BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

u follow i & i follow u

Monday, December 13, 2010

kedai makanan murah giler: teh'o' 30 sen dan kuih muih 20 sen sebiji

Zaman moden ni nak jumpa kedai jual Teh 'o' 30 sen,milo ais 80 sen dan kuih-muih 20 sen jangan berangan la.Tambahan pula kalau tinggal di bandar-bandar besar..tapi apa yang menjadi satu dalam sejuta, ada satu kedai di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu jual dengan harga begini.aku 'respect'habis tauke kedai ni..walaupun harga gula dan bahan makanan kerap naik,harga jualan air dan kuih-muih di kedai beliau masih 'maintain'dari dulu sampai sekarang...memang tauke ni bukan nak untung segera macam peniaga-peniaga lain.sekarang ni bila guna naik sahaja,harga barangan pun ikut naik sama..memang orang sekarang nak meniaga untung cepat sahaja.Kedai ini patut dijadikan contoh kepada semua peniaga...kalu semua peniaga macam tauke ni kan senang..taklah terbeban rakyat negara kita...Kalu ada award 'peniaga contoh' hari ni juga aku bagi kat tauke kedai ni..amacam setuju?

p/s:bila la tauke ni nak buka cawangan dekat kawasan rumah aku..





Jual murah pun boleh untung

Oleh FAUZI MOHD.
berita@kosmo.com.my



ORANG ramai tidak putus berkunjung ke kedai milik Sinah untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman
di Kampung Losong Atap Zin, Kuala Terengganu semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


KUALA TERENGGANU – Percaya atau tidak, segelas teh ‘O’ yang biasanya dijual pada harga 80 sen secawan hanya dijual pada harga 30 sen manakala milo ais yang biasanya dijual pada harga RM1.50 dijual hanya 80 sen segelas oleh seorang peniaga di Kampung Losong Atap Zin di sini.

Menariknya, peniaga tersebut, Sinah Sulaiman (gambar), 50, bertindak menjual semua jenis minuman di kedainya pada harga di bawah RM1.

Menurut Sinah, harga minuman yang dijual di kedainya tidak pernah berubah sejak 20 tahun lalu walaupun harga beberapa bahan mentah seperti gula dan susu telah beberapa kali naik dalam tempoh tersebut.

“Selain minuman, saya juga menjual lebih 50 jenis makanan pada harga murah. Sebagai contoh, karipap dijual RM1 untuk lima biji sedangkan di tempat-tempat lain mungkin tiga biji kuih berharga RM1,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sinah memberitahu, walaupun dia menawarkan harga minuman dan makanan pada harga murah, dia masih mampu meraih keuntungan dan membayar gaji empat pekerjanya

0 comments: