BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Saturday, December 25, 2010

Kembalikan hukum jenayah Islam,kembalikanlah hukum hudud


'KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian'



Begitulah sebahagian daripada  artikel yang bertajuk 'Dua Beradik peluk Kekasih' yang dipetik daripada akhbar Harian Metro bertarikh 25 disember 2010.Sesungguhnya ia membawa impak yang besar,bersedialah maksiat sudah sampai di pintu rumah anda.Jangan terkejut bila anda sedang indah dibuai mimpi, anak-anak anda sedang ligat membuat maksiat bersama pasangan masing-masing di dalam rumah anda sendiri.

Kini,maksiat boleh berlaku bila-bila masa.Tidak perlulah kita melihat di luar rumah,cukuplah  antara adik dan abang,ayah dan anak,datuk dan cucu dan macam-macam lagi boleh terjadi tanpa disangka.Mengapa hal ini berlaku kepada Umat Islam yang suci lagi mulia.

Sebenarnya ia tidak berlaku kepada umat Islam yang beriman,tetapi kepada si fasik yang bertopengkan Islam semata-mata.Mereka merupakan musang berbulu ayam yang menjadi musuh dalam selimut yang akan
merosakkan dan mencemarkan nama Islam di mata masyarakat lain.Warna kulit 'melayu' bukan lambang kepada Islam tetapi adakah sesuatu bangsa itu mengamalkan apa yang disuruh oleh Allah dan Meninggalkan laranganNya.Masyarakat Melayu yang sebenarnya sedang diambang kemusnahan bukannya orang-orang
Islam yang beriman.Janganlah membusukkan nama Islam sedangkan penganutnya bukan yang berpegang teguh kepada ajarannya.

Namun atas dasar sebangsa dan seagama ,wajib golongan beriman membantu golongan yang lemah dan fasik supaya kembali bertaubat.Masalah seks bebas dan masalah sosial cuma satu ubatnya.Kembalilah hukum-hukum jenayah Islam kembalilah hukum hudud.

Hukum hudud adalah  antara tiga hukum dalam hukum-hukum jenayah islam iaitu hukum qisas dan hukum ta'zir.Marilah kita memahami hukum hudud ini.

A.  HUKUM HUDUD

 1.      Pengertian Hudud;
 (a) Dan segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.
(b) Dan segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah. 
 Maksudnya;
“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”
 2. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya
(a) Zina;
 Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.
 (b) Qazaf (menuduh zina);
        Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik.
Hukuman : sebat 80 kali
(c)  Minum arak;
       Meminum minuman yang memabukkan  dan  boleh menghilangkan kewarasan akal.
Hukuman : sebat 40 kali
 (d)  Mencuri;
       Mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.
 Hukuman : potong tangan
 (e) Merompak;      Mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

      Hukuman :
        sekiranya membunuh hendaklah dibunuh
sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong  tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya.
sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

(f) Riddah (murtad);
     Keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.
Hukuman : Bunuh
( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3 kali )
            # Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @  wang


Sesungguhnya inilah hukum-hukum Allah dan wajib kita sebagai umat Islam mengembalikannya.Hukum-hukum ini adalah datangnya daripada Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.Justeru itu yakinlah bahawa hukum-hukum jenayah Islam dapat memerangi segala jenayah dan maksiat yang sedang bermaharajalela.Musuh-musuh Islam sedang giat menghalang hukum-hukum ini.Akan tetapi Allah lebih Mengetahui tipu daya dan muslihat mereka.Marilah kita sama-sama berdoa agar hukum-hukum jenayah Islam dikembalikan dan memohon agar keturunan kita,anak cucu kita kekal menjadi golongan beriman yang dapat menepis segala yang dilarang oleh Allah..InsyaAllah..Amin

     

0 comments: