Memang tak dapat dinafikan ke’pandai ‘an orang melayu mendidik anak mereka.Yelah , baru masuk darjah lima dah naik motosikal ke sana sini.Bawa laju pulak dan merbahaya.Yang paling mencabar tak pakai helmet pula dan membonceng rakan-rakan lain bersama .Fenomena ini dah jadi kebiasaan dan anda dapat lihat dimana-mana.bukan lagi di kampung bahkan di taman-taman pun dah kerapkali jumpa.
(gambar adik-adik comel ini sekadar gambar hiasan)
Persoalannya di mana ibubapa mereka belajar mendidik anak-anak mereka sebegini?Nak anak jadi juara lumba motosikal kah atau korban jalan raya ?Ibubapa begini, ibubapa yang tak ada otak.Tak memikirkan keselamatan anak-anak dengan membiarkan anak-anak menunggang motosikal sesuka hati mereka sahaja.Bila berlaku kemalangan barulah nak menangis dan menyesal.Tak apa anak ramai lagi ada kot?
Tidak hairan lah ramai remaja melayu terlibat dengan gejala sosial seperti lumba haram.Ini hasil ‘ kepandaian’ dan ‘galakan’ ibubapa melayu itu sendiri.Lepas rempit terus kepada maksiat dan lama-lama rosaklah bangsa melayu.Ini berpunca dari mentaliti dan cara didikan masyarakat melayu itu sendiri.Ibubapa melepaskan tanggungjawab kerana sibuk dengan urusan sendiri.Anak-anak dibiarkan membesar dengan sendiri tanpa didikan yang teguh.Akhirnya ramai yang terlibat ke kancah yang tidak bermoral.
Bukalah mata dan cuba perhatikan bangsa lain.Pernahkah anda terjumpa anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen?Adakah anak-anak mereka terlibat dengan rempit dan dadah?Tengok cara mereka didik anak-anak mereka?Kalau anak tidak pandai sekalipun,anda boleh jumpa anak-anak mereka sedang berusaha bekerja di pasar-pasar raya untuk mencari rezeki.Anak-anak melayu?
Di akhir kata aku memang tak berapa suka dengan mentaliti dan cara sesetengah orang melayu mendidik anak-anak mereka.Teguran dan nasihat aku tujukan supaya bangsa aku dapat mendidik anak-anak mereka dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh.Aku tidak mahu melihat generasi melayu digantikan dan terus digantikan dengan generasi yang lemah dan jahil.Jadikanlah Agama Islam sebagai panduan hidup kerana agama Islam juga mengajar cara mendidik anak-anak dengan betul dan sempurna.Rajin-rajinlah menuntut ilmu sesungguhnya mendidik anak juga perlukan ilmu pengetahuan.
Sajak Merdeka 2018
6 years ago
2 comments:
btol lah fandi..baru2 ni marah btol aku dgr berita kat alor setar budak pompuan lemas pas jatuh dr moto... dan budak yang bawak moto tu pulak baru umo 12 tahun ok..bawak moto mase banjir n mase tu air paras lutut...mane mak pak mase tu...?????????? biarkan anak naik moto mase banjir....hukhukhuk
budak2 skang mmg 'trend' bawak mtr.darjah 5 pun dah naik mtr dah.mak bapak diorang buat dek je.aku pulak naik risau.lemas byk sgt depa ni.yelah naik macam pak ribut..dengan2 aku skali dia nk bantai langgar...kalu aku kena mmg aku belasah mk bapak dia..hehe
Post a Comment