Teringat lagi ketika aku masih belajar di UM,aku dan kawan2 tak balik raya Haji..Kami pun pi la ronda-ronda sekitar KL.Terkejut kami sebab rasa macam tempat asing sedangkan kami berada di tanah air kami.Apa tidaknya pergi mana saja di pusat bandar nampak muka warga asing ja...naik seram pun ada ,kalu depa menyerang...Kami pun terpaksa berhati-hati dan beredar dari kawasan yang dijangka tidak selamat dek gerombolan pendatang asing yang nampak mendatangkan rasa was-was.Isu ini tak perlu dibangkitkan lagi.Sejak Tahun 2004 pun dah jadi budaya mereka bila ada cuti ,mereka akan berkumpul dan berhimpun di perkarangan pusat bandar dan KLCC(kononnya kebangaan negara last2 org asing yang tawan dek sikap ada aku kesah warga tempatan dan pihak berkuasa.Warga tempatan pulak ramai berpusu-pusu balik kampung.tinggal sekerat dua yang x balik.Kl jadi pekan merekalah.Sikap pejam mata pihak berkuasa pula dan tiada tindakan susulan telah menyokong budaya mereka ini.Tercemarla imej Malaysia di mata pelancong-pelancong.Guna otak skit la pihak berkuasa... buatla apa-apa taktik dan strategi membendung budaya ini.Tak kan tu pun nak bagitau. Last-last depa merusuh dan tawan KL anda baru nak kalut dan jadi 'kepoh'.Ada anda kesah?
Rimas warga asing ramai(harian metro,18 nov 2010)
MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.
KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.
Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.
Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.
Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.
“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.
Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.
“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.
“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.
Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.
“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.
Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang.
Sajak Merdeka 2018
6 years ago
1 comments:
sesak ok..pi chow kit cam pi jKARTA
Post a Comment