BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, November 20, 2010

Muslim Univesity first ever in California

Universiti Muslim pertama di California


2010/11/24
Penubuhan tangani kebencian terhadap Islam

BERKELEY: Sebuah universiti Muslim pertama dibuka di California, Amerika Syarikat, bertujuan mengatasi kebencian dan ketidakpercayaan terhadap Islam dengan menonjolkan versi Islam Amerika lebih sederhana.

Walaupun kelas pertamanya hanya mempunyai 15 pelajar dan menyewa blok ruang pejabat daripada kampus Universiti California. Kolej Zaytuna berharap akan menjadi universiti Muslim AS pertama yang diiktiraf, setanding dengan gergasi akademik yang mempunyai kaitan agama seperti Universiti Columbia dan Rutgers. Setiap kumpulan agama yang datang ke AS akhirnya akan sampai ke tahap di mana mereka perlu membentuk sebuah institusi bagi memastikan mereka terus kekal, dan masyarakat kami sudah tiba ke peringkat itu, kata Hamza Yusuf, pengasas bersama Kolej Zaytuna, yang juga sarjana terkemuka mengenai Islam klasik di Barat. Lebih 30 peratus rakyat Amerika percaya Islam menggalakkan keganasan, dan ramai berpendapat agama berkenaan tiada tempatnya di negara Judeo-Kristian itu, menurut tinjauan pendapat terbaru Pusat Penyelidikan Pew.

Perdebatan masih lagi diadakan mengenai kesesuaian penempatan sebuah masjid berhampiran tapak serangan 11 September, 2001 di New York, yang dilihat oleh penganalisis sebagai petanda jelas mengenai syak wasangka AS terhadap Islam.

Pengasas Zaytuna menyatakan diskriminasi yang dihadapi Muslim di Amerika Syarikat tiada bezanya dengan pengalaman Katolik pada abad ke-19 atau Yahudi pada abad ke-20, dan hanya masa menjadi penentuan sama ada mereka diterima sepenuhnya.

Pendidikan secara umumnya adalah penyelesaian utama bagi menangani kejahilan, kata Hatem Bazian, pengerusi hal ehwal akademik Kolej Zaytuna, yang juga mengajar di Universiti California, Berkeley.
Program empat tahun itu menawarkan kursus dalam kesusasteraan Islam, perundangan, teologi dan sejarah dan terbuka kepada semua penganut agama, walaupun semua pelajar yang ada sekarang adalah Muslim, daripada pelbagai latar belakang.

Terdapat institusi pendidikan tinggi Muslim lain di Amerika, tetapi Zaytuna berharap akan menjadi yang pertama memperoleh akreditasi dalam kalangan universiti tertinggi. Reuters

0 comments: