BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

u follow i & i follow u

Showing posts with label info agama Islam. Show all posts
Showing posts with label info agama Islam. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Info Agama Islam:Solat atas Kenderaan

Persoalan Agama: Solat fardu atas kenderaan perlu diulang
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed


Soalan:


Assalamualaikum ustaz, saya melakukan sembahyang di atas kereta api secara duduk kerana tidak dapat berdiri, bergoncang. Soalannya, apakah saya perlu mengulangi sembahyang itu selepas sampai di destinasi.
Jawapan:


Alhamdulillah, wassolatu wassalam 'ala Rasulillah waba'd. Solat ibadat yang mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam berbeza dengan ibadat lain. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad."


Solat tiang agama, orang yang tetap mendirikan solat, maka sesungguhnya dia telah mendirikan agama pada dirinya, manakala orang yang meninggalkan solat, maka ia telah meruntuhkan agama pada dirinya.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyuk.”


Untuk melakukan solat atas kenderaan, caranya iaitu hendaklah menghadap kiblat pada permulaan solat sebagai mana hadis diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas, beliau berkata yang bermaksud: “Rasulullah ketika musafir dan ingin bersolat sunat di atas tunggangannya, Baginda menghadap ke arah kiblat dan bertakbir untuk solat, kemudian Baginda melepaskan (tali) tunggangannya dan bersolat ke arah mana tunggangannya menghala.”


Namun, solat di atas kenderaan hanya untuk solat sunat. Sekiranya dilakukan untuk solat fardu, hendaklah diulang solat terbabit apabila sampai destinasi yang dituju kerana berdiri adalah rukun solat. Sekiranya dilakukan dengan cara duduk, maka tidak sempurna rukun.


Kedua, solat dalam kenderaan yang bergerak seperti kereta api menjadikan kiblat tidak tetap. Justeru, hendaklah diulang semula solatnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, daripada Amir bin al-Rabi’ah, katanya yang bermaksud: “Saya melihat Rasulullah SAW bertasbih (melakukan solat) ketika Baginda berada di atas tunggangannya dan menghadap kepalanya ke mana-mana arah yang dituju (oleh tunggangannya) dan Rasulullah SAW tidak melakukannya untuk solat fardu.”


Sekiranya seseorang itu melakukan solat sunat ketika dalam kapal terbang dalam keadaan duduk di kerusi, pertama dia hanya perlu niat dan takbir seperti biasa. Sekiranya dapat menentukan arah kiblat, sunat kepadanya untuk menghadap kepadanya pada permulaan solat, iaitu pada ketika takbiratulihram. Lakukan rukun qauli (bacaan) seperti biasa, manakala rukun-rukun fi’li (perbuatan) dilakukan dengan gerakan yang sedikit, sekadar membezakan antara satu rukun dengan rukun yang lain. Wallahua’lam

Saturday, April 2, 2011

Gejala murtad:Perlu ambil serius


FIRMAN Allah SWT, bahawasanya: “Sesungguhnya Allah mengurniakan (Rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman selepas Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-Nya (al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada iktiqad yang sesat) serta mengajar mereka Kitab Allah (al-Quran) dan hikmah (pengetahuan mendalam mengenai hukum syariat).
“Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Ali Imran, ayat 164).
Sebagaimana maksud ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa diutuskan dua perkara kepada manusia supaya tidak terus berada dalam kesesatan.

Dua perkara itu adalah utusan Allah SWT yakni Rasulullah SAW dan al-Quran yang mengajar manusia mengenai perkara benar sebagai panduan utama manusia untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Namun seperti kita ketahui, selari dengan peredaran masa, banyak kita lihat berlakunya kesesatan di kalangan umat Islam masa kini apabila ramai menjadi murtad.

Perlu kita ketahui, murtad atau keluar Islam dan mengikut jalan sesat adalah jenayah agama yang merosakkan akidah seseorang, sekali gus dikhuatiri menjangkiti institusi Islam secara keseluruhannya.

Ini sebagaimana firman Allah menerusi surah Al-Baqarah, ayat 217, yang bermaksud: “…dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”

Ayat ini menjelaskan maksud murtad itu ialah berpaling tadah daripada agama Islam atau meninggalkan Islam atau keluar Islam atau kembali kepada kufur.

Ketahuilah, akibat dan dosanya adalah teramat besar, iaitu apabila dicabut nyawa seseorang itu, matilah dia dalam keadaan kafir.

Apabila matinya seseorang itu dalam keadaan kafir, segala amal ibadah yang dilakukannya menjadi rosak binasa, sekali gus selama-lamanya menjadi penghuni neraka.

Sebenarnya, gejala murtad tidak akan terjadi dalam kehidupan umat Islam jika umat Islam mempelajari, mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang kemudian diamalkan oleh sahabat serta ulama Islam.

Justeru, usaha membendung supaya gejala murtad ini tidak berlaku secara berleluasa, seluruh umat Islam membabitkan golongan ulama, pemimpin, ilmuan, guru, ibu bapa hinggalah institusi, persatuan dan individu umat Islam hendaklah mengambil peranan serius.

Setiap daripada kita perlu berperanan supaya anak yang lahir pada hari ini diberi didikan Islam secukupnya kerana ia faktor yang menentukan kekuatan iman mereka.

Paling mudah, Rasulullah SAW sendiri mengingatkan umatnya bahawa satu perkara yang boleh menyesatkan manusia adalah apabila seseorang itu taksub pada harta dunia sebagaimana maksud hadis riwayat At-Thusi yang bermaksud: “Cinta terhadap harta dan kedudukan akan mengikis agama seseorang.”

Jadi, untuk mengatasi dan menangani gejala murtad daripada berlaku, umat Islam hendaklah kembali kepada panduan ajaran al-Quran dan mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan segala isi pengajaran dan panduan al-Quran serta sunnah Rasulullah SAW.

Di dalam al-Quran disebutkan bahawa al-Quran adalah petunjuk hidayah yang menunjukkan jalan betul, benar dan lurus, sebagaimana Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya al-Quran memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Al Israa, 9)

Demikianlah Islam memberikan petunjuk dan panduan hidup yang terbaik kepada umatnya dalam segala bidang, permasalahan sama ada yang kecil, besar atau yang ringan mahupun berat.

Mudah-mudahan dengan panduan al-Quran, sunah Rasulullah SAW serta mengikut jejak langkah hidup ulama, umat Islam akan selamat dan terjamin di dunia dan akhirat.

Wednesday, March 30, 2011

Tarian POCO-POCO adalah HARAM...

Tarian Poco-poco sangat popular dahulu di Universiti sekitar tahun 2007-2008 sampailah sekarang.Dimana-mana pun ia kerap didendangkan sebagai suatu senaman pemanas sesuatu acara sukan atau senaman erobik.Namun,Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.Mengapa?ikutilah artikel di bawah ini.

Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco: MB

gambar sekadar hiasan


IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak berhubung pengharaman tarian poco-poco, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, selepas fatwa dikeluarkan, semua pihak perlu menghormatinya dan tidak mempersoalkannya.
Dr Zambry berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah memutuskan tarian berkenaan sebagai haram.
Harussani dilaporkan berkata tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh dan pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi-BERNAMA

Sunday, March 20, 2011

Akad nikah di masjid amalan Kristian?

Terkejut baca surat khabar hari ini...benarkah seperti yang didakwa?ada siapa yang boleh menerangkan lebih lanjut dan boleh membukti kebenarannya?Memang trend sekarang kebanyakan orang akad nikah di masjid.Persoalan mengapa isu ini timbul dan salahkah di sisi agama Islam?

 

the akad nikah being performed
sekadar gambar hiasan
KANGAR - Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Saturday, March 19, 2011

Info Agama Islam:Serigala juga adalah najis Mughallazah



MENURUT Kamus Dewan (2005: 1471) serigala sejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kelabu). Ia juga disebut sebagai canis lupus, iaitu sejenis anjing hutan dan cyon rutilans.
Istilah bahasa Inggeris untuk serigala ialah “gray wolf” atau “grey wolf” atau sekadar “wolf” (http://en.wikipedia.org/wiki/Gray_wolf; juga lihat http://commons.wikimedia.org/wiki/Canis_lupus).

Memandangkan serigala termasuk dalam golongan anjing atau spesies kanin (canine species), hukumnya sama dengan anjing. Mazhab Shafie menghukumkan anjing dengan najis mughallazah (berat) sama dengan babi.

Justeru segala hukum berkaitan dengan anjing seperti jilatan dan pemeliharaan diguna pakai dan perlu diambil kira.