloween




BUDAYA ASING... gambar Fasha bersama kenalannya meraikan Halloween yang terpapar pada Facebook kelab peminat. KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila ada artis tanah air tergamak menyambut Halloween pada 31 Oktober lalu, sedangkan perayaan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sekurang-kurangnya dua artis dikesan berbuat demikian, dipercayai di sebuah kelab malam sekitar ibu kota, biarpun jumlahnya mungkin lebih ramai.


Artis terbabit ialah pelakon kontroversi, Fasha Sandha dan penyanyi popular, Joe Flizzow.

Gelagat mereka dikesan selepas lapan gambar Fasha berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle’ dimuat turun dalam laman sosial Facebook milik kelab peminatnya.



Daripada jumlah itu, tiga gambar Fasha bersama teman lelakinya, Rizal Ashram atau Jejai, dua gambar solo Fasha dan masing-masing satu gambar Fasha bersama Joe, dengan seorang rakannya dikenali Azian dan gambar bertiga bersama Jejai dan Azian.


Satu gambar solo Fasha ketika menyambut hari itu turut dipapar dalam sebuah laman web hiburan tanah air.

Tindakan Fasha turut mendapat reaksi berbeza daripada peminatnya dalam laman sosial berkenaan. Daripada 29 komen, ada yang menyokong pelakon berusia 26 tahun itu, ada peminat memberi nasihat secara baik dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Bagaimanapun, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha ketika dihubungi Metro Ahad, enggan mengulas berkenaan isu itu.

Halloween berasal daripada perkataan Hallowe’en iaitu singkatan daripada ‘All Hallow’s Eve’ (malam sebelum hari ‘All Hallow’).

Selain itu, perayaan ini ditentukan mubaligh Kristian bertepatan dengan hari perayaan orang gasar kerana mahukan kaum itu mempercayai agama mereka.

Bagi penganut Kristian, Halloween biasanya dikaitkan dengan syaitan, iblis, ahli sihir, hantu, goblin dan makhluk mitos yang menyeramkan.

Selain itu, perayaan itu disambut dengan menghiasi rumah dan pusat beli-belah dengan simbol tertentu seperti labu yang diukir membentuk wajah menyeramkan iaitu nama Jack-o’-lantern dan berpakaian aneh.

Mengulas mengenai budaya itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, orang Islam tidak boleh terpedaya hingga terbabit dalam perayaan berkait dengan agama lain seperti Halloween kerana adalah jelas ia satu daripada upacara orang Kristian.

“Jika berkaitan dengan agama lain selain Islam, kita seharusnya berhati-hati walaupun menyertainya sekadar untuk suka-suka. Apa matlamat kita meraikannya, sedangkan ia bukan dalam budaya Islam.

“Dalam Islam, ada perkara yang boleh untuk kita raikan, kenapa kita perlu cari budaya yang berkaitan dengan agama lain seperti menyambut Halloween.

“Tidak kira hanya suka-suka atau apa juga tujuannya, orang Islam patut mengelak menyambut perayaan Hallowen kerana ia boleh mendatangkan syirik,” katanya

Thursday, November 4, 2010

Kuasa Allah:Lagi masjid terselamat dari tsunami

Allamdullilah.Di sebalik bencana dan malapetaka yang telah berlaku, Allah telah menunjukkan Kebesaran dan KeesaanNya kepada kita semua.Masjid sekali lagi terselamat dari diranapkan dek tsunami manakala yang lain musnah sama sekali.Inilah kebesaran yang ditunjukkan kepada kita supaya mengesakan Allah S.W.T.Hai manusia gunalah matamu untuk melihat kebesaran Allah,bukalah pintu hatimu untuk menerima hidayahnya,gunakanlah akalmu untuk berfikir keagunganNya.Marilah kita jadikan segala musibah dan bala bencana ini untuk menginsafi diri dan bertaubat kepada Allah S.W.T.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.


metro,khamis 4 November 2010
Tsunami di Mentawai: Hanya masjid terselamat


KEPULAUAN MENTAWAI: Kuasa Allah, itu yang hanya mampu dilafaz apabila sebuah masjid di perkampungan Pasapuat, Pulau Pagai Utara, di sini, masih teguh berdiri meskipun kawasan rumah sekitarnya hancur akibat dilanda tsunami.
Ketika kejadian malam Isnin itu, tiga keluarga berlindung dalam masjid yang gelap selepas bekalan elektrik terputus dan mereka hanya mengalami cedera ringan.

Masjid berkenaan yang sudah berusia 31 tahun tidak dimasuki air seolah-olah air mengelak sebaik tiba di pagar masjid itu sebaliknya hanya melalui tepi kiri dan kanan dindingnya.
Ombak setinggi pokok kelapa ketika tsunami itu juga menghancurkan kawasan perumahan sejauh 100 meter dari pantai berkenaan, namun tidak mengorbankan nyawa 321 penduduk yang menghuni kampung berkenaan.

Tinjauan mendapati semua mereka masih menghuni kawasan dalam masjid itu sementara yang lain menghuni khemah yang dibina di atas bukit berhampiran.

Seorang penduduk, Idris, 35, berkata, ketika kejadian itu mereka merasa gegaran kuat sebelum beberapa bahagian rumah runtuh dan selepas itu mereka mula melarikan diri ke arah bukit

Thursday, October 28, 2010

Ilmu makan ikut sunnah

Erm.hari ini kita kena tahu ilmu makan ya.Bukan main tibai dan melantak je semua makanan.Biar apa yang kita makan memberikan manfaat dan khasiat kepada tubuh badan..Jangan jadi t**k je dan ada yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita.Jom kita baca artikel ini.





comel kanak-kanak ini. Makan sampai comot.hehe

Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya

Thursday, October 21, 2010

Pandang luas-luas:Buka minda jangan fikirkan negatif sahaja

Menuntut ilmu perlukan kesabaran.Menghormati guru akan membawa keberkatan ilmu.Pandang luas-luas..Buka mata..Kadang-kadang apa yang kita fikirkan tidak seperti yang kita fahamkan..Fikir dahulu sebelum bertindak..Kalu tak mahu dapat maluuuu...